Chapter 17: Rakan Sekelas

42 2 0
                                    


He Yunsheng langsung tidak menyangka bahawa hari ini dia memiliki nasib yang sangat baik. Dia datang dengan tangan kosong dan kembali semula ke rumahnya sambil membawa seekor kuda. Seketika dia merasa bersalah kerana seolah olah telah mengambil kesempatan diatas kebaikan General Feng Yun namun perasaan tersebut segera dihapus apabila memikirkan bahawa kuda itu merupakan hadiah istimewa daripada idolanya.

Semasa dalam perjalanan pulang, He Sui hairan apabila melihat kedua dua anaknya hanya berdiam diri, tidak seperti kebiasannya mereka berdua sering kali bertengkar mulut diantara satu sama lain. Dia memahami jika He Yunsheng terdiam kerana merasa teruja tetapi bagaimana pula dengan He Yan. He Sui takut sekiranya anak gadisnya itu telah terjatuh hati dengan General Feng Yun.

Ketika He Yan jatuh cinta dengan Tuan Muda Fan, nyawanya telah menjadi taruhan, dan jika dia jatuh hati sekali lagi dengan pemuda yang langsung tidak setaraf dengan mereka, He Sui tidak dapat membayangkan apakah nasib keluarga mereka kelak. Dalam hatinya hanya mampu berdoa agar semua itu hanya andaiannya sahaja.

Sebaik sahaja sampai di rumah mereka, Qingmei telah siap menyediakan makanan malam. "Yan Yan mengapa kamu dan Yunsheng pergi ke lapangan tadi?" Kemunculan He Yan disana membuatkan He Sui merasa hairan kerana anak gadisnya itu langsung tidak pernah berminat untuk kesana berlainan dengan He Yunsheng.

"Saya kesana kerana ingin berbincang dengan ayah untuk menyekolahkan Yunsheng semula agar dia mendapat pendidikan yang sempurna sama ada dari segi kesusasteraan atau pun pertahanan diri".

Kata kata He Yan membuatkan He Sui terdiam kerana dia juga mempunyai niat yang sama namun keadaan kewangan mereka langsung tidak mengizinkan tetapi dia bersyukur kerana ini bermakna hubungan persaudaraan anak anaknya telah menjadi erat, He Yan mengambil berat akan masa depan adiknya.

"Yan Yan, selama ini ayah juga berfikir sedemikian tapi kita kekurangan duit. Tunggu sebentar lagi, setelah duit ayah cukup. Ayah berjanji dan tidak akan memungkirinya.", ucap He Sui sambil menundukkan wajahnya kerana merasa malu.

Mendengar penjelasan dan melihat reaksinya ayahnya membuatkan He Yunsheng merasa bersalah.

"Jika masalah duit, ayah tidak perlu merasa risau", ucap He Yan sambil membuka sebuah kotak yang diambil dari biliknya sebentar tadi. Sebaik sahaja kotak itu dibuka, He Sui dan Qingmei merasa terkejut apabila melihat isi kandungannya

"Yan Yan dari mana kamu dapat duit sebanyak ni?"

"Ini adalah duit kemenangan Yunsheng ketika bertaruh di rumah perjudian Le Tong", jawapan ringkas He Yan itu membuatkan penyepit makanan He Yunsheng terlepas dari tangannya.

"Yunsheng seorang yang bertuah kerana kunjungan pertamanya kesana membuahkan hasil yang lumayan. Saya sudah kira duit tersebut dan ia cukup untuk menampung kehidupan keluarga kita selama beberapa tahun serta boleh membaiki kerosakan yang terdapat didalam kediaman kita ini", tambah He Yan dengan yakin sambil tersenyum.

He Yunsheng ingin membela dirinya namun tiada sepatah perkataan pun yang mampu keluar dari mulutnya untuk menyangkal kata kata kakaknya itu. Lagi pula ayahnya tidak akan percaya jika dia mengatakan bahawa He Yan yang telah memenangi duit itu dan bukannya dia.

Akhirnya He Yunsheng terpaksa menerima segalanya!

"Ya ayah, duit ini ialah hasil kemenangan saya semasa bertaruh di rumah perjudian Le Tong. Saya ingin gunakannya untuk penghidupan kita selama beberapa tahun kehadapan dan juga untuk pembelajaran saya".

"Kamu mengunjungi rumah perjudian untuk pertama kali lalu menang pertaruhan disana?" soal He Sui tidak percaya.

He Sui segera mengambil kayu pemukul yang tersandar didapur kediaman mereka, "bertuah punya anak, saya bekerja keras tanpa mengira siang atau malam semata mata untuk memberikan kamu penghidupan yang terbaik tapi awak berani berkunjung ke rumah perjudian malah membawa duit kemenangan untuk kelangsungan hidup kita selama beberapa tahun. Kamu tidak berasa malu, bagaimana ayah mahu berdepan dengan ibu awak nanti?"

Sambil cuba mengelak pukulan ayahnya He Yunsheng berkata, "ayah, keluarga kita terlalu miskin kerana itu saya terpaksa mengambil jalan ini, lagi pula ibu tidak akan tahu jika ayah tidak beritahu kepadanya!"

"Berani kamu melawan kata kata ayah. Hari ini ayah akan ajar kamu secukupnya supaya kamu tidak berani lagi menjejakkan kaki kesana!"

He Yan merasa sangat bersyukur kerana menyalahkan semua itu kepada He Yunsheng. Bagaimana jika ayahnya tahu perkara yang sebenar lalu dia dipukul seperti ini, sekiranya dia membalas pukulan tersebut, tentu nanti dia akan dituduh sebagai anak yang derhaka.

Setelah He Sui selesai menghukum He Yunsheng, mereka mula membincangkan secara serius akan pilihan sekolah yang tepat buatnya. Sebolehnya He Yan mahu adiknya belajar disekolah yang menekankan ilmu pertahanan diri dan tidak terlalu banyak anak bangsawan disana kerana takut memberikan pengaruh yang buruk buat He Yunsheng. Ini kerana kebanyakan anak bangsawan hanya tahu berhibur sahaja!

******

Ketika He Yan berada didalam biliknya, He Yunsheng datang, "rupanya memilih sekolah yang baik bukanlah perkara yang mudah".

"Jangan risau kita masih mempunyai masa yang panjang sebelum musim persekolahan bermula".

"Bukankah awak selalu tahu banyak perkara?"

"Tapi saya tidak mengetahui mengenai pilihan terbaik untuk persekolahan namun saya tahu rumah perjudian yang bagus!"

"He Yan, kamu jangan lagi pergi kemana mana rumah perjudian! Sudahlah, saya mahu keluar untuk memberi kuda makan".

Setelah adiknya keluar, biliknya menjadi hening dan memberikan He Yan ruang untuk berfikir. Selama setahun dia dan General Feng Yun merupakan rakan sekelas ketika mereka bersekolah di Dewan Xian Cheng, ketika itu Xiao Jue merupakan seorang remaja yang sombong dan sering merasa megah.

Namun tidak dinafikan dirinya sebagai General Fei Hong dan Xiao Jue sebagai General Feng Yun merupakan kebanggaan Dewan Xian Cheng!

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now