Chapter 11: Budiman DiBawah Cahaya Rembulan

44 4 0
                                    


He Yan menggunakan lorong lorong kecil sebagai laluan untuk kembali semula ke rumahnya. Dia sengaja tidak menggunakan jalan utama kerana ingin mengelak daripada sebarang masalah kerana ketika ini, tentu jejaknya sedang diekori disebabkan dia membawa pulang duit yang banyak.

Ketika tiba dihujung lorong, He Yan yang sangat berpengalaman sebagai seorang mantan general terkenal mengetahui bahawa bahaya sedang menghampirinya. Dia mengambil beberapa biji batu dan melemparkannya ke pelbagai arah, seketika kemudian kedengaran bunyi erangan dari arah yang dilemparnya tadi.

"Berhenti mengekori saya atau awak semua akan menyesal!"

"Awak yakin dapat mengalahkan kami semua?", ucap seorang lelaki berbadan besar yang tiba tiba sahaja muncul dari persembunyian.

Seketika kemudian, kelihatan ramai orang mula bermunculan dari pelbagai arah sambil memandang He Yan dengan pandangan sinis.

Lelaki berbadan besar ketawa dengan senang hati apabila menyaksikan keadaan tersebut, "hei budak, nampaknya nasib tidak menyebelahi awak. Selama ni, tiada siapakah yang pernah mengajar awak untuk tidak terlalu menonjol ketika memasuki sebuah rumah perjudian?"

"Ya, sememangnya tiada siapa yang pernah mengajar saya peraturan tersebut. Nampaknya Le Tong sebagai pusat perjudian merupakan sebuah tempat yang tidak dapat menerima kenyataan apabila nasib tidak menyebelahi mereka".

"Awak seorang budak yang tidak tahu sama ada langit itu rendah atau pun tinggi. Malam ni, saya akan patahkan kaki dan tangan kamu, memaksa awak untuk berlutut dihadapan saya dan memanggil saya sebagai datuk!" tambah lelaki berbadan besar itu lagi.

Seketika kemudian He Yan mula dikelilingi oleh para lelaki yang mengekorinya. Walau bagaimanapun He Yan langsung tidak menunjukkan sebarang riak ketakutan malah tetap tenang menghadapi semua itu, sedangkan ketika ini dia langsung tidak memiliki sebarang senjata sebagai pelindung diri.

Namun mereka semua hanyalah sekadar 'samseng kampung' dan bukannya lawan He Yan walaupun mereka mempunyai jumlah yang ramai, satu persatu berjaya ditumbangkan oleh He Yan dengan mudah membuatkan lelaki berbadan besar itu merasa semakin tercabar.

Tetapi salah seorang dari mereka berjaya mengoyakkan baju yang yang dipakai oleh He Yan membuatkan He Yan merasa jengkel kerana baju tersebut merupakan baju terbaik milik He Yunsheng, tentu adiknya itu nanti akan marah kepadanya!

"Awak sangat sombong kerana lebih pentingkan baju buruk awak daripada memikirkan bagaimana caranya untuk mengalahkan kami yang masih tersisa ini, baiklah saya akan ajar dan pukul awak sehingga awak mati!"

He Yan yang semakin hilang sabar dengan kelakuan lelaki berbadan besar dan pengikutnya itu, segera melawan dengan serius. Dalam waktu hanya beberapa minit sahaja, dia berjaya mengalahkan mereka yang maju dihadapannya tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"Maaflah, saya tidak berniat untuk mencederakan kamu tapi kamu semua yang memaksa saya!" ucap He Yan sambil mengeluh perlahan.

Kemudian He Yan mula mengutip beberapa keping duitnya yang telah terjatuh semasa berlawan tadi, sebolehnya dia tidak mahu kehilangan walau sekeping duit sekalipun kerana itu semua adalah hasil usahanya pada malam ini.

Tiba tiba seorang pemuda atau lebih tepat dipanggil sebagai 'budiman' datang menghampiri He Yan yang baru sahaja mahu beredar dari situ setelah selesai mengutip kesemua duitnya yang terjatuh. "Saudara, duit awak terjatuh", ucap budiman tersebut dengan lembut.

Pemuda tersebut memakai baju berwarna ungu lembut, tersenyum memandang He Yan. Sebenarnya sedari tadi lagi He Yan menyedari kehadiran seseorang yang berada di gerai paling hujung namun tidak mengendahkannya kerana mengetahui bahawa 'orang' itu tidak berminat untuk menyertai perlawanan mereka, namun ia tidak menyangka bahawa penontonnya pada malam itu merupakan seorang lelaki budiman berwajah tampan, malah lebih tampan dari mantan suaminya Xu Zhi Heng.

He Yan terus menatap wajah pemuda tersebut tanpa berkedip, membuatkan pemuda itu menjadi hairan, "saudara?"

Merasa malu kerana perbuatannya itu dianggap agak kurang ajar, He Yan segera mengambil duit yang dimaksudkan oleh pemuda tersebut dan mengucapkan terima kasih lalu segera pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.

Tidak lama kemudian, dibelakang pemuda itu muncul seorang gadis cantik memakai baju berwarna biru, "Tuan Muda Keempat, budak lelaki tu.."

"Dia hanya seorang pemuda yang kebetulan berada ditempat yang sama dengan kita. Jangan hiraukannya, lagi pula nampaknya dia seorang pemuda yang bijak".

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now