Chapter 35: Nilai Terendah

42 1 0
                                    


Walaupun ramai diantara mereka yang merungut dengan arahan tersebut tapi tiada seorang pun yang berani membantah. Ketua platun He Yan bernama Liang Ping, dia seorang ketua yang sangat tegas dalam menjalankan amanah yang di tugaskan kepadanya.

Tubuh kecil He Yan tidak dapat menampung berat guni pasir yang terpaksa di pikul olehnya. Walaupun selama ini, dia selalu mengikut He Yunsheng untuk melakukan kerja kerja yang berat namun kali ini, ia berada di luar batas kemampuannya kerana He Yan merasakan dia sedang memikul dua batu yang besar dibelakangnya. Dia mengakui latihan fizikal yang diberikan oleh Xiao Jue sangat berat untuk dilalui.

Kebanyakan dari mereka yang menyertai pasukan tentera merupakan lelaki yang bertubuh besar dan sasa atau pun mereka yang berasal dari keluarga miskin yang sudah terbiasa melakukan kerja kerja berat. Jika ada pun yang lemah, tentu telah terkorban sewaktu dalam perjalanan ke Liang Zhou. He Yan dikategorikan sebagai anggota yang paling lemah pada ketika ini.

Adik beradik Shi dan Mak, antara yang menonjol kerana mereka telah biasa mengangkat hasil buruan yang berat sambil mengejar mangsa yang lain. Bagi mereka berlari sambil membawa pemberat hanyalah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Walaupun Hong Shan agak berumur tapi dia juga dapat melakukannya, ketika ini He Yan berada sepuluh langkah dibelakangnya.

"Ah He, bagimana dengan keadaan awak? wajah kamu kelihatan sangat pucat seperti orang yang sedang sakit".

Walaupun tubuhnya kini dibasahi keringat namun He Yan cuba bertahan, "abang Shan jangan risau, keadaan saya baik baik sahaja. Lebih baik awak berlari dahulu dan tinggalkan saya disini. Lebih cepat awak sampai lebih cepat awak dapat berehat".

"Jika awak kurang sihat, awak boleh beritahu kepada pengajar Liang supaya kamu diberi kelonggaran untuk berehat ataupun awak laporkan bahawa kamu telah melengkapi sepuluh pusingan larian, tiada siapa yang mengetahuinya jika awak tidak beritahu kepada orang lain", ucap Hong Shan sambil berbisik di telinga He Yan.

"Terima kasih abang Shan, awak pergilah dulu nanti kita bertemu lagi".

Hong Shan tahu He Yan menolak cadangannya itu lalu dia hanya mampu mengeluh perlahan, kemudian meninggalkan He Yan bersendirian.

Walaupun Hong Shan berniat baik tapi He Yan mengetahui bahawa semua cadangan tersebut tidak boleh di guna pakai. Meminta izin kepada pengajar untuk berehat dengan alasan kurang sihat langsung tidak praktikal. Seorang tentera hanya boleh cuti melakukan latihan jika dia sakit sehingga tidak boleh berjalan manakala melaporkan bahawa dirinya telah melengkapkan larian sedangkan sebenarnya tidak, merupakan satu penipuan yang tidak boleh dimaafkan. Dia yakin, sepanjang laluan ini, pasti terdapat ramai pemerhati yang bersembunyi untuk mengetahui setiap prestasi mereka.

Sebagai seorang mantan general yang terkenal, dia tidak mahu melakukan perkara seperti itu, sangat memalukan!

Walaupun berada dibawa panas matahari yang terik, namun He Yan tetap tekad untuk mengharunginya.

******

"Suasana disini jauh lebih baik daripada berada di ibu kota, pakcik saudara mempunyai penilaian yang cukup baik", ucap Cheng Li Shu kepada Xiao Jue.

"Mereka semua sedang berlari dibawah matahari yang panas, jika saya tentu tidak akan mampu bertahan. Pasti menyerah lebih awal", ucap Cheng Li Shu lagi.

"Kalau begitu, baik kamu balik semula ke ibu kota".

Mendengar Xiao Jue mengusirnya untuk kembali semula ke ibu kota, Cheng Li Shu tidak mengendahkan saranan tersebut.

Perbualan mereka berdua terhenti dengan kedatangan Shen Han.

"Bagimana dengan latihan mereka?"

"Stamina mereka semua baik cuma terdapat seorang yang memerlukan latihan yang lebih insentif", sambil tangan Shen Han menunjuk kearah He Yan.

"Kenapa dengannya?"

"Tubuhnya terlalu kecil membuatkan guni pasir yang tergalas dibelakangnya terlihat lebih besar. Malah lariannya juga perlahan menyebabkan dia tertinggal jauh dari kumpulannya".

"Dia adalah anggota dari platon Liang Ping, ahli kumpulannya yang lain telah berlari sebanyak tujuh pusingan tetapi dia baru menghabiskan empat pusingan sahaja".

"Empat pusingan??" soal Xiao Jue sambil mengangkat keningnya.

"Dia mempunyai nilai persembahan yang paling terburuk diantara rekrut baru!"

Perbualan diantara Xiao Jue dengan Shen Han itu telah menarik perhatian Cheng Li Shu. "Jika dia mempunyai nilai yang paling terburuk bermaksud dia tidak boleh pergi ke medan perang, mungkin dia mepunyai kelebihan yang lain seperti membuat senjata".

Sementara itu, He Yan pada saat ini masih lagi berusaha untuk menamatkan lariannya kerana dia mengetahui bahawa ini merupakan latihan asas ketenteraan untuk menguatkan fizikal.

Melalui latihan seperti ini, dia boleh meningkatkan stamina dan akhirnya boleh menggunakan senjata peperangan seperti busur dan anak panah.

Sebaik sahaja berjaya menamatkan lariannya, Hong Shan segera pergi kearah pasangan adik beradik Mak dan Shi yang sedang berehat di bawah pokok.

"Dimana saudara He, bukankah kamu berdua berlari bersama tadi," soal Mak kehairanan.

"Saudara He mungkin tidak dapat menghabiskan larian ini".

"Mengapa tidak suruh dia untuk menipu sahaja" bisik Mak perlahan.

"Saya sudah sarankan, tapi dia menolak", balas Hong Shan sambil mengeluh.

Tidak lama kemudian mereka bertiga melihat kelibat He Yan yang masih lagi berlari untuk memulakan pusingan yang baru


Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now