Chapter 8: Rumah Perjudian Le Tong

48 1 0
                                    


Wang Jiu Gui memandang tidak percaya kearah He Yan kerana dalam sekelip mata sahaja gadis tersebut berjaya mengalahkan anak anak buahnya. Setelah itu, He Yan tersenyum kearahnya, namun kali ini Wang Jiu Gui merasa sangat takut melihat senyuman itu.

Ianya disebabkan, He Yan yang diketahui olehnya selama ini, merupakan seorang gadis yang lembut tapi penuh helah untuk mendapatkan apa yang diinginkan  serta menolak hidup dalam kesusahan. Dia adalah seorang gadis yang sanggup melakukan apa sahaja, malah Wang Jiu Gui pasti He Yan akan diambil menjadi gundik oleh mana mana lelaki yang memikat dirinya. Oleh itu, dia  cuba untuk memiliki He Yan sebelum orang lain namun dia sama sekali tidak menyangka bahawa semua itu hanyalah lakonan He Yan kerana sebenarnya dia merupakan seorang gadis yang kasar dan tidak mudah untuk diambil kesempatan.

Air mata Wang Jiu Gui keluar perlahan apabila melihat He Yan menghampiri dirinya, semasa tangannya di pulas oleh He Yan sebentar tadi dia merasakan bahawa tangganya itu akan putus! "Cik He, tolong maafkan saya. Saya janji tidak akan mengganggu awak lagi".

"Bermula pada hari ni, jangan ganggu dan jangan berikan saya hadiah lagi. Saya tidak suka!"

"Baiklah, baiklah saya berjanji. Adakah Cik He mahukan sesuatu, saya boleh belikannya".

"Tak perlu, jika saya mahukan sesuatu saya boleh beli sendiri. Memandangkan kita adalah jiran, saya tidak akan berkira dengan kamu". Setelah itu, He Yan segera berlalu dari sana meninggalkan Wang Jiu Gui dan anak anak buahnya.

Sementara itu, dibilik mewah yang terdapat di Restoran Zui Yu, "sejak bila gadis bandar Jing Cheng ni berubah menjadi ganas dan sangat menakutkan. Patutlah pakcik tidak mahu bertunangan dan berkhawin".

Walaupun perbicaraanya tidak mendapat balasan, namun pemilik suara itu masih lagi rancak berkata, "adakah pakcik mahu jika saya menyiasat siapakah gadis itu? jika dia sememangnya kuat pakcik boleh jadikan dia sebagai pengawal wanita dan mungkin dia boleh temankan pakcik pada waktu.."

Namun perbicaraannya segera terhenti apabila melihat wajah pakciknya itu langsung tidak menunjukkan sebarang senyuman. "Jika awak bercakap perkara yang mengarut lagi, saya buang kamu dari tingkap ni terus ke bawah!"

Akhirnya suasana dibilik mewah itu kembali tenang, mereka berdua terus menikmati hidangan teh panas sambil ditemani oleh alunan guqin yang merdu.

***

He Yunsheng merasa lega apabila melihat He Yan kembali dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. "Awak tak apa apa, mana Wang Jiu Gui dan anak anak buahnya?"

Saya sudah terangkan kepada Wang Jiu Gui untuk tidak menggangu kita lagi dan akhirnya dia terima setelah saya jelaskan dengan panjang lebar tentang ketidakselesaan kita kerana gangguannya itu. Nanti dia akan datang dan minta maaf", ucap He Yan panjang lebar kepada adiknya.

Sebenarnya He Yunsheng tidak percaya dengan kata kata He Yan kerana dia mengetahui perangai sebenar Wang Jiu Gui, mana mungkin hanya dengan perkataan sahaja mampu mengundurkan pemuda itu, namun He Yunsheng tidak mahu memanjangkan perkara ini dan memilih untuk percaya dengan kata kata kakaknya itu.

Kemudian, kedua duanya pun pulang ke rumah kerana kuih da'nai mereka telah habis terjual.

Setelah makan malam, He Yan masuk kedalam bilik He Yunsheng.

"Kenapa??" ucap He Yunsheng jengkel kerana dia sudah merasa mengantuk dan mahu tidur.

"Saya cuma nak tanya adakah pakaian awak yang koyak dan perlu di jahit, biar saya jahitkan untuk awak malam ni juga", ujar He Yan sambil tersenyum.

"Haaa..?" sejak dari kecil lagi, He Yan tidak pernah mengambil tahu akan keadaan baju dan seluarnya. Jika terdapat sebarang koyakan, dia yang akan menjahitnya sendiri. Mendengar permintaan He Yan itu, dia merasa terharu namun masih lagi berlagak dingin, "awak pandai menjahit? pernah pegang jarum? bukankah selama ini sekiranya pakaian awak koyak, Qingmei yang akan menjahitnya?"

"Yunsheng, awak jangan terlalu pandang rendah terhadap saya".

"Saya bukan pandang rendah tapi saya tahu kebolehan awak sampai tahap mana".

Akhirnya He Yunsheng mengalah dan memberikan He Yan pakaiannya yang koyak namun sebelum itu dia sempat berpesan agar biarkan sahaja Qingmei yang menjahit semua itu.

"Hei..saya lebih pandai menjahit dari Qingmei lah", ujar He Yan tidak mahu mengalah.

Setelah itu, He Yan segera berlalu untuk masuk kedalam biliknya. Dia mengambil dan memakai baju yang berwarna merah meroon, He Sui terlalu memanjakan He Yan sehingga material kain baju milik He Yunsheng semuanya berkualiti rendah dan kasar.

Dia kemudian mengikat rambutnya seperti penampilan seorang lelaki dan mencalit wajahnya dengan pewarna hitam untuk memperlihatkan wajahnya menjadi gelap agar tidak dikenali oleh orang lain nanti. Bagi menambahkan keyakinan penyamarannya, He Yan juga menebalkan lagi keningnya.

Dia berhasrat untuk keluar pada malam tersebut dan yakin dengan penampilannya ini, tiada siapa yang akan mengetahui bahawa dia adalah Cik He anak gadis kepada He Sui.

Setelah itu, dia keluar dari rumah mereka melalui halaman belakang dengan sangat mudah.

Keadaan malam di bandar Jing Cheng sangat meriah dengan hiasan lampu tanglung yang berwarna warni di sekitar bandar tersebut. Ini adalah kali pertama dia keluar pada waktu malam, di kehidupan yang lalu He Yan terlalu sibuk dengan urusan ketenteraan sehingga tiada masa melakukannya, apatah lagi setelah berkhawin segala kebebasannya menjadi tertutup.

Dia terpesona melihat keindahan malam bandar Jing Cheng dan amat berterima kasih kepada tuhan kerana telah memberikannya peluang kedua untuk hidup.

Selang beberapa bangunan daripada Restoran Zui Yu, terdapat sebuah bangunan yang besar, diluarnya berdiri beberapa orang wanita yang bertugas untuk memujuk orang yang lalu lalang disitu masuk kedalamnya.

Ia bukanlah sebuah restoran atau pun pusat pelacuran tapi ia merupakan
rumah perjudian yang terkenal di bandar Jing Cheng yang dikenali sebagai Le Tong.

He Yan berdiri dihadapan Le Tong dan terus memandangnya tanpa berkelip.

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now