"Saya tidak boleh menarik tali busur ini".Liang Ping yang mendengar ucapan He Yan merasa agak kecewa kerana ini merupakan kali pertama dia bertemu dengan seorang rekrut baru yang sangat lemah.
Dia merasa sangat marah kerana terlalu kecewa dengan ucapan tersebut.
"Apa yang awak mengarutkan ni?" balas Wang Ba tidak percaya dengan kejujuran He Yan.
"Sekarang, kekuatan tangan saya belum mampu untuk menarik tali busur ini. Oleh itu, saya tidak mahu menjadi penghalang kepada mereka yang lain. Tapi saya yakin setelah berlatih dalam beberapa hari lagi, saya pasti akan berjaya menariknya nanti".
"He Yan, lapangan ini bukanlah tempat untuk awak bermain", balas Liang Ping dengan nada yang agak kecewa.
"Saya tahu, kalau begitu saya jamin pada hari esok, saya pasti akan berjaya menariknya", ujar He Yan dengan yakin.
"He Yan!!" jerit Liang Ping kerana merasakan dirinya telah dipermainkan. Seolah olah He Yan sedang berjual beli di pasar sayur dan saling tawar menawar.
Hari ini, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menarik tali busur itu, dari mana pula dia mendapat keyakinan akan berjaya menariknya pada hari esok? dengan hanya memerlukan masa yang singkat sahaja.
Liang Ping mula merasa menyesal kerana tidak mengikuti saran yag diberikan oleh Du Mao sebelum ini.
"He Yan, saya arahkan awak untuk pergi berlari sambil menarik guni pasir sebanyak lima pusingan!"
"Baiklah".
Pada waktu ini, Liang Ping benar benar merasa sangat kecewa, marah dan kesal.
"Huh..kamu seorang pemuda yang lemah tapi berani menyertai pasukan tentera. Sangat memalukan!" ejek Wang Ba.
"Wang Ba mengapa awak terus memprovokasi saya, adakah kamu merasa takut?" soal He Yan tiba tiba.
"Saya takut dengan awak?"
"Jika kamu tidak takut dengan saya, mengapa awak terus mencari tahu akan setiap perkara yang saya lakukan?"
"Siapa yang takut dengan kamu!!"
"Perlahankan suara awak kerana perseteruan peribadi diantara para rekrut akan mengakibatkan hukuman yang berat. Sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk kita bahaskan masalah ini".
"Mana mungkin saya merasa takut dengan seseorang yang langsung tidak mempunyai kekuatan untuk menarik tali busur. Sebaiknya, kamu berlutut dan memohon maaf kepada saya kerana telah bersikap kurang ajar sebelum ini!"
"Oh..kalau begitu, ketika berada di lapangan seni bela diri nanti kita berdua pasti akan bertemu diantara satu sama lain", lantas He Yan segera berlalu meninggalkan Wang Ba untuk menuruti arahan yang telah diberikan oleh Liang Ping sebelum ini.
Wang Ba hanya mampu tersenyum sinis kearah He Yan dan bertekad untuk memberikannya pelajaran jika dia mempunyai kesempatan di lain waktu.
...
Pelatihan memanah pada hari itu berakhir setelah matahari terbenam di gunung Xishan.
Terlihat senyum kepuasan terukir diwajah para rekrut yang telah berjaya menarik busur panah.
"Liang Ping, bagaimana dengan prestasi He Yan yang berada didalam pasukan awak itu?" soal Du Mao.
Liang Ping yang masih merasa kecewa tidak menjawab pertanyaan tersebut dan hanya menundukkan kepalanya sahaja.
Namun seorang lagi pelatih yang berada disebelahnya segera membalas pertanyaan tersebut. "Dia langsung tidak berusaha untuk menarik busur itu dan terus memutuskan bahawa kekuatan tangannya tidak cukup untuk menariknya sehingga menyebabkan Liang Ping merasa marah dan kesal".
"Dia langsung tidak berusaha untuk menarik tali busur tersebut dan serta merta menyerah dengan begitu sahaja?" soal Du Mao tidak percaya.
"Nampaknya dia tidak sesuai untuk menjadi seorang anggota tentera", tambah pelatih itu lagi.
Tidak lama kemudian, perbualan mereka terhenti apabila melihat kedatangan Xiao Jue dan Tuan Muda Cheng Lisu.
"Apa yang kamu semua bualkan tadi?" soal Cheng Lisu ingin tahu.
Meskipun Cheng Lisu bukanlah seorang anggota tentera tetapi dia merupakan saudara terdekat Xiao Jue dan tiada siapa yang berani memandang rendah terhadapnya. Malah dia turut tinggal didalam kem tentera ini serta turut sama menjamu hidangan sederhana yang disediakan khusus untuk para tentera yang ada.
"Kami bercerita mengenai seorang ahli tentera baru yang berada di bawah seliaan Liang Ping. Dia langsung tidak berdaya untuk menarik busur panah, ianya satu perkara yang amat mengecewakan dan juga lucu".
"Huh?" nampaknya ada seorang yang mempunyai prestasi lebih buruk dari dirinya membuatkan Cheng Lisu merasa ingin tahu.
"Pakcik, sekarang saya bukanlah pemuda dengan prestasi terburuk di Liangzhou ini. Saya ingin berkenalan dengan pemuda yang dimaksudkan oleh mereka itu", ujar Cheng Lisu sambil tersenyum lebar.
"Hei Liang Ping, siapakah nama anak buah awak itu?"
"He Yan", jawab Liang Ping dengan berat hati kerana merasa malu dengan situasi tersebut.
He Yan? mendengar nama itu membuatkan Xiao Jue yang sedari tadi hanya terdiam mula mengerutkan keningnya tanpa disedari oleh sesiapa pun yang berada disitu.
YOU ARE READING
Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )
RomanceDia merupakan salah satu daripada dua general terhebat kerajaan, namun telah meninggal dalam keadaan yang menyedihkan kerana pengkhianatan keluarga dan juga suami sendiri. Dia diberikan peluang kedua untuk hidup kembali. Kali ini dia akan melakar ke...