Chapter 28: Malam Yang Gerimis

42 2 0
                                    


Malam itu, tiba tiba hujan gerimis turun membasahi bumi, anak anak buah Fan Cheng yang ditugaskan untuk mengawal keadaan persekitan terkejut kerana mendengar suara jeritan wanita dari kapal besar milik keluarga Fan.

"Apa yang berlaku?" ucap salah seorang dari mereka?"

"Mungkin perkara kecil sahaja, lagi pula Tuan Muda langsung tidak memberikan sebarang isyarat untuk meminta bantuan".

Mereka berpendapat bahawa suara tersebut milik He Yan yang ingin melarikan diri semasa tuan muda mereka mahu bermesra dengannya. Perkara seperti ini, bukan kali pertama berlaku dan mereka sudah biasa dengan sikap Fan Cheng yang suka bermain dengan wanita terutamanya yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

"Tapi hati saya merasa tidak enak. Saya melihat kapal tersebut bergoyang seperti berlaku sebuah perkelahian didalamnya", balas pengawal Fan Cheng yang mula merasa curiga.

Sebagai ketua pengawal, dia mengambil keputusan untuk pergi memeriksa secara lebih dekat akan keadaan yang berlaku di kapal besar itu.

Lantas mereka semua segera bergegas menuju kearah kapal namun belum sampai disana, mereka melihat seorang wanita sedang terjatuh kedalam tasik. Para pengawal tersebut langsung tidak mempedulikan nasib He Yan yang terjatuh, sebaliknya mempercepatkan dayungan mereka agar segera sampai ke kapal besar.

Sebaik sahaja naik diatas kapal, mereka melihat tuan muda mereka sedang terbaring diatas lantai dalam keadaan berlumuran darah. Ditepinya terdapat seorang lelaki yang memakai penutup wajah.

"Berani awak mencederakan Tuan Muda kami". Setelah itu, pertarungan pun berlaku diantara He Yan dan anak anak buah Fan Cheng namun He Yan tidak mahu terlalu banyak membuang masa, lantas dia segera terjun ke dalam tasik untuk melarikan diri.

Separuh dari anak buah Fan Cheng juga turut terjun kedalam tasik namun hampa kerana mereka gagal untuk mengesan He Yan walaupun telah sejam berlalu.

********

He Yunsheng akhirnya sampai ke tebing tasik, dengan perlahan lahan dia naik ke darat. Wajahnya pucat akibat kesejukan juga disebabkan oleh perasaan takut disebabkan apa yang baru dialaminya.

Dengan pantas dia menukar baju yang dipakainya dengan baju yang lain lalu menenggelamkan baju He Yan ke dalam tasik. Bagi memastikan baju itu tidak timbul ke permukaan, He Yunsheng telah mengikatnya dengan batu sebelum dibuang.

Semasa dalam perjalanan kembali ke rumah, He Yunsheng mendengar pembicaraan orang ramai yang mengatakan telah berlaku sebuah kejadian pembunuhan yang melibatkan anak dari golongan bangsawan. Dia tidak menyangka bahawa berita kematian Fan Cheng akan tersebar dengan sebegitu cepat.

Akhirnya hujan gerimis yang turun dari tadi telah digantikan dengan hujan lebat, walaupun sejuk namun He Yunsheng tidak merasakannya kerana didalam hatinya pada ketika ini hanya berdoa agar He Yan akan selamat, tanpa disedari air matanya telah pun terjatuh.

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now