Chapter 38: Berlawan Kerana Makanan

40 2 0
                                    


Pada hari kedua, latihan tetap berjalan seperti sebelumnya malah para rekrut baru mula merasa getirnya kehidupan menjadi seorang tentera kerana harus bangun pada awal pagi dan mengikuti peraturan yang sangat ketat.

Mereka akan mengenakan seragam tentera berwarna merah dan wajib berpenampilan kemas. Keadaan bilik tidur mereka juga harus kelihatan bersih sentiasa kerana jika tidak, mereka semua akan dihukum dengan penambahan pusingan larian.

Walaupun He Yan juga merupakan mantan seorang general yang terkenal  tetapi dia mengakui bahawa latihan yang diberikan oleh Xiao Jue sangat berat dan kejam tapi berkesan untuk menguatkan stamina seseorang.

Pada rekrut kali ini, Shen Han mengetahui dibawah seliaan Liang Ping terdapat seorang anggota tentera yang berbadan lemah. Tubuhnya kurus dan kekuatan staminanya jauh ketinggalan dengan anggota tentera yang lain. Dia sentiasa berada dikedudukan yang terakhir dalam setiap pusingan.

Shen Han merasakan He Yan tidak akan bertahan lama namun Liang Ping sangat yakin dengan semangat yang ditunjukkan oleh He Yan.

"Walaupun bertubuh kecil tapi saya percaya dengan semangat yang ditunjukkan olehnya!" ucap Liang Ping.

Pada mulanya Liang Ping juga tidak yakin dan merancang untuk meletakkan He Yan dibarisan belakang namun setelah beberapa hari, dia mula merasa kagum dengan tekad yang ditunjukkan oleh He Yan.

Mungkin dalan rekrut kali ini, hanya He Yan sahaja yang paling berusaha untuk berjaya.

"Untuk menjadi seorang tentera yang baik, bukan hanya perlu bergantung kepada semangat sahaja tetapi kita juga harus melihat kekuatan staminanya!" balas Shen Han tidak puas hati.

Shen Han bukannya sengaja memandang rendah terhadap He Yan tetapi dia tahu medan peperangan adalah sebuah medan yang kejam dan menakutkan, ia bukannya tempat untuk mereka yang lemah!

"Tapi saya yakin, dia dapat mengharunginya", tegas Liang Ping lagi.

"Tapi..sebagai seorang yang berpengalaman dalam ketenteraan pastinya awak tahu medan perang bukannya tempat untuk orang yang lemah seperti dia!"

"Saya yakin, medan perang adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang tidak berputus asa!" balas Liang Ping  tidak mahu mengalah.

Dari kejauhan Liang Ping memandang He Yan yang tetap tersenyum walaupun sudah berlari beberapa pusingan. Riak keluhan langsung tidak terpapar diwajahnya.

...

Pada waktu ini, He Yan langsung tidak mengetahui bahawa dirinya telah menjadi topik perbualan diantara Shen Han dan Liang Ping.

"Semakin hari, kamu menjadi semakin hebat kerana dapat bersaing dengan kami", puji Hong Shan.

He Yan tertawa senang mendengar pujian tersebut.

"Abang Ah He, abang Hong Shan, cepat habiskan larian. Hari ini pihak dapur menyediakan hidangan roti kukus", ucap satu suara ke arah mereka berdua.

"Ah He, cepat..jangan sampai kita berdua tidak dapat menikmatinya".

Pada hari tersebut, pihak dapur bukan sahaja menyediakan roti kukus daging tetapi juga turut menyajikan bubur ayam untuk setiap orang.

Setelah menyelesaikan larian, He Yan segera mendapatkan makanannya lalu cuba untuk mencari tempat duduk dibawah sebuah pokok yang terletak di kawasan tersebut.

Namun tiba tiba seseorang telah melanggar bahunya sehingga menyebabkan separuh daripada bubur ayam milik He Yan jatuh ke tanah, begitu juga dengan roti kukusnya yang turut terlambung ke udara kerana terlepas dari tangannya.

Namun seorang pemuda bertubuh kurus dan mempunyai janggut yang tipis telah mengambil roti kukus milik He Yan itu.

He Yan bukannya seseorang yang mudah dibuli dan dia berusaha untuk merampas kembali roti miliknya dari tangan pemuda yang secara sengaja melanggar dirinya tadi.

"Mengapa kamu cuba untuk menentang saya?" soal pemuda itu kepada He Yan.

"Roti kukus yang berada di tangan awak itu adalah milik saya".

"Awak tahu, apa yang kamu ucapkan ini?" balas pemuda itu dengan nada yang sinis.

"Tentulah saya tahu kerana sememangnya roti kukus itu adalah milik saya!"





Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now