Chapter 6: Ejekan

50 5 0
                                    


"He Yan, kenapa awak lewat sangat? nanti kita tak akan dapat tempat yang strategik!" luah He Yunsheng dengan kesal.

"Jangan risaulah, kuih kita tetap laku walau dimana pun kita jual sebab rasanya memang sedap", balas He Yan pula dengan selamba membuatkan He Yunsheng terdiam, lagi pula dia tidak pernah menang ketika berlawan kata dengan kakaknya itu memandangkan He Yan selalu memberikan jawapan di luar fikiran.

Mereka menjual dikawasan barat bandar Jing Cheng, dihadapan sebuah restoran yang besar dan terkenal di bandar tersebut iaitu Restoran Zui Yu. Seharusnya mereka pergi ke situ pada waktu yang awal untuk mendapatkan tempat yang baik agar kuih mereka mudah dilihat oleh orang ramai, namun He Yan yakin walaupun dia dan He Yunsheng datang lewat, kuih da'nai mereka tetap akan laris terjual.

Kuih da'nai yang buat oleh He Yunsheng memang sedap dan diperkaya dengan buah plum, madu, kacang walnut dan pelbagai bahan lagi tanpa mengurangkan walaupun sedikit perasa membuatkan orang ramai tetap meminati air tangan adiknya itu. Kuih tersebut terasa masam dan manis dalam satu masa, malah kuih da'nai dari restoran terkenal sekalipun tidak dapat menandingi kehebatan kuih mereka. Dengan berjualan kuih, He Yunsheng dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga He selama ini.

Selalunya pada waktu petang sebelum matahari tenggelam, kuih mereka pasti akan habis terjual tanpa tersisa walau sebiji.

Dalam hatinya He Yan mengakui He Yunsheng merupakan seorang anak muda yang cekal.

"Bagi saya satu kuih, eh..bukankah ini Cik He?" ucap satu suara tiba tiba.

He Yan memandang kearah seorang pemuda berbaju putih yang sedang berdiri dihadapannya, pemuda berwajah panjang itu cuba untuk memegang bahu He Yan namun dengan mudah dapat dielak olehnya.

Melihat tindakan He Yan, pemuda tersebut kelihatan sedikit kecewa namun tetap tersenyum, "Cik He sudah lama kita tidak bertemu, tidak sangka awak sedang berjualan kuih di tepi jalan seperti ini".

"Wang Jiu Gui, jangan ganggu kakak saya..pergi sana!!"

"Penyibuk!! kakak awak pun tak kisah, awak pula yang melebih!" ucap Wang Jiu Gui kepada He Yunsheng.

"Cik He, beberapa hari ni saya selalu termimpikan awak. Kebetulan saya mempunyai satu serbuk pemerah kecantikan. Kalau begitu, saya hadiahkan khas buat awak dan kalau awak sudi mungkin kita boleh berjalan bersama", tambah Wang Jiu Gui lagi.

He Yan merasa lucu dengan kelakuan Wang Jiu Gui yang cuba berusaha untuk menjadi seperti seorang yang budiman tetapi tidak berhasil. Malah dia juga berani memandang rendah terhadap He Yan di hadapan khalayak ramai.

"Maaf Tuan Muda Wang, saya masih perlu untuk menjual kuih dan ambillah balik serbuk pemerah kecantikan ni, lebih baik awak serahkan sahaja kepada gadis lain".

Wang Jui Gui tidak menyangka He Yan akan menolak pelawaan dan juga pemberiannya. Selalunya He Yan akan bersikap manja terhadapnya lebih lebih lagi jika dia memberikan barangan kecantikan seperti ini, tetapi mengapa sekarang semuanya berubah? dan kenapa pula He Yan sanggup mempermalukan dirinya.

"Adakah Cik He masih berharap kepada Tuan Muda Fan, sedangkan dia akan berkhawin tidak lama lagi".

"Diamlah.." pintas He Yunsheng tiba tiba sambil menendang kaki Wang Jui Gui sehingga menyebabkan pemuda itu terjatuh.

"Kamu berdua..kamu.." ucap Wang Jui Gui dalam nada menahan marah.

"Kenapa dengan kami?" ujar He Yunsheng tidak mahu mengalah.

Keakraban diantara He Yan dan adiknya membuatkan Wang Jui Gui merasa hairan kerana sebelum ini dia mengetahui hubungan persaudaraan mereka berdua dalam keadaan yang tidak harmoni.

"Lebih baik, kamu berdua tunggu disini dan jangan kemana mana!" kemudian Wang Jui Gui segera berlalu dari situ dalam keadaan tergesa gesa.

