BAB 22

651 71 3
                                    

"KAU BUAT APA??!"

Terhinjut kedua-dua bahu Luna mendengar tempikan suara garau itu. Luna menelan air liurnya. Habislah dia!

Perlahan - lahan Luna menoleh ke arah pintu melihat wajah bengis suaminya. Air mata ditahan sedaya upaya agar tidak tumpah. Dia tak mahu kelihatan lemah di mata Tengku Aisy.

"Aku tanya kau buat apa dalam bilik ni??!" suara Tengku Aisy masih kedengaran lantang dan kuat tetapi tidak segerun tadi.

"Sa... saya cuma nak kemas bilik ni. Awak dah bangun? Kepala awak sakit?" Luna cuba mengubah topik.

"Kau memang tak serik kena dengan aku kan?" Rambut Luna dijambak kasar sehingga terdongak. Leher Luna dicengkam dan ditolak ke dinding.

"Aa...aisyy...." Luna tidak dapat meneruskan kata - katanya kerana semakin lama semakin kuat cengkaman Tengku Aisy dilehernya. Muka Luna mula berubah menjadi merah.

Luna memejamkan mata menahan kesakitan yang dirasai. Kesakitan yang diberikan oleh suaminya sendiri. Dengan kudrat tenaga yang ada, Luna menolak Tengku Aisy sekuat hati menyebabkan Tengku Aisy terdorong ke belakang.

Melihat Tengku Aisy kembali mara kepadanya, Luna bertindak memeluk kuat tubuh suaminya itu. Tengku Aisy terkedu.

Kedua-dua lengan Luna erat memeluk batang leher Tengku Aisy. Dia teresak.

"Luna minta maaf.. Luna minta maaf kalau semua penderitaan Aisy bermula dari keluarga Luna...." tangisan Luna kedengaran lebih kuat sehingga tangan Tengku Aisy naik mengusap kepala Luna tanpa lelaki itu sedar.

Luna meleraikan pelukan mereka dan ditarik tangan Tengku Aisy ke bilik tidur.

***

Pisau lipat dikeluarkan dari poket dan diletakkan ke telapak tangan Tengku Aisy.

"Hurt me," ujar Luna perlahan. Bibirnya tersenyum ke arah Tengku Aisy.

Cukup dua perkataan yang keluar dari mulut Luna menyebabkan Tengku Aisy memandang tepat ke arah mata Luna.

"Luna nak tahu semua yang Aisy lalui. Apa yang ibubapa Luna dah buat dengan Aisy? Kenapa Aisy trauma sampai macam ni? Tell me everything. Kalau Aisy rasa sakit, you can transfer it to me. Buatlah apapun dengan Luna. Luna terima."

Tengku Aisy mengetap bibir mendengar kata-kata Luna. Entah kenapa dia berasa kalah. Melihat senyuman Luna membuatkan hatinya seakan- akan dirobek. Kenapa apa juga yang dibuat olehnya, Luna tetap kelihatan kuat? Semakin lama dia yang semakin lemah.

Pisau lipat yang diberikan oleh Luna dibuka dan dihala tepat mengenai leher jinjang milik Luna. Semakin lama ditekan semakin kuat menyebabkan leher Luna terluka dan mengalirkan darah. Luna menutup mata seketika menahan pedih, lalu matanya kembali dibuka dan senyuman manis dihadiahkan kepada Tengku Aisy.

Amarah Tengku Aisy semakin naik melihat senyuman manis Luna. Senyuman yang diberikan sebagai samangat untuk Tengku Aisy disalah anggap sebagai senyuman mengejek.

Tangan Tengku Aisy naik menarik rambut panjang Luna menyebabkan Luna terdongak ke atas.

"Kau nak tahu sangat kan? Hahh?! Kau nak tahu?! SINI!!!"

