Chapter 41: Tidak Boleh Menariknya

34 3 0
                                    


Meskipun mereka kini telah berada di fasa yang seterusnya tetapi mereka semua masih lagi harus berlari bersama dengan guni pasir seperti biasa. Cuma kini, mereka hanya perlu berlari sebanyak lima pusingan sahaja.

Kemudian latihan akan diteruskan ke Yanwuchang yang terletak dikaki gunung, Yanwuchang merupakan sebuah lapangan terbuka yang besar.

"Bermula pada hari ini, kamu semua akan menjalani latihan penggunaan senjata", ucap Shen Han yang berdiri diatas podium lapangan tersebut. Seketika kemudian dia membaling lembing yang berada di tangannya sebagai simbolik latihan senjata yang akan dimulakan sebentar lagi.

"Apakah kamu semua melihat rak senjata yang berada di kawasan utara lapangan. Rak itu dipenuhi dengan busur dan anak panah, bererti bermula pada hari ini kamu semua akan berlatih menggunakannya!" tambah Shen Han dengan penuh semangat.

"Wah, saya sangat suka memanah. Abang Shi nampaknya selepas ini giliran kita pula yang akan menyerlah", ujar Mak dengan penuh semangat

"Adakah busur yang selalu kamu gunakan ketika memburu sangat berat?" soal He Yan ingin tahu.

"Tidak, ia sangat ringan kerana diperbuat daripada buluh yang saya raut sendiri", jawab Shi.

"Ringan atau berat ia tidak akan menjadi masalah kerana kami sudah sangat mahir menggunakan busur panah. Mungkin busur ini boleh kita pinjam untuk memburu arnab nanti", tambah Mak dengan perasaan teruja.

"Lebih baik jangan bermimpi terlalu awal".

Mereka semua masih berada didalam platun yang sama dan dilatih oleh ketua platun masing masing. Para pelatih tersebut akan menunjukkan kepada mereka semua cara yang tepat untuk menggunakan panah dan busurnya.

He Yan merasa kagum melihat kehebatan Liang Ping memanah, sememangnya dia layak untuk bergelar jurulatih dan ketua platun dalam satu masa sekaligus. Ianya disebabkan orang sepertinya adalah orang yang boleh diharapkan ketika berada di medan perang.

Para rekrut baru teruja untuk cuba memanah, mereka yang mempunyai kekuatan stamina dapat melepaskan anak panah dalam jarak yang jauh walaupun langsung tidak mengenai sasaran dan terdapat juga yang hanya boleh memanah dalam jarak yang dekat.

Hong Shan merupakan salah seorang yang dapat menarik busur panah tersebut meskipun tidak dapat mencapai sasaran yang ingin dituju.

Begitu juga dengan pasangan adik beradik Shi dan Mak. Busur ketenteraan sangat berat berbanding dengan busur yang selalu mereka gunakan ketika berburu.

Liang Ping merasa bahagia ketika melihat prestasi pasangan adik beradik itu kerana ia mampu digilap lagi untuk menjadi seorang pemanah yang handal.

He Yan turut merasa gembira dengan pencapaian mereka berdua. Namun tiba tiba Hong Shen mencuit dirinya.."He Yan, itu dia.."

Wang Ba yang berada di bawah selian Liang Jiao bergerak kehadapan untuk menunjukkan kehebatan dirinya dihadapan semua orang. Dari gerak perlakuannya, He Yan tahu dia merupakan seorang pemanah yang berpengalaman dan tahu menggunakan busur serta anak panah ketenteraan tidak seperti mereka yang lain.

Bidikan anak panah yang dilepaskan oleh Wang Ba tepat mengenai sasaran.

Liang Ping yang turut menyaksikan kehebatan Wang Ba juga merasa kagum terhadapnya. Tidak dinafikan, diantara para rekrut baru kali ini, Wang Ba merupakan rekrut yang terbaik.

Wang Ba tidak segera turun dari podium memanah sebaliknya perlahan lahan mendekati He Yan yang berada disitu bertujuan untuk memprovokasi.

"Sekarang giliran kamu", ucap Wang Ba dengan sinis.

Busur ketenteraan bukannya dibuat daripada buluh sebaliknya dihasilkan daripada tanduk haiwan. Terakhir kali, He Yan menyentuh busur seperti ini ketika dia masih lagi bergelar sebagai 'general Feihong'.

Ia sudah beberapa tahun berlalu.

Liang Ping agak hairan melihat tindakan He Yan yang mengelus lembut busur tersebut walaupun sedang menerima provokasi daripada orang lain.

Menurut Liang Ping, dengan keadaan stamina He Yan pada waktu ini, tentu dia tidak akan berjaya menarik anak panah itu. Walau bagaimanapun, Liang Ping masih berharap, He Yan akan memberikan dia sebuah keajaiban memandangkan He Yan merupakan seorang yang tekun dan tidak mudah berputus asa.

"Apa yang kamu cuba lakukan, cepatlah memanah", ujar Wang Ba dengan angkuh.

Tidak menunggu lama, He Yan segera mengambil busur dan anak panah tersebut namun seketika kemudian dia meletakkannya kembali.

Tindakannya itu membuatkan mereka yang berada disitu merasa hairan.

"Apa yang kmu tunggu lagi, cepatlah pergi kesana!" jerkah Wang Ba.

"Saya tidak perlu naik keatas podium itu kerana saya langsung tidak boleh menarik tali busur tersebut!"

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now