BAB 19

811 59 6
                                    

Panggilan video call yang bersambung menerbitkan senyuman manis di wajah Tengku Aisy.

"Hi, Aisy!" kedengaran riang suara di sebalik panggilan telefon.

"Hi baby, how are you?" senang hati Tengku Aisy melihat senyuman riang itu.

" So good but Alena merajuk dengan abang!" Kedua-dua tangannya disilangkan ke dada. Bibirnya pula dicebik dengan sengaja.

Mahu adik kesayangannya tidak merajuk, hampir sebulan Tengku Aisy tidak menghubungi Alena. Selalunya mereka bertukar khabar hampir setiap hari. Sejak Tengku Aisy mengkahwini Luna, dia memang tidak berhubung dengan Alena. Risau sekiranya tembelangnya pecah di tangan Alena.

" I am so sorry baby. Lately banyak project baru masuk, abang sibuk sikit." cekap Tengku Aisy memberi alasan.

" Before this pun abang busy, lagi-lagi bila abang ada usaha sama dengan NGL Holdings tapi abang tetap luangkan masa dengan Alena. Ni, seberapa besar project abang sampai Alena diabaikan? Entah-entah, abang buat project kahwin senyap-senyap ya tak?"

Terkelu lidah Tengku Aisy mendengar kata-kata Alena. Alena tahu?

" Aisy!! " jerit Alena kuat apabila melihat abang sepupunya itu kelihatan mengelamun.

" Ehh Alena ni, mana adalah. Abang lambat lagi nak kahwin. Suka suki dia je menuduh, " tawa Tengku Aisy cuba menutup gugup di dada.

" Alah abang, apa salahnya kalau abang kahwin pun. Abang bukannya muda lagi. Alena pun teringin nak ada kakak. Bestnya dapat pergi shopping sama-sama, pergi spa, salon.... "

"Baby don't start."

Alena mengeluh perlahan. Itulah Tengku Aisy, sebut tentang kahwin terus mengelak. Ada sahaja alasannya untuk menolak. Alena sendiri kasihan tengok abang sepupunya yang selalu menyendiri. Setelah apa yang berlaku di antara kedua ibu bapa Tengku Aisy, keturunan mereka sendiri menolak untuk menjaga Tengku Aisy. Akibatnya, Tengku Aisy membesar sendiri, sejak kecil lagi.

Setiap kali dia berdoa, tidak lupa diselitkan doa untuk Tengku Aisy. Dia mahu melihat abangnya bahagia, ketawa and riang seperti orang lain namun sehingga sekarang doanya belum dimakbulkan. Mungkin Tuhan menyimpan sesuatu yang lebih indah untuk Tengku Aisy, kerana itulah Tengku Aisy terseksa seperti ini.

" Abang, you won't do that shitty promise you made to your mom right? Kahwin kerana dendam?" Alena menggigit perlahan bibir bawahnya melihat perubahan air muka Tengku Aisy.

"Shitty promise? Are you being serious right now Alena? Kenapa abang kena biarkan keturunan yang buat abang dengan mama abang menderita, bahagia? They should suffer the same, just like me."

"Abang..." belum sempat Alena membalas, ditegur keras oleh Tengku Aisy.

" Just stop it Alena! Abang call baby bukan untuk bahaskan isu ni. If you want to continue, I'll just hang up the phone."

" Abang! Sorry! I won't talk about it anymore." perlahan suara Alena berbicara.

" Good"

" Actually, I have a good news"

"What is that, baby?"

" Dalam 3 bulan lagi, my semester break will start  and daddy bagi Alena balik Malaysia."

" What?!! Baby, you should tell this earlier!! Bukannya cakap yang bukan-bukan tadi." hati Tengku Aisy berbunga riang.

Sudah hampir 15 tahun mereka berdua tidak bertemu. Sejak Alena dan keluarganya berpindah ke UK, jarang sekali mereka menghubungi satu sama lain. Lebih - lebih lagi apabila daddy Alena yang merupakan pak ngah Tengku Aisy tidak membenarkan Alena berhubungan dengan Tengku Aisy. Buat malu keturunan katanya.

Berkat bantuan Tengku Aryaan, mereka berdua berhubung melalui telefon sejak dua tahun lepas. Mujurlah Alena bukan seseorang yang menghakimi Tengku Aisy berdasarkan kisah silam seperti mana yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain. Kini, Tengku Alena Dan Tengku Aryaan sahaja kawan rapat, saudara dan segalanya bagi Tengku Aisy.

"Alena tak sabar nak jumpa abang!" ujar Alena dengan sisa-sisa ketawanya.

"Me too, baby."

*******

Tengku Aisy melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Kelihatan Luna sedang dibuai lena. Wajah Luna kelihatan pucat, mungkin kerana kehilangan banyak darah.

Dipandang jari serta lurah dada Luna yang berlumuran darah. Tengku Aisy menghembuskan nafas berat lalu duduk di sis katil. Tangannya cekap mengeluarkan ubat sapu dari first aid yang dibawanya.

Baju putih Luna yang penuh dengan darah ditolak ke bawah lantas tangannya pantas merawati luka yang dibuat olehnya sendiri.

"Shhh.... sleep princess," dodoi Tengku Aisy perlahan apabila Luna mula merengek dalam tidur. Barangkali sakit apabila lukanya dicuci dengan antiseptik.

Selesai merawat luka Luna, Tengku Aisy berbaring bersebelahan lalu gadis itu ditarik rapat ke dada.

" I am sorry, princess." dahi bersih Luna dikucup hangat.

*********

Tengku Aisy merenung pemandangan KLCC yang terletak gah itu disebalik tingkap pejabatnya. Namun, hanya jasad Tengku Aisy yang berada di dalam bilik tu, mindanya jauh termenung mengingati keadaan pagi tadi dan apa yang dilihat dalam CCTV bilik tidurnya sebentar tadi.

Setahu Tengku Aisy, dia yang menyandarkan kepala Luna di dadanya sebelum tidur malam tadi namun ketika dia bangun pagi, posisinya berubah. Kelihatan kepalanya yang dipeluk rapat ke dada Luna. Kedudukannya tak ubah seperti seorang kanak-kanak yang dilindung dan dikasih Luna ketika tidur.

Malah, bukan pagi tadi sahaja posisi itu berlaku. Hampir setiap pagi, dikala Tengku Aisy bangun tidur, itulau posisi mereka. Bahkan, tidurnya yang dulu dipenuhi mimpi ngeri dan masa lampaunya, kini tersangat lena. Jika dulu acapkali dia terjaga malam, menangis seorang diri kini tidurnya sangat tenang. Ketenangan ini dirasai sejak malam pertama dia tidur bersama Luna. Ya, malam Tengku Aisy merogol Luna itu.

Persoalan ini yang menyebabkan terdetik di hati Tengku Aisy untuk melihat rakaman CCTV bilik tidurnya. Untuk mengetahui adakah dia tidak mengalami mimpi ngeri itu lagi? Ternyata bukan, mimpi ngeri dan igauan masa lampaunya masih membelenggu diri setiap malam tetapi yang membezakannya, Luna bangun setiap malam menenangkannya. Dipeluk rapat dan didodoi sehingga dia kembali lena. Saat melihat rakaman itu, satu perasaan halus mengelinap masuk ke dalam lubuk hati Tengku Aisy.

Adakah dia tersilap langkah?

*******************

Hi loves, enjoy update for this week.

Jumpa lagi next week, jangan lupa votee and comment....

Bubyeeeee

Devil's wifeWhere stories live. Discover now