Chapter 21: Pengambilan Tentera

42 3 0
                                    


"He Yan, kamu tidak akan bercinta lagi dengan Fan Cheng kan?", soal He Yunsheng ingin meminta kepastian.

"Ya, saya janji tidak akan terlibat langsung dengan dirinya lagi!"

Mendengar janji He Yan, He Yunsheng akhirnya menarik nafas lega. "Saya bukannya tidak percayakan awak, tapi si Fan Cheng tu sangat pandai bermanis mulut, bimbang jika awak tergoda lagi kepadanya. Bagi saya dia langsung tidak mempunyai sebarang kelebihan lainlah General Feng Yun!"

"Kenapa pula cerita mengenai Fan Cheng boleh berubah arah menjadi cerita Xiao Jue?"

"He Yan, menurut awak adakah General Feng Yun merupakan seorang pemuda yang tampan?"

"General Feng Yun memang seorang yang kacak", balas He Yan pula, didalam hatinya berkata Xiao Jue bukan sahaja merupakan seorang pemuda yang tampan tapi sangat mementingkan kebersihan serta sentiasa kemas ketika berpenampilan.

"Bagaimana pula dengan latar belakangnya?"

Ayah Xiao Jue iaitu General Xiao Zhong Wu adalah anak saudara kepada Maharani Dowager dan merupakan rakan sepermainan Raja yang menemani baginda mengharungi segara cabaran sehingga menjadi pemerintah pada hari ini. Abangnya pula telah menjadi kabinet kerajaan pada usia yang sangat mudah manakala Xiao Jue melakar sendiri pencapaiannya dalam bidang ketenteraan.

"Bagaimana pula dengan strategi peperangannya?"

Kehebatannya antara satu dalam sejuta!

"Dari segi penampilan, latar belakang dan kejayaan. General Feng Yun merupakan seorang yang sangat hebat, tentu ramai wanita yang tergilakan dirinya!" ucap He Yunsheng dengan penuh rasa kagum.

"Yunsheng, boleh tak awak diam!" Tentu sekali ramai gadis yang ingin menjadi isteri kepada Xiao Jue namun malangnya menurut pengetahuan He Yan lelaki itu langsung tidak berminat terhadap wanita kerana dia lebih cintakan dirinya sendiri!

Tidak tahu wanita seperti apakah yang akan menjadi isterinya nanti.

Kemudian tidak jauh dari situ mereka berdua melihat beberapa orang tentera sedang menampal sesuatu ke papan notis yang berhampiran. "Apa yang mereka tampal tu?" soal He Yunsheng.

Mereka pun segera menghampiri papan notis tersebut untuk membaca apa yang telah ditampal oleh tentera itu tadi.

"Nampaknya pasukan tentera akan membuat pengambilan lagi".

"Kenapa pengambilan tentera dibuka semula sedangkan ia baru sahaja ditutup?"

He Yan sangat mengerti akan situasi sebenar dalam sistem pertahanan kerajaan mereka. Selama ini, dia dan Xiao Jue masing masing mempertahankan kawasan barat dan selatan tetapi kerajaan Uto yang terletak di barat laut mula menunjukkan taring mereka dengan sering mengancam bandar yang berada diperbatasan. Pengambilan tentera kali ini akan berpangkalan dan dilatih di Liang Zhao dibawah kepimpinan General Feng Yun.

Dengan serta merta He Yan mengoyak notis tersebut dan menyimpannya. "Kenapa awak mengambilnya pula?"

"Saya hanya mahu menyimpannya sahaja".

"Jika saya sudah tamat sekolah nanti, saya juga mahu menyertai pasukan tentera untuk mengharumkan keluarga kita".

"Yunsheng, awak berminat untuk masuk tentera? menyertai tentera bukanlah satu perkara yang mudah kerana perlu melalui pelbagai jenis latihan yang mencabar malah sebagai seorang tentera juga kamu harus bersedia untuk terkorban pada bila bila masa sahaja. Sedangkan memotong ikan yang kecil, awak tidak berani inikan pula bermimpi untuk masuk menjadi seorang anggota tentera, lebih baik awak batalkan sahaja niat kamu tu!"

"He Yan, awak terlalu memandang rendah kepada saya dan berkata seolah olah kamu pula yang pernah menyertainya". Namun He Yan hanya tersenyum apabila mendengar kata kata He Yunsheng itu.

Dia menyertai tentera pada usia yang muda. Selepas bertengkar dengan ayah angkatnya iaitu He Yuan Sheng, dia telah melarikan diri dengan menyertai tentera Fu Yue yang berpangkalan di Mo Xian. Dia menggunakan nama He Rufei dan melakar kejayaan demi kejayaan melalui usahanya sendiri tanpa bergantung dengan orang lain apatah lagi keluarga He.

Namun kini semua hanya tinggal kenangan, segala usahanya menjadi milik orang lain setelah dia disingkirkan dengan kejam. Mengingati kehidupan lamanya membuatkan wajah He Yan menjadi muram dan dia hanya terdiam sahaja. Tetapi He Yunsheng menyangka bahawa dia terdiam kerana memikirkan akan Fan Cheng lagi.

Setibanya dirumah mereka, fikiran He Yan masih lagi melayang jauh mengingati jalan cerita kehidupannya yang menyedihkan itu. Tekadnya untuk membalas dendam semakin membara namun bagaimanakah caranya dia dapat duduk dan berdiri sama tinggi dengan He Rufei dan Xu Zhiheng?

Setelah berfikir sejenak, He Yan mengambil keputusan untuk menyertai tentera seperti dahulu. Dia akan bermula semula dan melakar kembali kejayaannya dengan menggunakan namanya sendiri iaitu He Yan.

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now