Pada keesokkan harinya apabila Qingmei terbangun, dia menjadi cemas kerana tidak melihat He Yan berada didalam biliknya namun dia menarik nafas lega semula semasa mendapati He Yan sedang duduk di luar kediaman mereka."Cik kenapa bangun terlalu awal? adakah awak kurang sihat kerana menggunakan selimut yang nipis?"
"Saya sihat, cuma tidak boleh tidur".
Dahulu semasa masih menyertai tentera, He Yan selalunya tidur hanya dua atau tiga jam sahaja. Setiap tentera tidak akan tidur terlalu nyenyak kerana sepanjang masa mereka harus bersiap siaga untuk menghadapi serangan musuh yang tidak tahu bila akan datang menyerang. Malah di awal perkhawinannya bersama Xu Zhi Heng, dia juga masih lagi mengamalkan cara tidur yang sama sehingga He Yan menjadi buah mulut orang lain. Namun semua itu berubah apabila dia menjadi buta kerana siang atau malam sudah tiada beza buat dirinya lagi.
"Dimana ayah saya?"
"Tuan telah pergi kerja manakala Tuan Muda pula baru sahaja bangun. Cik, lebih baik awak bersihkan diri terlebih dahulu sebelum bersarapan", kemudian Qingmei berlalu pergi untuk menyiapkan makanan buat He Yan dan juga He Yunsheng.
Ketika He Yan masuk kedalam kediaman untuk bersarapan, He Yunsheng telah berada disana dan menjamah hidangan yang disediakan oleh Qingmei iaitu bubur nasi dan beberapa jenis sayuran. He Yunsheng memandang He Yan dengan pandangan tidak puas hati. Walaupun begitu, He Yan tidak mempedulikan pandangan tersebut dan segera menghabiskan sarapannya namun perbuatannya itu mengejutkan Qingmei dan He Yunsheng kerana sebelum ini He Yan seorang yang cerewat dan sangat memilih makanan. Malah He Yan juga langsung tidak menyentuh pencuci mulut yang disediakan khas, khusus buatnya oleh He Sui.
"Awak nak kemana?" soal He Yan kepada He Yunsheng apabila dia melihat adiknya itu sedang bersiap sedia untuk keluar.
"Saya mahu keatas bukit untuk pergi memotong kayu", jawab He Yunsheng tidak sedingin sebelum ini kerana He Yan tidak mengadu kepada ayah mereka akan luka ditangannya.
"Saya mahu ikut", pintas He Yan mengejutkan He Yunsheng kerana sebelum ini He Yan hanya sibuk menguruskan peralatan kosmetiknya sahaja.
"Cik, apa yang awak merepek ni? Kelmarin hujan lebat tentu jalan menuju ke bukti menjadi licin, bagaimana jika awak terjatuh dan tercedera nanti?", soal Qingmei ketakutan.
"Sudahlah, apa yang dikatakan oleh Qingmei tu benar, jangan cari masalah nanti ayah akan marah", putus He Yunsheng.
"Ayah bekerja seharian dan hanya akan pulang pada waktu malam. Lagi pula Yunsheng, jika awak tidak bawa saya, nanti saya akan pergi kesana sendiri!"
He Yunsheng merasakan He Yan seorang yang tidak masuk akal dan keras kepala, malah jika perkara ini dilaporkan kepada ayah mereka tentu nanti dia juga yang akan dipersalahkan kerana He Yan merupakan anak kesayangan He Sui.
"Ikut suka awaklah, jangan pula jika awak terjatuh, awak menangis minta dihantar pulang. Pada waktu tu saya tidak akan melayan karenah kamu", ujar He Yunsheng dalam nada geram.
Perjalanan menuju ke Bukit Long Huan sangat licin dan agak menyeramkan kerana ia diapit oleh curam yang tinggi, bila terjatuh seseorang itu pasti akan mati. Walaupun ia merupakan kawasan yang indah dan dipenuhi dengan pelbagai jenis herba tidak semua orang sudi untuk mendakinya. Sepanjang perjalanan mereka, He Yunsheng menunggu He Yan merengek, menangis dan berputus asa namun semua itu tidak terjadi membuatkan He Yunsheng merasa hairan.
"Yunsheng kenapa awak pandang saya? adakah kita sudah sampai?" Namun adiknya itu tidak menjawab soalan He Yan, dia hanya berpaling dan meneruskan perjalanan mereka semula.
Setengah jam kemudian, akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju, setelah berehat seketika He Yunsheng mula memotong pokok pokok kecil yang berada disitu dan mengarahkan He Yan untuk tidak pergi kemana mana kerana dia akan mengambil masa sekurang kurangnya dua jam untuk menyiapkan kerjanya.
Tetapi He Yunsheng tidak menyangka bahawa He Yan juga telah membawa kapak dan berhasrat memotong kayu bersamanya, "apa yang awak buat ni He Yan?"
He Yunsheng hanya mampu tergamam melihat telatah He Yan yang memotong kayu dengan sangat mahir seolah olah telah biasa melakukannya sebelum ini.
"Yunsheng, mengapa awak tercengang? cepat mari kita lakukan bersama agar semuanya segera selesai!"
YOU ARE READING
Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )
RomanceDia merupakan salah satu daripada dua general terhebat kerajaan, namun telah meninggal dalam keadaan yang menyedihkan kerana pengkhianatan keluarga dan juga suami sendiri. Dia diberikan peluang kedua untuk hidup kembali. Kali ini dia akan melakar ke...