BAB 25

1.3K 75 7
                                        


Hujan renyai mula membasahi kota London, menambah sayu pada suasana yang sudah muram. Di sebuah taman sunyi, seorang gadis duduk memeluk lutut di atas bangku kayu, bahunya terhenjut-henjut menahan tangis.

Air mata Balqis menitis tanpa henti, hatinya penuh sesal yang tidak tertanggung. Dia cuba menahan esakan, tetapi kesakitan itu terlalu kuat membungkam seluruh jiwanya.

"Are you okay?"

Balqis tersentak. Dia cepat-cepat mengesat pipi, tetapi suara lelaki yang menegurnya itu sudah terlalu dekat. Bila dia mendongak, dia melihat seorang lelaki berdiri di hadapannya.

Lelaki itu berkot hitam panjang, wajahnya serius tetapi matanya penuh rasa ingin tahu.

"I... I'm fine."

"You don't look fine." Tengku Aryaan menggeleng perlahan.

Dia meneliti wajah Balqis yang basah dengan air mata, tetapi tetap menjaga jarak.

"Do you want me to call someone? A friend, maybe?"

Balqis ketawa kecil. Ketawa yang penuh pahit.

"No one can help me."

Tengku Aryaan duduk di hujung bangku, melepaskan nafas perlahan.

"Sometimes talking to a stranger helps. No judgment, no strings attached." balas Tengku Aryaan perlahan.

Balqis menunduk, hatinya berperang sendiri. Entah kenapa, ada sesuatu tentang lelaki ini yang buat dia rasa selamat, walaupun mereka tidak pernah berjumpa.

"I've done something terrible... I betrayed someone I love."

Aryaan mengangkat kening sedikit, tetapi tidak mendesak.

"And you regret it?" soal Tengku Aryaan dengan lembut.

"Every single day." Balqis menggigit bibir, menahan esakan.

"Then maybe that's the first step to making things right."

Balqis menggeleng laju, suara bergetar.

"No... it's too late. I ruined everything."

Suasana sepi seketika, hanya bunyi hujan yang jatuh ke tanah menemani mereka. Tengku Aryaan memandang ke depan, cuba menyusun ayat.

"Awak orang Malaysia?"

Balqis terpempan. Dia berpaling ke arah Aryaan, terkejut mendengar bahasa yang terlalu dekat di hatinya.

"Ya..." balas Balqis perlahan.

Tengku Aryaan tersenyum nipis.

"Saya pun."

Balqis terdiam, rasa asing yang tadi membungkusnya perlahan-lahan terurai. Mereka berkongsi tanah air yang sama, walaupun berada beribu batu jauh dari rumah.

"Awak lari sampai sini sebab awak rasa awak tak layak dimaafkan?"

Balqis mengangguk, air matanya kembali menitis.

"Saya tak boleh balik... saya tak sanggup tengok muka dia lagi."

"Tapi awak sanggup hidup macam ni?" soal Tengku Aryaan dengan lembut.

Balqis menutup wajahnya, teresak lagi. Dia tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana dia tahu dia sedang menghukum dirinya sendiri.

Aryaan hanya duduk di situ, membiarkan gadis itu meluahkan segalanya tanpa paksaan. Dalam hatinya, dia rasa ada sesuatu yang tidak kena... seolah-olah cerita ini lebih dekat dengan hidupnya daripada yang dia sedar.

Devil's wifeWhere stories live. Discover now