He Yan terus memandang wajah He Yunsheng dan merasa bangga terhadapnya kerana tidak menyangka dia boleh mempertahankannya ketika berdepan dengan orang yang lebih mewah dari mereka.

"Kenapa awak pandang saya?" soal He Yunsheng kepada He Yan.

"Tendangan awak tadi sangat bagus cuma kedudukan kekuda awak tidak berapa stabil. Seharusnya awak harus berlatih selalu". Walaupun He Yunsheng tidak pernah menerima sebarang latihan mempertahankan diri tetapi dia seorang yang berbakat. Jika dia berlatih bersungguh sungguh, mungkin suatu hari nanti dia boleh menjadi seorang general yang berkebolehan malah lebih baik daripada Tuan Muda yang berada didalam keluarga 'He' miliknya dulu.

Sepatutnya He Yunshang tidak berada disini bersamanya menjual kuih da'nai tetapi berada di sekolah untuk belajar serta mengilap bakatnya buat persediaan di masa hadapan kelak.

"Yunsheng, siapa Tuan Muda Fan?"

"Awak berani bertanya tentang dirinya lagi??"

"Kenapa dengan dia?"

Mendengar He Yan menyebut tentang Tuan Muda Fan menyebabkan He Yunsheng naik darah. "Kalau bukan kerana dia, awak tidak akan jatuh sakit, semua orang tahu dia tu suka mainkan wanita tapi yang awak bodoh sangat sehingga percaya dengan dirinya kenapa? bila awak tahu dia nak khawin dengan wanita lain, awak buat mogok lapar sehingga menjadi bahan ketawa seluruh penduduk bandar Jing Cheng, sekarang awak sebut namanya lagi, awak mahu saya naik gila!"

Akhirnya He Yan faham akan apa yang berlaku terhadap Cik He yang sebenarnya. Dibesarkan oleh He Sui yang sangat memanjakannya tentu dia tidak mahu tinggal di kediaman kecil dan menganggap cinta Tuan Muda Fan tulus buatnya selain dapat menaikkan taraf kehidupannya, walau bagaimanapun mana mungkin pemuda itu benar benar ingin berkhawin dengannya, dia hanya diberi janji palsu dan percaya terhadap janji tersebut.

Ibu dan ayah Tuan Muda Fan telah menjodohkan dirinya dengan gadis bangsawan yang sama taraf dengan mereka, membuatkan 'He Yan' hilang pertimbangan lalu pergi ke kediaman Fan untuk meminta penjelasan. Namun kedatangannya langsung tidak diterima malah dia telah diejek dihadapan orang ramai sebagai seorang gadis yang tidak tahu malu. Akhirnya 'He Yan' memilih untuk mogok lapar dan tidak makan selama beberapa hari membuatkan dirinya terkorban tanpa pengetahuan sesiapa. Manakala dia pula adalah jiwa yang dikasihani oleh tuhan untuk diberikan peluang kedua melalui jasad ini.

He Yunsheng terus membebel tanpa henti, dia tidak mengetahui 'kakaknya' yang sebenar telah tiada dan kini digantikan oleh dirinya. He Yan merasa simpati terhadap nasib 'Cik He' kerana telah salah mencintai lelaki yang tidak menghargai dirinya. Namun sekurang kurangnya walaupun dia telah tiada, dia mempunyai keluarga yang sangat mengambil berat akan dirinya.

Mereka berdua bernama He Yan dan kedua duanya berhujung kematian dihari yang sama kerana dikhianati oleh orang yang mereka percayai. Tapi dia berjanji akan membalas segala ketidakadilan yang diterimanya sebelum ini.

Tujuannya mengikuti He Yunsheng berjualan kuih di pasar bukan sahaja untuk menambahkan pendapatan tetapi juga untuk mengetahui perkembangan yang berlaku didalam keluarga He dan juga Xu.

Apa yang diketahui olehnya ketika ini ialah, Puan Muda Xu yang buta telah terjatuh didalam tasik dan meninggal dunia membuatkan Tuan Muda Xu bersedih dan jatuh sakit, begitu juga Tuan He turut jatuh sakit sebaik sahaja mendengar berita kematian anak gadisnya manakala General Fei Hong yang sangat menyayangi adiknya telah menjalankan sendiri majlis pengkebumiannya selama tiga hari tiga malam, semata mata menunjukkan bahawa dia amat terasa dengan kehilangan tersebut.

Bagi orang lain yang mendengar kisah itu, mereka mungkin akan merasa terharu tetapi tidak bagi dirinya, semua kobohongan yang ditutup oleh keluarga He dan Xu akan dibuka olehnya suatu hari nanti!

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now