Chapter 32: Perjalanan Menuju Ke Liang

39 2 0
                                    


Oleh kerana musim bunga telah berakhir dan akan berganti pula dengan musim panas maka hujan turun dengan lebatnya menyebabkan kawasan muka bumi menjadi berlumpur dan becak.

Antara berita besar yang berlaku di ibu kota ialah Komander Xiao telah diarahkan oleh Raja untuk memimpin pasukan tentera baru yang akan ditugaskan mengawal di Liang Zhou.

Manakala keluarga Fan masih berada di jalan buntu kerana pembunuh anak mereka belum lagi ditangkap malah walau seorang suspek sekalipun belum dapat di kenal pasti. Lebih memburukkan keadaan, tulang belakang keluarga mereka iaitu keluarga Tang telah memutuskan untuk membatalkan pernikahan anak gadis mereka dengan Fan Cheng yang telah meninggal dunia.

Tidak mungkin keluarga Tang akan membiarkan Tang Ying menjadi balu akibat kematian suami di usia yang masih muda.

Tiada seorang pun yang mengambil berat akan kehilangan anak gadis dari pegawai rendahan seperti He Sui. Hanya keluarganya sahaja yang terkesan dan berharap agar He Yan dapat kembali pulang dengan selamat.

Semenjak kejadian itu, He Yunsheng tidak pergi ke sekolah dan hanya duduk sahaja dirumah sambil menghitung hari untuk mengambil surat yang dimaksudkan oleh He Yan tempoh hari.

Sepatutnya dia harus kesana setelah lima hari dari kejadian itu namun kediaman mereka sering dipantau oleh anak anak buah keluarga Fan membuatkan dia tidak dapat berbuat demikian dan terpaksa kesana setelah sepuluh hari berlalu.

Dia harus bergerak dengan cepat, bimbang anak anak buah keluarga Fan yang sudah berundur akan datang semula.

Walaupun tubuhnya ditimpa hujan lebat namun He Yunsheng tidak mempedulikan semua itu, ianya disebabkan tekadnya untuk mengetahui keselamatan He Yan lebih besar. Sepanjang sepuluh hari ini, dia tidak pernah tidur lena kerana risau akan keadaan kakaknya.

Dia mahu mengetahui kemanakah He Yan telah pergi kerana setahunya dia tidak mempunyai kawan, lebih merisaukan dirinya jika He Yan sebagai seorang anak gadis yang cantik akan dibuli oleh lelaki gatal diluar sana.

Sebaik sahaja sampai di tempat yang dimaksudkan, He Yunsheng segera menggali dibawah pohon ketiga sedalam tiga inci seperti yang dikatakan oleh He Yan tempoh hari.

He Yunsheng merasa teruja kerana menemui sepucuk surat yang kelihatan sangat kotor, tanpa membuang masa dia segera membaca isi kandungan surat tersebut. "Yunsheng, jangan risau akan keadaan saya kerana saya telah menyertai pasukan tentera yang akan bertugas di Liang Zhou. Awak harus menjaga keluarga kita dengan baik terutama ayah, jangan biarkan dia terlalu memikirkan saya. Panjang umur kita pasti akan bertemu lagi".

He Yunsheng menggenggam erat surat tersebut, " He Yan, kita pasti akan bertemu lagi", kemudian dia terduduk diam disitu dan menangis dengan perasaan yang bercampur baur. "Penipu!!!!!

Walau gembira kerana kakaknya selamat tetapi dia tetap merasa tertipu namun doannya akan keselamatan He Yan tidak pernah berubah.

Sementara itu, pasukan He Yan telah jauh meninggalkan ibu kota menempuhi perjalanan yang panjang dan dipanah dengan sinaran matahari terik.

"Panasnya, bila baru kita sampai ke Liang Zhou", keluh Hong Shan yang sudah tidak tahan.

"Tak lama lagi", balas He Yan pula.

"Saya teringin sekali makan sup kacang hijau yang terdapat di ibu kota", ucap Xiao Mai, salah seorang rakan baru He Yan.

Semua mereka yang berada disitu serta merta membayangkan beberapa hidangan lazat yang selalu mereka nikmati sebelum ini.

"Sudah, jangan berangan lagi memandangkan kita semua adalah seorang tentera. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang diberikan. Mungkin kita akan menikmati hidangan yang lazat sekiranya kita berjaya mendapat kenaikan pangkat sama seperti General Xiao".

Sepanjang perjalanan He Yan ke Liang Zhou, dia belum pernah lagi bertembung dengan pemuda itu memandangkan dia hanyalah seorang tentera baru yang langsung tidak memiliki sebarang pangkat, jauh berbeza dengan kedudukan yang dimiliki oleh Xiao Jue.

Lagi pula sewaktu dia menuntut di sekolah Xiangchang, dia mengetahui bahawa Xiao Jue merupakan seorang lelaki yang tidak akan bercampur gaul dengan orang lain.

Jika dia mengetahui bahawa pasukan ini dipimpin oleh pemuda itu, tentu dia akan berfikir dua kali terlebih dahulu untuk menyertainya tetapi kini dia sudah tidak boleh menarik diri lagi.

Apa yang pasti mengharapkan kenaikan pangkat daripada seorang general seperti Xiao Jue bukanlah satu perkara yang mudah!

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now