Chapter 34: Kedatangan Kembali

39 2 0
                                    


Hari ini merupakan hari pertama mereka semua menerima latihan. Kelmarin kebanyakan daripada mereka merasa teruja lalu berjaga sehingga lewat malam membuatkan ramai diantara mereka yang terlewat tiba pada waktu ini.

Antara orang yang terkesan ialah Mak dan Hong Shan, mereka berdua terkejut melihat He Yan yang telah siap sepenuhnya dengan wajah yang penuh semangat.

Mereka diarahkan untuk berkumpul di kawasan lapang dikaki pergunungan Bai Yue yang dikelilingi oleh hutan tebal. Setibanya disana, seorang lelaki berbadan besar berbaju merah telah sedia menunggu dengan berdiri diatas astaka.

"Siapa lelaki itu?"

Mak yang serba tahu segera menjawab, "dia ialah ketua pengajar dan bernama cikgu Shen".

He Yan menyangka Xiao Jue sendiri yang akan memunculkan diri dihadapan mereka sama seperti dirinya dahulu sewaktu masih menjadi general Fei Hong namun pendekatan yang diambil oleh Xiao Jue jauh berbeza dengannya.

"Saya ialah Shen Han dan bertindak sebagai ketua pengajar. Bermula dari sekarang, saya akan mengajar kamu semua untuk menjadi seorang anggota tentera yang terbaik. Kita akan memulakan pengiraan!"

Pengiraan anggota tentera bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar mereka semua. Sebentar lagi, tentera tentera baru ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menentukkan komander dan division mereka kelak.

Mak merasa hairan melihat He Yan yang langsung tidak bergerak semenjak dari tadi lagi walaupun telah dua jam berlalu. Bukan Mak sahaja yang merasa hairan tetapi juga Shi, sebagai seorang pemburu mereka sudah terbiasa berdiam diri dan tidak bergerak agar mangsa yang ingin ditangkap tidak melarikan diri. Namun begitu, dia mampu bertahan selama sejam sahaja, bagaimana He Yan seorang pemuda biasa boleh melakukannya.

"Bermula hari ini dan seterusnya, sebanyak seratus orang akan ditempatkan dalam kumpulan yang sama dan seorang cikgu juga akan ditugaskan memimpin kamu untuk mengajarkan segalanya yang diperlukan oleh kamu semua bagi menjadi seorang anggota tentera yang terbaik. Hari ini, pelajaran kamu adalah bagaimana untuk mematuhi arahan tentera", ujar Shen Han sambil tersenyum.

Melihat senyuman lebar Shen Han membuatkan anggota tentera yang baru merasa tidak tenteram kerana dapat mengagak bahawa selepas ini tentu mereka akan menjalani sebuah latihan yang keras.

"Pembahagian kumpulan akan ditentukan melalui panggilan nama. Jika salah seorang dari ahli kamu terlewat maka seluruh kumpulan akan dihukum!"

"Setiap hari kamu semua akan berlari mengelilingi pergunungan Bai Yue sebanyak sepuluh pusingan dengan mengikat pasir di kedua dua belah kaki, setiap arahan tidak boleh diingkari kerana ia adalah arahan ketenteraan".

Satu pusingan adalah sejauh satu kilometer, ini bererti mereka semua akan berlari sejauh sepuluh kilometer dengan keadaan kaki diikat menggunakan guni pasir.

Mak merasa hairan kerana semua yang dikatakan oleh ketua pengajar Shen itu telah diberitahu oleh He Yan kepadanya sebelum ini.

"Ah He, apa yang awak katakan kepada saya tempoh hari, sama seperti yang baru sahaja diucapkan oleh ketua pengajar Shen, bagaimana awak boleh mengetahuinya?"

"Ini adalah pembelajaran pertama untuk mematuhi arahan ketenteraan", ucap He Yan sambil menepuk perlahan bahu Mak.

Tidak lama kemudian pembahagian kumpulan segera dilakukan dan mereka masing masing pergi mendapatkan guni pasir untuk diikat dikaki sebelum memulakan larian. Namun He Yan terkejut apabila melihat guni pasir yang dimaksudkan itu, ianya berbeza dengan guni yang pasir yang sering digunakan olehnya sewaktu pergi memotong kayu bersama He Yunsheng. Guni pasir yang disediakan ini sangat besar dan lebih sesuai diikatkan dibadan daripada di kaki.

Sewaktu dia masih menjadi general, cara yang digunakan olehnya untuk melatih tentera baru juga menggunakan pemberat dikaki namun ia dimulakan dengan guni yang kecil terlebih dahulu dan beratnya akan bertambah mengikut peredaran waktu supaya tidak membebankan anggota tentera miliknya.

Melihat He Yan yang sedang bersusah payah, Hong Shan ingin menghulurkan bantuan namun ia menolaknya demgan cara yang baik.

Menurut pandangan mereka semua, He Yan yang kecil itu tidak akan mampu mengharungi latihan yang keras seperti ini.

Didalam hati He Yan tidak berhenti menyumpah Xiao Jue. Jika He Yan yang dahulu, tugas ini hanya merupakan satu tugas yang mudah sahaja namun berbeza dengan keadaannya sekarang kerana selama ini dia terlalu dimanja oleh He Sui. Walau mustahil untuk dilaksanakan, dia pasti tidak akan menyerah kalah!!!

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now