Chapter 27: Mengalih Perhatian

40 2 0
                                    


He Yunsheng masih lagi memandang tidak percaya kearah tubuh Fan Cheng yang telah kaku itu. "Saya akan menyerah diri kepada pihak berkuasa untuk menerima hukuman diatas perbuatan saya ini", ucapnya dalam nada yang sedih.

"Jenayah apa yang telah awak lakukan?"

"He Yan, saya telah membunuhnya, tentu sahaja saya harus menerima hukuman yang setimpal akibat perbuatan saya!"

"Yunsheng, awak tidak bersalah, bukan kamu yang membunuhnya tapi Fan Cheng tertikam belati miliknya sendiri. Dia juga yang mulakan semua ini terlebih dahulu, jika dia tidak mati pada malam ini, keluarga kita yang akan sengsara", ucap He Yan cuba memujuk adiknya untuk tidak menyalahkan diri sendiri.

"Lagi pula, dia yang terlebih dahulu mahu membunuh awak, di matanya nyawa orang miskin seperti kita langsung tidak berharga".

"Tapi dia telah terlanjur mati, keluarganya pasti tidak akan melepaskan kita".

He Yan tahu kerisauan yang dialami oleh adiknya itu. Malah dia lebih jelas dengan pemikiran keluarga bangsawan seperti keluarga Fan. Walaupun He Yunsheng menyerah diri dan mengakui segala kesalahannya, keluarga kecil mereka tetap akan dihancurkan tanpa rasa simpati walaupun sebenarnya Fan Chenglah yang memulakan sengketa ini terlebih dahulu.

"Yunsheng, boleh tak awak menahan nafas dengan lama ketika berada didalam air?"

"Ya".

"Kita berdua akan berganti pakaian, bila kamu menerima arahan saya nanti. Awak harus terjun keluar dari kapal ini kemudian berenang dari dasar tasik dan serta merta pulang kerumah dengan cepat".

"He Yan, bagaimana pula dengan awak?"

"Selepas awak terjun dari kapal ini nanti, saya akan menggunakan pakaian awak untuk menarik perhatian mereka. Tapi buat sementara waktu, saya tidak boleh kembali ke rumah. Lima hari kemudian, awak pergi ke sebuah kedai makan yang bernama Liu Quan Ju yang terletak di kawasan barat ibu kota. Diluar kedai makan itu terdapat rimbunan pokok, di pokok yang ketiga saya akan tanamkan awak sepucuk surat sedalam tiga inci dari permukaan".

"Tapi.."

"Yunsheng, awak harus berani!"

He Yunsheng tahu, He Yan pasti akan selamat kerana dia seorang wanita yang luar biasa, tapi kini mereka berhadapan dengan masalah yang sangat besar kerana ia melibatkan nyawa seseorang.

"Pakaian baru awak yang kita tempah tempoh hari telah pun siap, saya akan memakainya untuk menarik perhatian anak anak buah Fan Cheng".

"Saya tidak bersetuju. Bagaimana jika mereka menangkap awak, kamu pasti akan diseksa", bantah He Yunsheng.

He Yan terharu kerana ada seseorang yang risau akan keselamatannya, akhirnya dia punya keluarga yang benar benar menyayanginya. Dia tersenyum kearah adiknya itu.

"Saya tidak akan membiarkan awak menanggung derita akibat dari perbuatan saya".

"Yunsheng, malam ni saya gembira kerana awak telah menjadi dewasa. Jangan cuba berdegil kerana apa yang kita lakukan ini adalah untuk menyelamatkan diri, lagi pula mereka tidak akan dapat menangkap saya".

"Tolong jelaskan kepada ayah. Yakinkan dirinya bahawa saya pasti akan selamat. Kita harus cepat, kerana mungkin tidak lama lagi anak anak buah Fan Cheng akan datang".

Setelah mereka berdua selesai bertukar pakaian, He Yan ketawa kerana melihat He Yunsheng yang berwajah tampan memakai pakaian wanita.

"Dalam situasi genting seperti ini, kamu masih lagi boleh ketawa?"

Walaupun melihat wajah kelat adiknya tapi He Yan tidak mempedulikan semua itu malah dia mengambil sehelai kain untuk dijadikan sebagai penutup wajah buat He Yunsheng.

Sebelum terjun He Yunsheng berpesan kepada He Yan agar menjaga diri dengan baik dan berjanji bahawa mereka pasti akan bertemu lagi.

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now