Chapter 3: Ajar Kamu Cara Memotong Yang Betul

55 2 0
                                    

"Apa awak kata?", soal He Yunsheng tidak puas hati.

"Saya kata, awak tidak boleh potong kayu dengan cara begini!" jawab He Yan pula.

"Awak tahu apa? lebih baik kamu masuk bilik dan berehat, jangan ganggu kerja saya!"

"Tapi, jika awak potong kayu dengan cara begini sampai malam pun belum tentu boleh siap!" balas He Yan lagi.

"Sudahlah He Yan, jika bukan kerana awak sakit dan memerlukan ubat, ayah tidak akan menjual pembantu yang lain semata mata untuk mendapatkan duit rawatan buat awak! lebih baik kamu masuk dan jangan ganggu saya lagi!" balas He Yunsheng yang telah hilang sabar sambil membuang kapak yang dipegang olehnya ke tanah.

He Yan terkejut kerana tidak menyangka, kediaman mereka kekurangan pembantu adalah disebabkan oleh dirinya. Tentu He Yunsheng berdendam kepadanya disebabkan dirinya, dia terpaksa melakukan kerja kerja yang berat.

Tanpa membuang masa, He Yan segera mengutip kapak yang dibuang oleh He Yunsheng tadi dan cuba untuk memotong kayu yang masih tersisa. Namun malangnya, tangan kecilnya tidak mampu mengangkat kapak tersebut. Jika dirinya yang dahulu, memotong kayu merupakan satu tugas yang mudah apatah lagi setakat mengangkat kapak.

"Apa yang awak lakukan?"

"Saya mahu tunjukkan kepada awak cara memotong kayu dengan betul!"

"Sudah!! pergi sana..jangan ganggu kerja saya".

Namun He Yan tidak mempedulikan larangan He Yunsheng dan terus berusaha untuk mengangkat kapak tersebut dan cuba memotong kayu yang berada dihadapannya. Tanpa disangka, akhirnya He Yan berjaya memotong kayu itu menjadi dua bahagian.

"Sebenarnya memotong kayu merupakan satu tugas yang mudah, cuma awak menggunakan cara yang salah semasa memegang kapak tersebut".

"He Yan..awak sengaja cari pasal dengan saya kan, sekarang tangan kamu melecet. Bila ayah nampak tangan awak, pasti dia akan marahkan saya", balas He Yunsheng semakin tidak puas hati.

Tiba tiba mereka mendengar suara Qingmei berteriak kerana melihat tapak tangan He Yan yang sedang berdarah. Qingmei segera menarik dirinya untuk masuk ke dalam bilik, sebenarnya He Yan tidak menyangka tubuh barunya ini begitu lemah sekali.

"Kita harus letakkan ubat dengan segera, jika tidak, nanti ia akan meninggalkan parut yang hodoh".

Melihat keadaan tersebut, He Yunsheng bukannya bersimpati tapi semakin marah dan meninggalkan He Yan dan Qingmei dengan begitu sahaja.

"Bagaimana jika luka ini meninggalkan parut, kita mesti mencari ubat untuk menghilangkan parut dengan segera!" ucap Qingmei sambil menangis.

"Tidak kisahlah sama ada luka ni akan meninggalkan parut atau tidak, kerana apa yang penting ia sembuh", ujar He Yan memujuk Qingmei yang sedang berada dalam kesedihan.

Mendengar penjelasan He Yan, Qingmei merasa terkejut kerana selama ini He Yan merupakan seorang gadis yang mementingkan kecantikan.

"Cik, biar saya tuangkan awak teh. Hujan lebat telah berhenti tentu awak merasa sejuk".

"Setelah sembuh saya telah melupakan beberapa perkara. Boleh tak awak ceritakan bagaimana saya boleh jatuh sakit", ucap He Yan perlahan kepada Qingmei.

Tangisan Qingmei yang telah berhenti sebentar tadi bersambung semula sebaik sahaja mendengar soalan He Yan itu, "Cik tolonglah lupakan Tuan Muda Fan, jangan buat perkara yang bodoh. Fikirkan akan nasib Tuan dan juga Tuan Muda sebelum mengambil sebarang tindakan".

Tuan Muda Fan?

"Siapakah Tuan Muda Fan?"

"Cik..? Sebaiknya Cik tak perlu mengingati Tuan Muda Fan lagi, dia tidak sesuai langsung dengan awak. Lupakan sahaja dirinya, lepas ni kita jangan menyebut namanya".

"Baiklah, lepas ni kita tak perlu menyebut namanya lagi", ucap He Yan sambil mengeluh kecil kerana melihat Qingmei yang menangis tanpa henti sehingga bajunya turut basah.

Selepas itu, Qingmei meninggalkan He Yan bersendirian kerana ingin menukar pakaian. He Yan terus memandang tangannya dan merasa tidak percaya hanya kerana memegang kapak sahaja boleh membuatkan tangannya luka seperti itu.

Dikehidupan yang lalu, sebelum menyertai tentera dia akan menyelinap keluar dari kediaman He melalui laluan rahsia di halaman yang paling belakang untuk menuju ke sebuah tokong yang terletak di pergunungan Jing Cheng Dong Huang untuk mengangkat air dan memotong kayu api. Luka seperti ini, sudah biasa buat dirinya, dia boleh mengangkat dua tong air dalam satu masa serta akan berlatih kung fu dengan mengikat batu dipergelangan kaki dan tangannya.

Semua itu dilakukan olehnya untuk meningkatkan stamina, agar mampu bersaing dengan lelaki. Namun sekarang semuanya harus dimulakan dari awal lagi, tubuh barunya ini terlalu lemah!

Dengan itu, He Yan tekad untuk berlatih semula seperti dahulu. Jika dia berusaha pasti akan berhasil, asalkan jangan berputus asa!

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now