Chapter 10: Kelebihan Menjadi Buta

43 3 0
                                    


Pusingan seterusnya dimulakan, kali ini jumlah taruhan semakin meningkat kerana turut disertai oleh mereka yang menjadi penonton sebentar tadi malah terdapat juga penjudi yang cuba pertaruhkan jed pendan peribadi setelah kehabisan duit.

Suara pertaruhan jelas kedengaran, memeriahkan lagi suasana di dalam Le Tong. Pusingan kali kedua dan beberapa pusingan seterusnya, He Yan tetap juga memperolehi kemenangan menyebabkan mereka yang mentertawakannya tadi tidak berani untuk berbuat begitu lagi.

"Nampaknya sebentar lagi subuh akan menjelang, lebih baik saya balik dulu", ucap He Yan.

Namun tiba tiba He Yan disapa oleh seorang lelaki berjanggut yang agak berusia, "Tuan Muda, apa kata awak bertaruh sekali lagi untuk yang terakhir tapi kali ni kita tukar cara permainannya".

"Maksud awak?"

"Kita akan bertaruh bukan berdasarkan nilai kecil atau besar lagi sebaliknya dengan meneka nombor dadu tersebut. Tentu ia bukanlah sesuatu yang sukar buat awak memandangkan kamu kelihatan mahir dalam permainan dadu. Sekiranya Tuan Muda menang, semua wang dan barang berharga yang terdapat diatas meja ini adalah milik awak".

He Yan menjeling kearah meja tersebut untuk melihat hadiah yang bakal diperolehinya jika berjaya menang dipertarungan terakhir itu nanti.

Pertaruhan terakhir yang dicadangkan oleh lelaki berusia itu sebenarnya merupakan cubaan daripada pihak Le Tong untuk mengambil kembali duit yang telah dimenanginya pada malam ini. Sepatutnya dia menolak cadangan itu untuk mengelak daripada sebarang masalah yang tidak diingini namun memikirkan penghidupan keluarga mereka yang serba kekurangan serta He Yunsheng yang perlu pergi ke sekolah, He Yan tekad untuk menyahut cabaran tersebut.

"Baiklah, saya setuju untuk pertaruhan terakhir".

Meneka nilai dadu sama ada besar atau pun kecil merupakan permainan berdasarkan nasib tapi meneka nombor dadu adalah permainan yang memerlukan seseorang itu benar benar berkebolehan. Jika tekaannya benar, He Yan akan beroleh kemenangan dan membawa pulang duit serta barang berharga tapi sekiranya dia meneka salah segala usahanya malam ini akan menjadi sia sia.

Namun He Yan yakin, malam ini dia tidak akan pulang dengan tangan kosong dan memutuskan untuk mempertaruhkan segala pendapatan yang diperolehi di Le Tong. Orang ramai yang berada disitu juga tidak mahu ketinggalan dan turut bertaruh sama, ada yang bertaruh dengan menyatakan bahawa He Yan akan menang dan begitu juga sebaliknya.

Suasana persekitaran didalam rumah perjudian tersebut semakin meriah mengalahkan persembahan dari kumpulan opera terbaik di bandar Jing Cheng.

Ketika permainan dimulakan, He Yan menutup matanya untuk menumpukan perhatian terhadap bunyi dadu yang terhasil.

Diawal perkhawinannya, sebelum menjadi buta para wanita yang berada didalam keluarga Xu sering berkumpul untuk bermain kad bagi mengisi masa lapang. He Yan bukanlah pemain yang hebat, akibatnya dia selalu kalah dan dengan senyuman manis Xu Zhi Heng selalu berkata mengapa dia tidak pernah menang walaupun sekali.

Bagi memuaskan hati Xu Zhi Heng, He Yan berusaha untuk belajar bermain kad tersebut agar suaminya itu merasa gembira dengan pencapaiannya. Namun setelah berusaha dan menjadi mahir He Yan telah menjadi buta dan tidak berkesempatan untuk bermain lagi. Setelah itu, dia hanya terkurung dan terpulau didalam keluarga Xu dengan alasan untuk berehat, sebenarnya dia telah ditinggalkan tanpa dirinya sedari.

Namun walaupun tersisih dan kurang dipedulikan kerana buta, He Yan bukannya seorang yang mudah berputus asa. Meskipun buta, dia tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain, malah He Yan masih boleh berkung fu dengan sangat baik dan hidup dihalamannya seperti orang yang celik.

Selain bermain pedang, bagi mengisi masa lapangnya He Yan akan belajar meneka bunyi dadu bagi melatih pendengarannya. Untuk menguasainya, hampir dua bulan masa diperlukan oleh He Yan tetapi akhirnya semua itu berbaloi!

Pada mulanya para pembantu yang berkerja di kediaman Xu berpendapat bahawa dia telah menjadi gila setelah buta kerana setiap hari sibuk bermain dadu seorang diri namun kesemua kejian dan umpatan mereka terhenti apabila He Yan menjadi orang buta yang tidak bergantung kepada orang lain malah melalui derapan tapak kaki sahaja, He Yan dapat mengenali siapakah yang datang menghampirinya.

Melalui kebolehan He Yan inilah, kadang kala para pembantu yang bertugas menjaganya terlupa bahawa 'puan' mereka itu merupakan seorang wanita yang tidak boleh melihat. Sikapnya yang tidak mengharapkan bantuan orang lain selalu mendapat pujian daripada Xu Zhi Heng namun rupa rupanya semua itu hanyalah lakonan sahaja!

Goncongan dadu pun terhenti, semua mata yang berada disitu tertumpu memandang dirinya.

"Dua dan lima", jawabnya yakin. Setelah penutup dadu tersebut dibuka, tekaan He Yan didapati tepat dan serta merta kedengaran suara sorakan bagi mereka yang menang.

Sesorang yang berada disitu segera menghampiri He Yan dan memohon agar diajarkan cara untuk bermain judi seperti dirinya. Namun permintaan lelaki itu ditolak, kerana tujuan sebenarnya mengunjungi Le Tong hanyalah sekadar untuk mencari duit tambahan dan bukannya sebagai sumber mengaut keuntungan.

Riak tidak percaya dan kecewa jelas terlihat diwajah lelaki berusia yang mengajak He Yan untuk melakukan pertaruhan terakhir itu, namun ia masih dapat tersenyum dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan. "Saya tidak akan menarik semula janji saya, semua duit dan barang berharga yang berada diatas meja ini akan menjadi milik awak tapi bolehkah saya tahu siapakah nama Tuan Muda dan mungkin kita boleh minum teh bersama sebelum awak pulang".

Namun He Yan menolak cadangan tersebut dan juga tidak memberitahu namanya kerana tidak mahu terlibat dengan sebarang masalah yang mungkin akan berlaku. Dia segera memohon untuk pulang setelah selesai membungkus segala hadiah miliknya pada malam itu.

Akhirnya lelaki berusia tersebut hanya mampu melihat He Yan berlalu dari Le Tong dengan senyuman yang masih terukir di wajahnya namun tidak lama kemudian raut wajahnya berubah menjadi jengkel. Dia segera mengarahkan beberapa orang anak buahnya yang berbadan besar untuk mengekori He Yan.

"Mahu pergi dengan begitu sahaja setelah mengambil duit saya, jangan mimpi!" ucapnya sambil tersenyum sinis.

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now