Chapter 45: Dia Telah Berubah

102 3 6
                                    


Xiao Jue memandang He Yan dengan wajah yang serius

"Apakah awak yang bernama He Yan?"

"Aik..nampaknya saya sangat terkenal didalam kem ini".

Kelemahan mengenai dirinya sudah tersebar luas sehinggakan Xiao Jue sebagai general utama juga turut mengetahui tentang perkara tersebut.

"Awak merupakan rekrut yang berlari paling perlahan kerana tidak berdaya menggalas guni pasir yang diikat dikaki malah kamu juga tidak boleh menarik busur panah. Yang paling penting, awak juga merupakan rekrut yang paling rendah diantara semua yang ada!"

"Huh?"

He Yan melalui dua kehidupan, dan dikedua duanya pandangan pertama Xiao Jue mengenai dirinya ialah dia bertubuh pendek serta rendah.

Apa yang pasti kelancangan dan kesombongan Xiao Jue langsung tidak berubah.

Tapi jika difikirkan, apa yang dikatakan oleh Xiao Jue itu ada benarnya, didalam kem tentera He Yan sememangnya yang paling terendah diantara para rekrut yang ada. Dirinya yang sebenar agak tinggi jika dibandingkan dengan para gadis yang seusia dengannya.

Sewaktu menjadi General Feihong, He Yan akan menggunakan pelapis di kaki supaya dia kelihatan tinggi agar kemunculan He Rufei nanti tidak akan diragui oleh orang yang lain.

Pada waktu ini, Xiao Jue berdiri tepat dihadapan He Yan membuatkan He Yan dapat melihat ketampanan pemuda itu dengan jelas.

"Apa yang awak fikirkan?" soal Xiao Jue apabila He Yan sedang merenung wajahnya.

"Hidangan apakah yang harus saya makan untuk memiliki tubuh sasa seperti awak?"

"Membosankan!" balas Xiao Jue jengkel.

"Apa yang membosankan, bukankah setiap orang mempunyai keinginan untuk memiliki tubuh sasa seperti itu?"

Xiao Jue tidak membalas soalan He Yan itu sebaliknya dia terus menatap He Yan dengan tajam sebelum berlalu dari situ tanpa sebarang kata.

Menurut He Yan, Xiao Jue masih lagi penuh dengan kesombongan dan bermulut lancang tapi jauh lebih dingin daripada dirinya yang dahulu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semua orang telah berubah.

...

Keesokkan paginya, He Yan terlewat bangun dan hanya tersedar setelah dikejutkan oleh Hong Shan.

Di kehidupan lalu, walaupun He Yan tidur lewat kerana berlatih namun dia tetap akan terjaga mengikut waktu yang telah ditetapkan tapi kini tubuhnya masih perlukan rehat yang secukupnya.

Setelah menghabiskan larian seperti biasa, tibalah waktunya untuk latihan memanah di Yanwuchang.

Kebanyakan dari mereka sudah mengetahui cara yang tepat untuk melepaskan anak panah dan walau bagaimanapun semangat mereka agak berkurang berbanding hari sebelumnya.

Liang Ping tersenyum senang apabila melihat kemajuan yang ditunjukkan oleh Hong Shan serta adik beradik Shi dan Mak. Mereka bertiga adalah antara harapan Liang Ping untuk menaikkan nama platun mereka kelak.

Hari ini, Wang Ba menampilkan prestasi yang cemerlang sekali lagi. Pemuda itu tersenyum sinis sekaligus memprovokasi He Yan.

Selepas Wang Ba melepaskan anak panahnya, tepukan yang gemuruh daripada kumpulannya jelas kedengaran. Dengan sombong dia berkata kepada He Yan, "sekarang giliran awak pula untuk menarik busur panah ini!"

Semua orang yang berada disitu, serta merta memandang He Yan dengan penuh rasa minat kerana ingin mengetahui adakah dia akan mengalah tanpa berusaha seperti kelmarin.

"Ah He", ucap Shi cuba menahan He Yan daripada melakukan hal yang tidak wajar.

Namun He Yan hanya tersenyum lalu menyahut cabaran Wang Ba itu tanpa sebarang rasa takut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now