Luna ditarik semua ke bilik rahsia Tengku Aisy. Sesampai sahaja di bilik itu, sebuah buku tebal dicampak tepat ke arah muka Luna.

"KAU BACA!!! TAPI INGAT LUNA CHARISSA, ONCE AKU MASUK BALIK BILIK NI NANTI, NYAWA KAU MILIK AKU!!"

Seiring dengan tempikan itu, Tengku Aisy keluar dari bilik itu dan dikunci.

*****

Luna terbaring lesu di atas lantai bilik. Air matanya mengalir tanpa henti. Sudah dua hari Tengku Aisy mengurung dia di bilik ini. Buku yang dilempar oleh Tengku Aisy sudah habis dibaca.

Diari. Itu dairi milik mama Tengku Aisy, Puan Yana.

'Mama tak buat semua tu kan mama?' Luna bermonolog.

Luna cuba menepis kebenaran yang berada di hadapannya. Kebenaran yang ibu bapa Tengku Aisy dangan mamanya, Maryam adalah kawan baik sejak zaman universiti lagi. Sayangnya, mereka terjebak dalam cinta segi tiga. Ayah Tengku Aisy, Tengku Airil mempunyai perasaan terhadap Maryam, ibu Luna manakala Diyana yang merupakan ibu Tengku Aisy menyukai Tengku Airil.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Maryam bersetuju mengahwini papanya, Mustafa Zhakir.

Flashback ibu bapa Tengku Aisy Dan Luna.

Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu menyebabkan Diyana bergegas membuka pintu rumahnya.

"Airil? Kau kenapa? Kau minum lagi ke?!" soal Diyana berterusan.

"Yana....Maryam nak kahwin, aku... aku kalah.."

Diyana tersentap mendengar rintihan Tengku Airil. Tipulah kalau dia kata, dia tidak terkilan. Sudah lama dia menaruh hati pada Tengku Airil tetapi Tengku Airil tidak pernah mengendahkannnya.

"Yana.....aku nak Maryam.. Maryam..." percakapan Tengku Airil terbantut apabila merasakan sesuatu ingin keluar dari anak tekaknya.

Uwekk!! Uwek!!

Tengku Airil memuntahkan segala isi perutnya.

"Ya Tuhan, Airil! Kau mabuk teruk ni!!"

Diana memapah Tengku Airil memasuki rumahnya dan didudukkan di sofa. Diyana menanggalkan baju kemeja Tengku Aisy yang dicemari oleh muntah lelaki itu sendiri.

"Kenapa kau jadi macam ni Airil? Kalau Maryam tak nak kau, ramai lagi perempuan yang tergila-gilakan kau dekat luar sana. Sedar Airil, please know your worth." Diyana bersuara perlahan. Air matanya mula mengalir. Dia sedih melihat keadaan Tengku Airil yang tidak terurus sejak kebelakangan ini.

Pandangan Tengku Airil kabur dan berbalam-balam.

'Maryam..... Maryam di hadapannya.. kenapa Maryam menangis?' Tengku Airil bermonolog sendiri. Tangannya juga naik mengusap pipi Diana yang dianggap Maryam itu.

"Kenapa menangis ni sayang? Hmm?"

Terkedu Diyana mendengar panggilan sayang dari Tengku Airil.

"Airil...."

"Shhh..... I love you sayang." seusai kata-kata itu, bibir Tengku Airil hinggap dia seluruh genap wajah Diyana. Diyana dibaringkan perlahan-perlahan ke atas sofa lalu Tengku Airil naik menindihnya.

Diyana tahu apa yang dia lakukan itu salah tetapi hatinya merelakan sahaja kerana dia sedar, hanya ini satu-satunya cara untuk dia memiliki Tengku Airil.


*******************

Hi loves, sorry terbusy sikit. Hehe

Jangan lupa tinggalkan vote and comment. Kalau cukup 100 votes, saya belanja lagi satu chapter this week.

Devil's wifeWhere stories live. Discover now