"Roti kukus yang berada di tangan awak itu adalah milik saya!" tegas He Yan.
"Hahaha... kamu berani meningkah saya".
"Saya bukannya mahu mencari masalah, saya hanya inginkan roti kukus saya kembali", balas He Yan lagi.
Pemuda kurus itu memandang rendah terhadap kebolehan He Yan dan yakin dapat membulinya dengan sesuka hati sahaja. Lebih lebih lagi apabila melihat saiz tubuh He Yan yang kurus dan pendek.
Dengan sengaja pemuda kurus yang mempunyai parut diwajahnya itu segera memakan roti kukus milik He Yan tanpa rasa bersalah.
"Siapa yang boleh membuktikan roti kukus itu adalah milik awak", ucapnya dengan sengaja mencetuskan provokasi, lagi pula roti tersebut sudah berada didalam perutnya.
Kemudian pemuda itu berlalu meninggalkan He Yan yang sedang kesal dengan senyuman kemenangan. Lalu dia segera mencari tempat duduk untuk menikmati bubur ayam miliknya.
"Mengapa dia sengaja mencari masalah dengan saya?" bisik He Yan sendiri.
Akibat merasa kesal kerana dibuli, He Yan menendang mangkuk bubur ayam pemuda itu sehingga terjatuh ke tanah tanpa sempat dicicipi olehnya.
"Kamu!!"
"Kenapa dengan saya? siapa yang boleh membuktikan bahawa saya sengaja menjatuhkan makanan awak?"
Pemuda itu mula hilang kesabaran dan ingin mengajar He Yan kerana merasa tidak puas hati. Parut diwajahnya semakin mengerikan ketika dia sedang marah namun tidak sedikit pun menggentarkan He Yan.
"Apa yang awak cuba lakukan?" ucap Hong Shan yang tiba tiba muncul disitu.
"Kamu tunggu dan lihat, saya pasti akan membalas perbuatan awak ini!" ujar pemuda itu lagi sebelum berlalu pergi dari situ dengan perasaan jengkel.
"Ah He kenapa dengan awak, apa yang telah berlaku?"
"Dia sengaja menolak saya lalu merampas roti kukus saya. Oleh itu, saya telah menendang bubur ayamnya, supaya adil".
"Tapi selepas ini, tentu dia akan menyusahkan kamu", balas Hong Shan sambil menghela nafas.
"Saya tidak akan berdiam diri jika dibuli dengan sesuka hati!"
Di kehidupan yang silam, perkara seperti ini juga pernah terjadi kepadanya dan bersabar bukanlah solusi yang terbaik kerana itu akan memberi ruang kepada pembuli untuk terus melakukan aksinya. Manakala dia sebagai mangsa buli akan hidup tertindas serta kelaparan.
Sewaktu dia masih menjadi general, sesiapa yang didapati melakukan tindakan buli seperti ini akan menerima hukuman yang sangat berat darinya.
Tanpa disangka, dikehidupan yang kedua ini, He Yan akan melalui situasi yang sama lagi. Tapi dia bukannya orang yang mudah dibuli, malah jika Hong Shan tidak muncul sekalipun dia pasti akan memberikan pelajaran yang secukupnya terhadap pemuda itu.
"Pemuda itu bernama Wang Ba, dahulu dia merupakan seorang perompak gunung. Entah bagaimana dia boleh menyertai pasukan ini dan berada di bawah seliaan Komandan Liang Jiao. Awak harus berhati hati kerana Wang Ba merupakan seorang yang kejam dan tidak berhati perut".
"Sekiranya saya mengalah tadi, pasti Wang Ba akan meneruskan aksinya kerana menganggap saya sebagai seorang yang lemah dan mudah untuk dibuli dengan sesuka hatinya sahaja kerana tiada hal yang benar benar adil di muka bumi ini".
"Tapi awak bertindak terlalu mengikut hati dan perasaan tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari", ujar Hong Shan.
"Untuk mendapatkan keadilan, seseorang itu harus berjuang sendiri dan tidak menunjukkan kelemahan dirinya. Sekiranya Wang Ba ingin mencari masalah lagi, saya tidak akan merasa gentar dan bersedia untuk menghadapi pemuda itu", putus He Yan.
Akhirnya Hong Shan terpaksa beralah dengan tekad yang ditunjukkan oleh He Yan itu dan yakin bahawa He Yan pasti tidak akan bertindak dengan sesuka hati sahaja.
"Baiklah, beberapa hari lagi kita akan dibenarkan untuk naik ke gunung dan pada waktu itu saya akan berburu haiwan yang berada di hutan tersebut. Kemudian saya juga akan menyediakan hidangan yang jauh lebib lazat berbanding roti kukus yang ada pada hari ini", ucap Mak yang turut berada disitu.
Setelah itu, He Yan beristirehat dibawah pokok tersebut sambil menikmati tiupan angin yang lembut membuatkan fikirannya menjadi tenang.
Menurut jangkaannya, dalam masa lima hari lagi latihan menguatkan stamina ini pasti akan berakhir dan beralih ke fasa yang seterusnya. Tapi sebelum itu, dia harus memastikan bahawa dirinya akan ditempatkan dibarisan hadapan.
Ini adalah masalah yang lebih besar kepada He Yan berbanding dengan ugutan Wang Ba tadi, bagaimana dia dapat menguatkan staminanya dalam waktu yang singkat?
YOU ARE READING
Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )
RomanceDia merupakan salah satu daripada dua general terhebat kerajaan, namun telah meninggal dalam keadaan yang menyedihkan kerana pengkhianatan keluarga dan juga suami sendiri. Dia diberikan peluang kedua untuk hidup kembali. Kali ini dia akan melakar ke...