Kedatangan Tuan Muda Zhao dalam keadaan menangis teresak esak membuatkan para pembantunya menjad cemas, "Tuan Muda, awak tak apa apa?""Awak rasa saya kelihatan baik? Saya hampir mati!" balas Tuan Muda Zhao dalam keadaan marah.
"Maafkan saya Tuan Muda, jika saya tidak mengajak awak berlumba tentu semua ini tidak akan berlaku", ujar He Yan pula.
Walaupun He Yan yang telah memberi cadangan agar mereka berdua berlumba menunggang kuda sebentar tadi tetapi dia langsung tidak menyalahkannya. Bukan sahaja He Yan merupakan seorang gadis tetapi ianya disebabkan He Yan yang telah menyelamatkan dirinya tadi, sewaktu dia berada dalam keadaan genting.
"Semuanya adalah disebabkan oleh kuda yang kurang ajar ini! saya akan potong dan buat daging kuda untuk diberikan kepada anjing!"
He Yunsheng terkejut mendengar kenyataan tersebut namun tidak mampu melakukan apa apa untuk menyelamatkan kuda itu.
Manakala He Yan pula merasa sesal dengan sikap Tuan Muda Zhao yang langsung tidak mempunyai perasaan empati terhadap kuda peliharaannya. Bagi seorang tentera yang pernah terlibat dalam pertempuran, seekor kuda bukan sahaja merupakan haiwan tunggangan tetapi ia merupakan sahabat sejati yang mengharungi segala suka dan duka bersama. Kuda juga mempunyai perasaan! Namun sebagai seorang anak bangsawan yang tidak pernah hidup susah, mana mungkin Tuan Muda Zhao memahami semua itu.
"Tuan Muda, tolong fikir sekali lagi", rayu He Sui pula.
"Ini adalah kuda saya! suka hati sayalah apa yang saya mahu lakukan keatasnya. Sekarang saya akan bunuh dia disini juga, dihadapan mata kamu semua!" sambil Tuan Muda Zhao mengeluarkan sebilah belati yang mempunyai batu permata di pemegangnya dari lengan bajunya.
Perasaan malu kerana dikalahkan oleh seorang gadis harus ditebus, seseorang harus dipersalahkan walaupun ia adalah seekor kuda yang tidak mengerti apa apa. Dia percaya dengan membunuh kuda tersebut, dapat menebus kembali maruahnya yang telah tercalar sebentar tadi.
"Tangkap kuda tu dan bawa kemari", arah Tuan Muda Zhao kepada pembantunya.
He Yan merasa bersalah dan pada masa yang sama merasa marah, dia tidak mahu kuda ini mati dengan sia sia disebabkan oleh dirinya.
Tidak lama kemudian, para pembantu Tuan Muda Zhao membawa kuda tersebut dan memegangnya dengan erat agar ia mudah untuk dibunuh.
Namun semasa belati Tuan Muda Zhao ingin menusuk kuda tersebut tiba tiba sebiji bebola emas dengan laju menjatuhkan belatinya ke tanah dan menyelamatkan nyawa kuda itu. "Siapa..siapa..siapa yang berani menentang saya!"
"Saya".
He Yan lantas beralih kearah datangnya suara tersebut, kelihatan dua pemuda sedang menunggang kuda dan perlahan lahan menghampiri mereka. Seorang daripadanya memakai baju berwarna kuning cair dan sedang tersenyum lebar. Manakala seorang lagi membuatkan He Yan membesarkan matanya kerana pemuda itu merupakan seorang kenalan lama!
Wajah dinginnya tidak menutupi ketampanan yang dimiliki oleh pemuda tersebut, dia merupakan
bangsawan yang terkenal! Memakai baju berwarna putih bersih menambahkan lagi aura misterinya.He Yan segera mengalihkan wajahnya dari menatap pemuda itu, walaupun mustahil namun dia takut jika pemuda tersebut akan mengenalinya.
"Maafkan saya, rupa rupanya Ketua Komander Xiao", suara Tuan Muda Zhao segera berubah menjadi lembut.
Sejak dari dahulu lagi, Xiao Jue atau lebih dikenali sebagai Xiao Huai Jin suka memakai baju berwarna putih. Dia merupakan teman sekelasnya dan dikatakan sebagai pesaing General Fei Hong, kerana Xiao Jue adalah General Feng Yun yang masyhur dan terkenal!
YOU ARE READING
Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )
RomanceDia merupakan salah satu daripada dua general terhebat kerajaan, namun telah meninggal dalam keadaan yang menyedihkan kerana pengkhianatan keluarga dan juga suami sendiri. Dia diberikan peluang kedua untuk hidup kembali. Kali ini dia akan melakar ke...