Sepuluh hari kemudian, kerja kerja pembaikan atap rumah mereka pun selesai dan He Yan juga telah mengambil seorang lagi pembantu untuk menolong He Yunsheng. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kerja Qingmei.Oleh kerana sesi persekolahan sudah pun dibuka, tugas untuk memotong dan mengambil kayu api di hutan telah diambil alih oleh pembantu baru mereka. Bagi mengisi masa lapangnya, He Yan akan berlatih bermain pedang menggunakan ranting kayu. Walaupun keadaan stamina dirinya tidak sekuat dahulu tapi dia masih lagi mengingati dengan jelas cara untuk memainkannya.
"Cik, mereka datang lagi untuk menghantar sesuatu", ucap Qingmei.
"Haa...?"
"Mereka datang dan meletakkan barangan tersebut dihadapan pintu dan terus berlalu pergi begitu sahaja. Jika Tuan Muda pulang dari sekolah lalu melihat barangan tersebut tentu dia akan marah".
Mendengar penjelasan Qingmei, He Yan hanya mampu mengeluh sahaja. Barangan itu pasti dihantar oleh orang suruhan Fan Cheng, semenjak pertemuan mereka secara tidak sengaja dikedai baju dan jahitan tempoh hari, Fan Cheng telah menghantarkan kepadanya pelbagai jenis barangan walaupun dia menolak kesemua pemberian tersebut.
Disebabkan hal ini juga membuatkan He Yunsheng sering naik angin kepadanya. Malah He Yan memutuskan untuk tidak keluar kemana mana kerana bimbang akan bertembung dengan Fan Cheng lagi. Dia risau sekiranya He Yunsheng akan hilang pertimbangan lalu pergi mengamuk di kediaman Fan tentu perkara yang tidak diingini akan berlaku keatas adiknya itu.
"Buang sahaja kesemua barang barang itu", putus He Yan.
"Tapi barangan tersebut terdiri dari beberapa gulungan kain satin yang mahal serta set barangan kemas. Jika kita buang begitu sahaja, saya risau sekiranya akan menimbulkan masalah yang lain pula nanti".
Mendengar penjelasan Qingmei membuatkan He Yan merasa sakit kepala kerana tidak menyangka Fan Cheng merupakan seorang pemuda yang keras kepala setelah tekad untuk mendapatkan sesuatu. Dikehidupannya yang lalu, Xu Zhi Heng merupakan seorang lelaki yang sentiasa bersikap lemah lembut dan tidak pemaksa seperti Fan Cheng membuatkan He Yan tidak perlu merasa rimas dengan perkara seperti ini.
Jika dia membuang kesemua pemberian tersebut tetapi Fan Cheng tidak mengetahuinya tentu pemuda itu akan menyangka bahawa He Yan telah menerima hadiahnya dengan senang hati.
"Kalau begitu, saya akan hantarkan semula pemberian ini di hadapan kediaman keluarga Fan", putus He Yan sambil mengeluh.
"Maksudnya Cik sendiri akan pergi ke kediaman mereka?", ucap Qingmei dengan nada yang terkejut.
"Untuk mengembalikan kesemua pemberian ini, itu sahaja cara yang boleh kita lakukan. Lebih baik awak kemaskannya dan ikut saya kesana".
"Cik mahu saya ikut sekali", balas Qingmei dengan berat hati.
"Tentulah, lagi pula saya telah lupa jalan untuk kesana". Dia harus membawa Qingmei bersama kerana dia bukanlah He Yan yang asli tapi melihat wajah gusar gadis itu membuatkan dia terfikir tentu lawatan terakhir mereka ke kediaman keluarga Fan membawa kenangan buruk buat Qingmei.
"Seseorang itu harus sedar akan status diri sendiri, jangan menjual diri kerana mahukan kehidupan yang mewah!" itu adalah antara kata kata kejam yang diucapkan oleh Puan Fan ibu kepada Fan Cheng ketika mereka berkunjung ke kediaman Fan yang masih diingat dengan jelas oleh Qingmei.
