Chapter 44: Bulan

39 2 0
                                    


Dahulu semasa mereka masih bersekokah di Dewan Xianchang, sebolehnya He Yan akan mengelak dari bertembung dengan Xiao Jue.

Para pelajar Dewan Xianchang terdiri daripada anak anak golongan keluarga bangsawan yang berkelas serta mempunyai kuasa. Sepatutnya He Yan tidak layak untuk mendaftarkan diri disana tetapi He Yuanliang mengggunakan koneksinya supaya He Yan mendapatkan tempat disana dan seterusnya berjaya menjadi pelajar sekolah tersebut.

Pada mulanya dia merasa gembira kerana dapat pergi ke sekolah tapi lama kelamaaan kegembiraan itu mula pudar dengan sendiri.

Didalam keluarga He, He Yan dididik seperti seorang anak lelaki namun tubuhnya lemah kerana dia hanyalah seorang gadis biasa. Jadi ketika berada di sekolah, He Yan tidak dapat menyesuaikan dirinya dan sering menjadi bahan canda gurauan pelajar yang lain.

Walau dia telah berusaha sehebat mungkin namun He Yan tetap menjadi pelajar yang kurang berkemampuan.

Disebabkan sering merasa bosan, He Yan akan menyelinap keluar dari sekolah bagi membantu para biarawan yang berada di Houshan untuk mengangkat air dari telaga yang berdekatan. Disitulah He Yan berpeluang melatih kekuatan stamina dirinya. Manakala seni mempertahankan diri juga turut diajar disekolah tersebut.

"He Rufei, awak lemah seperti seorang perempuan, semuanya kamu tidak boleh lakukan. Oleh itu, sebaiknya awak balik ke kediaman dan belajar menyulam seperti anak anak gadis yang lain!" ejek rakan rakan sekelas He Yan kepada dirinya.

Disebabkan ejeken tersebut, He Yan bertekad untuk berubah kerana tidak mahu dimarah oleh ibu angkatnya iaitu Puan He. Dia juga risau, jika rakan rakan sekelasnya mengetahui bahawa dia sememangnya merupakan seorang gadis dan bukannya lelaki seperti mereka.

Maka setiap hari, He Yan menjalani perlatihan yang keras untuk kekuatan staminanya. Dia juga turut belajar seni pertahanan diri, menunggang kuda, memanah dan bermain pedang.

Bagi He Yan, Xiao Jue merupakan rakan sekelasnya yang paling menyebalkan.

Pemuda itu berasal dari golongan bangsawan yang terpandang dan disukai oleh semua orang. Malah dia juga merupakan pelajar yang paling cemerlang diantara mereka semua, dengan menguasai ilmu akedemik dan pertahanan diri.

Didalam hati He Yan, terkadang dia merasa agak cemburu dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh pemuda itu sehingga dia juga ingin menjadi hebat seperti Xiao Jue.

Setelah menerima latihan pertahanan diri, He Yan sangat suka bermain pedang namun memandangkan dia tidak mempunyai seorang guru yang khusus untuk mengajarnya maka dia tidak mencapai sebarang kemajuan dalam ilmu tersebut.

Ketika itu, ujian pertahanan diri akan berlangsung hanya dalam beberapa hari sahaja lagi dan dirinya masih tidak menguasai teknik pedang dengan betul. Oleh itu, He Yan mengambil keputusan untuk belajar sendiri pada waktu malam di kawasan belakang sekolah.

Malam itu, dia berlatih dengan bersungguh sungguh walaupun langkahnya kelihatan sumbang dan tiba tiba dia mendengar satu suara ketawa membuatkan He Yan merasa takut.

Setelah mengamati kawasan persekitaran, He Yan mendapati Xiao Jue yang memakai baju berwarna putih sedang mentertawakan dirinya dari sebuah bangku batu yang terletak tidak jauh dari situ.

"Apa yang awak buat disitu?"

"Melihat kamu bermain pedang".

"Apa pendapat kamu tentang permainan pedang saya?" soal He Yan cuba untuk meminta pandangan dari pemuda itu.

Xiao Jue berdiri lalu menghampiri He Yan yang hanya memiliki ketinggian separas dadanya namun mempunyai mata yang cantik seperti seorang gadis.

"Tidak dinafikan awak adalah seorang yang sangat berusaha dan berkerja keras tapi pergerakan kamu tetap kelihatan seperti seekor ayam yang akan disembelih..tersangat lemah".

"Huh?"

He Yan tidak menyangka Xiao Jue merupakan seorang pemuda yang tidak berhati perut. Dengan pantas dia mengambil pedangnya lalu meninggalkan tempat itu tanpa sebarang kata.

Bermula pada hari itu, He Yan tidak menggemari Xiao Jue dan akan mengelak untuk bertembung dengan pemuda tersebut!

Walau bagaimanapun, He Yan tetap meneruskan pelatihan pedangnya pada setiap malam dan yang paling membuatkannya merasa jengkel, Xiao Jue juga akan duduk dibangku yang sama pada setiap malam untuk membaca buku atau pun minum teh sambil menikmati keindahan suasana persekitaran.

Mereka berdua sangat menyukai halaman belakang sekolah tersebut!

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now