Chapter 40: Lulus

35 2 0
                                    


Tekaan He Yan benar benar tepat, beberapa hari kemudian Liang Ping telah mengumumkan bahawa platun mereka akan memulakan latihan senjata.

Para rekrut menjadi semakin bersemangat kerana mereka semua akan berpindah ke fasa baru yang dapat mencerminkan status mereka sebagai seorang anggota tentera kerajaan yang selayaknya.

Rasa khuatir He Yan langsung tidak berkurang. Dia merasa risau kerana takut kekuatan stamina dirinya tidak mampu menepati syarat untuk melakukan latihan penggunaan senjata.

Sedang He Yan berfikir, dia merasakan seseorang melanggarnya dengan sengaja, "hei, hari hari indahmu akan berlalu tidak lama lagi", ucap Wang Ba dengan sinis kepada He Yan.

"Apa maksud awak?" soal He Yan pula.

"Didalam latihan senjata, tiada siapa yang akan dapat melindungi kamu kerana senjata tidak mempunyai mata!"

"Kalau begitu, saya akan menunggu apa yang akan kamu lakukan nanti", provok He Yan.

Wang Ba hanya tersenyum sinis kemudian berlalu meninggalkan He Yan.

"Ah He, apa yang telah dilakukan Wang Ba kepada awak?"

"Kami hanya bersembang perkara biasa sahaja", balas He Yan pula.

Sebagai seorang pemuda yang polos, Mak mempercayai ucapan He Yan tanpa rasa ragu. Dalam masa yang sama, dia merasa kagum dengan kekuatan mental He Yan yang berjaya menguatkan kekuatan stamina hanya dalam waktu yang singkat sahaja.

Sebenarnya sepanjang tempoh latihan berlari sambil mengikat guni pasir di kaki telah direkodkan bagi menilai kekuatan fizikal dan mental seorang rekrut tentera. Keputusan rekod tersebut akan menentukan sama ada rekrut itu tersebut layak untuk beralih ke fasa seterusnya atau pun tidak.

Walaupun setiap platun dipimpin oleh ketua yang berbeza namun kesemuanya harus mengikuti aturan yang sama.

Beberapa orang ketua platun yakin bahawa He Yan yang berada di bawah pimpinan Liang Ping akan terkeluar dari senarai tentera yang berada di barisan hadapan.

Namun setelah melihat hasil rekod yang dicatatkan sepanjang tempoh latihan larian berpusing, He Yan telah membuktikan kebolehan dirinya membuatkan Liang Ping merasa agak bangga dengan kejayaannya itu.

"Sebelumnya telah saya katakan bahawa saya sangat yakin dengan tekad yang ditunjukkan oleh anak ini!"

"Jangan terlalu cepat merasa bangga diri", ucap Du Mao yang juga merupakan salah seorang ketua platun sama seperti Liang Ping.

"Kita semua tahu, bahawa dia berjaya mendapat tempat di barisan hadapan adalah disebabkan oleh hasil kerja kerasnya yang tidak pernah mengenal   erti putus asa", tambah Liang Ping lagi.

Mereka semua yang berada disitu langsung tidak meragui ucapan Liang Ping itu.

"Anak ini berusaha keras untuk lulus dalam latihan berlari sambil membawa guni pasir yang berat tapi fasa seterusnya sangat sukar kerana ia melibatkan penggunaan senjata. Saya rasa dia tidak akan mampu mengharunginya, Liang Ping kamu seharusnya tidak hanya memperhatikan dirinya sahaja kerana saya risau awak akan merasa kecewa nanti", tambah Du Mao lagi.

"Menerangkan dengan panjang lebar kepada awak pun, kamu tidak akan faham penilaian saya", balas Liang Ping kesal lalu meninggalkan Du Mao begitu sahaja.

Liang Ping yakin prestasi He Yan akan semakin meningkat lalu dia akan memberikan kejutan yang besar kepada mereka semua suatu hari nanti.

...

"Mengapa terlalu ramai orang yang diletakkan di barisan belakang?"

"Meraka semua akan ditempatkan dibeberapa bahagian terutama sekali bahagian masakan. Mereka juga tidak akan menyertai sebarang siri peperangan yang akan berlaku", terang He Yan.

"Apa guna menyertai tentera jika tidak terlibat dengan perang?" soal Hong Shan.

"Tapi Ah He, bukankah itu perkara yang sangat menyenangkan", ucap Shi pula.

"Ya, saya memang tidak menafikannya", balas He Yan sambil tersenyum.

"Mungkin selepas ini, awak boleh tunjukkan kemahiran kamu menggunakan senjata", ujar Hong Shan lagi.

"Belum tentu".

Sebenarnya He Yan sangat mahir menggunakan senjata seperti pedang dan panah tapi kedua dua senjata itu memerlukan kekuatan tenaga yang banyak. Dengan berlandaskan keadaan fizikalnya pada ketika ini, He Yan pasti dia tidak boleh melakukannya.

Tapi dia yakin, latihan yang diatur oleh Xiao Jue pasti tidak akan terus ke mengarahkan mereka untuk bermain dengan panah. Namun malangnya jangkaan He Yan nampaknya telah meleset sama sekali.

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now