Chapter 24: Diselamatkan

39 2 0
                                    


"Nampaknya Puan Muda telah salah faham terhadap saya".

"Salah faham? awak dan suami saya sudah pun menjalinkan hubungan sebelum kami berkhawin lagi dan setelah kami bernikah awak masih tetap menggangunya. Dasar wanita tidak tahu malu, perosak kebahagiaan rumah tangga orang, jangan ingat kamu boleh menggantikan saya!"

He Yan semakin pening memikirkan sikap Tang Ying yang langsung tidak mahu mendengar sebarang penjelasan darinya, "Puan Muda seharusnya menyiasat dengan lebih teliti, memang benar saya dan Tuan Muda Fan saling kenal sebelum kamu berdua menjadi suami isteri tapi selepas majlis perkhawinan kamu, saya langsung tidak pernah menghubunginya lagi!"

"Awak tipu, jika benar kamu berdua tidak saling berhubung, bagaimana dia boleh berikan awak hadiah?" ucap Tang Ying dalam nada yang kuat, wanita itu sudah tidak dapat mengawal kesedihan dan kemarahannya lagi setelah dikhianati oleh Fan Cheng.

Melihat keadaan Tang Ying, He Yan merasa simpati terhadapnya kerana menjadi isteri kepada lelaki kasanova seperti Fan Cheng. Pasti dia bukanlah wanita pertama dan terakhir yang harus dikendalikan oleh Tang Ying akibat daripada tingkah laku suaminya itu.

Setelah berjaya mengawal emosinya Tang Ying berkata lagi, "dasar wanita tak tahu malu, saya tidak akan percaya langsung dengan kata kata awak!"

"Sebenarnya apa yang Puan Muda mahukan? sebentar lagi hari akan malam, saya harus segera pulang kerumah sebelum ayah dan adik saya merasa risau".

"Awak mahu balik? setelah melakukan perkara yang memalukan, awak mahu balik dengan begitu sahaja? kami tidak akan benarkan awak balik sehingga sakit hati Puan Muda saya terhapus", ucap pembantu peribadi Tang Ying yang membawa He Yan kesitu.

"Awak mahu mengurung saya?" soal He Yan tidak percaya.

"Kami tidak berniat untuk mengurung awak tapi memandangkan kamu teringin sangat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Fan walaupun hanya sebagai sebagai seorang gundik. Oleh itu, awak terpaksa tinggal disini terlebih dahulu untuk menerima latihan sehingga Puan Muda saya berpuas hati dengan pencapaian awak", ujar seorang lagi pembantu Tang Ying yang agak berusia.

Mendengar penjelasan mereka He Yan tidak dapat menahan ketawanya, dia bukannya kanak kanak yang langsung tidak memahami maksud sebenar kedatangan mereka bertemu dengan dirinya.

"Ikat dan kurung dia didalam bilik belakang, jangan berikannya sebarang makanan untuk malam ini. Saya mahu lihat, jika esok pagi dia masih boleh bersikap angkuh seperti ini atau tidak".

Kemudian kedua dua pembantu Tang Ying segera mengikat He Yan dan membawanya ke bilik belakang seperti yang diarahkan. Sebenarnya dengan mudah dia dapat mengalahkan mereka dan meninggalkan tempat tersebut tetapi dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah terutama kepada keluarga He.

"Puan Muda, adakah kita harus meninggalkan seseorang disini untuk mengawalnya?"

"Tak perlu, biar dia tinggal sendiri dikediaman yang tidak berpenghuni ini. Biar dia merasa takut kerana bersendirian dan yang lebih baik, saya harap akan ada orang yang menculiknya supaya Fan Cheng tidak tergila gilakanya lagi!"

Setelah itu, Tang Ying dan pengikutnya pun berlalu dari situ.

He Yan merasa tenang setelah ditinggalkan bersendirian. Bilik kurungannya ini merupakan sebuah bilik yang luas dan mempunyai sebuah katil besar yang empuk membuatkan He Yan berfikir bahawa Tang Ying belum lulus sepenuhnya untuk menjadi seorang wanita yang jahat. Dengan mudah He Yan dapat membuka ikatan ditubuhnya, lalu beralih untuk duduk dikatil tersebut.

Tetapi tiba tiba He Yan mendengar bunyi tapak kaki dan suara seorang lelaki dari arah luar bilik. Dia segera mengambil buluh runcing yang sentiasa ada disisinya sebagai senjata untuk melindungi diri daripada sebarang ancaman.

Tidak lama kemudian, pintu bilik tersebut dibuka secara perlahan dan kelihatan seorang lelaki berpakaian seperti pengawal kediaman keluarga Fan masuk kedalam bilik itu sambil tersenyum memandang He Yan. "Cik He jangan takut, saya datang kesini untuk menyelamatkan awak".

"Saya akan hantar awak keluar", ucap lelaki itu, kemudian dia mendukung dan meletakkan He Yan diatas bahunya.

Walaupun tidak rela didukung seperti hasil perburuan namun He Yan terpaksa akur kerana memikirkan niat baik lelaki tersebut. Setelah itu, dia dibawa menaiki sebuah kereta kuda meninggalkan kediaman tersebut menuju kesuatu destinasi yang tidak diketahuinya.

Sebenarnya pengawal itu merasa terkejut melihat reaksi He Yan yang tenang ketika berhadapan dengan situasi seperti ini, dia menyangka akan menyelamatkan seorang wanita yang menangis ketakutan tetapi sebaliknya He Yan langsung tidak mengeluarkan air mata walaupun setitik.

Setelah hampir sejam berlalu, akhirnya mereka pun tiba didestinasi yang dituju iaitu Sungai Chun Lai.

Selalunya sungai tersebut dipenuhi dengan barisan kapal para bangsawan yang ingin menikmati keindahan suasana malam namun oleh kerana beberapa hari ini hujan turun dengan lebat membuatkan tiada kapal yang berkunjung kesitu melainkan kapal milik Fan Cheng.

"Kenapa awak bawa saya kesini?"

"Tuan Muda sedang menunggu awak diatas kapal, saya akan membawa awak kesana", ucap pengawal itu sambil tersenyum.

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now