Pada hari itu, He Yan menangis dengan sangat teruk sehingga matanya menjadi bengkak. Namun tiba tiba dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri, tiada seorang pun dari keluarga Fan walaupun hanya sekadar pembantu yang datang menolong mereka pada ketika itu. Sebaik sahaja mengetahui akan keadaan anak gadisnya He Sui segera mengupah doktor untuk memeriksa He Yan dan mendapati bahawa He Yan telah terkena serangan jantung akibat terlalu marah dan bersedih.
Disebabkan itu, He Yan telah tidak sedarkan diri selama beberapa hari dan ketika tersedar kembali He Yan mula berubah dan tidak pernah lagi nama Fan Cheng keluar dari bibirnya seolah olah pemuda itu tidak pernah wujud dalam kehidupannya. Kesemua hal tersebut masih segar diingatan Qingmei dan tidak mungkin akan dilupakan olehnya dengan begitu sahaja.
"Jangan risau, saya tidak akan membiarkan sesiapun membuli awak", ucap He Yan ketika melihat Qingmei sedang termenung panjang.
Jarak rumah dan kediaman Fan terletak agak jauh dari satu sama lain membuatkan perjalanan mereka mengambil masa yang agak lama untuk sampai kesana.
Setelah berada tidak jauh dari kediaman keluarga Fan, He Yan mengarahkan Qingmei untuk mengembalikan semula barangan tersebut secara bersendirian, "Qingmei, memandangkan saya mempunyai sejarah yang buruk dengan keluarga ini, awak harus pergi kesana dan katakan kepada mereka bahawa kesemua barangan ini adalah pemberian Fan Cheng kepada saya dan ia harus dikembalikan semula kerana saya tidak mahu menerimanya. Pastikan Fan Cheng mengetahui bahawa kita telah pun mengembalikan kesemua hadiahnya itu!"
"Baiklah, saya faham!"
Dari jauh He Yan melihat pergerakan Qingmei dan memastikan bahawa gadis itu menerima layanan yang baik dan tidak dibuli oleh sesiapa pun.
******
Sementara itu, didalam kediaman keluarga Fan walaupun perkhawinan diantara Fan Cheng dan isterinya Tang Ying telah beberapa bulan berlalu namun perhiasan kemeriahan perkhawinan berwarna merah masih lagi terpasang dan belum dibuka menandakan dia masih lagi digelar sebagai pasangan pengantin baru.
Tang Ying merupakan anak gadis sulung kepada Cheng Wu Lang yang sangat dimanja sedari kecil lagi membuatkan dia merasa bahawa tiada siapa pun dari kediaman Fan yang dapat mengalahkan status dirinya membuatkan Tang Ying sentiasa bersikap angkuh.
"Puan Muda, diluar terdapat seorang gadis pembantu yang ingin mengembalikan semula hadiah pemberian Tuan Muda kepada Cik He" ucap seorang pembantu lelaki yang ditugaskan untuk menjaga pintu kediaman keluarga Fan.
"Bawa masuk pemberian tersebut, saya mahu melihatnya".
Setelah melihat sendiri hadiah hadiah yang dimaksudkan itu, Tang Ying merasa sangat marah sehingga memecahkan beberapa biji cawan yang berada dihadapannya.
"Saya mahu tahu siapa wanita murahan yang berniat untuk merampas suami saya", ucap Tang Ying dalam nada yang marah. Selain itu, dia juga mengarahkan beberapa orang pembantunya untuk mengekori pergerakan Fan Cheng.
"Puan Muda harus bertenang dan memastikan bahawa Tuan Muda tidak mengetahui tentang kejadian hari ini kerana bimbang jika Tuan Muda akan menyembunyikan gadis murahan itu", usul pembantu peribadi Tang Ying.
"Saya tahu dan akan melakukan kesemuanya tanpa disedari oleh suami saya. Sebelum ini, saya telah berjaya menyingkirkan beberapa orang wanita yang berada disisinya dengan mudah, hal ini hanyalah perkara senang buat saya yang pasti mereka berdua akan terima akibatnya!"
YOU ARE READING
Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )
RomanceDia merupakan salah satu daripada dua general terhebat kerajaan, namun telah meninggal dalam keadaan yang menyedihkan kerana pengkhianatan keluarga dan juga suami sendiri. Dia diberikan peluang kedua untuk hidup kembali. Kali ini dia akan melakar ke...