Chapter 25: Terjerat

39 1 0
                                    


Perahu yang membawa He Yan perlahan lahan mendekati sebuah kapal besar yang diterangi oleh lampu. Suasana pada malam tersebut amat sunyi memandangkan sejak beberapa hari yang lalu hujan turun dengan lebat membuatkan tiada kapal lain yang berada disitu.

Lelaki yang menculik He Yan membawanya menaiki perahu kecil menuju ke sebuah kapal besar yang terletak di tengah tasik.

Ketika ini perasaan He Yan sedang berkecamuk, berada diatas perahu membuatkan dia mengingati saat saat kematiannya di kehidupan lalu iaitu ketika Wan Ru menenggelamkan dirinya ke dalam tasik.

He Yan hanya terdim tanpa memberikan sebarang reaksi membuatkan lelaki itu merasa hairan melihat telatahnya yang bersikap terlalu tenang.

Akibat kenangan tersebut membuatkan He Yan menjadi trauma ketika berada dikawasan tasik sedangkan sebelum ini dia merupakan seorang perenang handalan menyebabkannya merasa hairan dengan tingkah lakunya sendiri.

Sebaik sahaja mereka tiba dikapal besar itu, lelaki yang membawanya kesitu segera meninggallan He Yan bersendirian disana.

Kapal besar tersebut bukan sahaja diterangi oleh sinaran lampu tanglung tetapi juga turut dihias indah. Seketika kemudian, Fan Cheng muncul sambil tersenyum lebar kearah He Yan.

"Tuan Muda Fan?" soal He Yan kehairanan

"Ah He, maafkan saya kerana telah membuatkan awak menderita".

Walau bagaimanapun He Yan langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila mendengar kata kata Fan Cheng itu memandangkan tumpuannya pada ketika ini lebih terarah kepada tangannya yang merasa sakit kerana telah diikat sedari tadi oleh anak buah Fan Cheng yang menculiknya sebelum ini.

"Saya tidak menyangka bahawa wanita itu akan bertindak kejam seperti ini kepada awak, mujur saya telah mengarahkan beberapa orang untuk mengawasi kamu sejak beberapa hari yang lalu. Jika tidak, saya tak tahu apa yang akan berlaku kepada awak, sekarang tentu kamu faham kesusahan saya selama ini kan", ucap Fan Cheng dengan yakin.

"Saya langsung tidak memahami kesusahan yang kamu maksudkan itu", jawab He Yan pula sambil memandang kearah tangannya yang masih lagi terikat.

"Ah He tolong jangan salah sangka. Saya terpaksa mengarahkan anak buah saya untuk mengikat awak kerana bimbang awak akan menolak niat baik saya ini".

"Sekarang saya berada diatas kapal di tengah tasik, bagaimana saya boleh melarikan diri?".

Fan Cheng tergamam seketika sebaik sahaja mendengar jawapan He Yan, "saya bukannya sengaja menjadikan awak tawanan tapi saya mahu kamu memahami situasi yang sedang awak alami pada waktu ini".

"Isteri saya merupakan seorang wanita yang kejam, dia pasti tidak akan melepaskan kamu sedangkan ayah awak hanyalah seorang pegawai rendahan yang tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melindungi kamu. Bersama dengan saya merupakan jalan terbaik untuk awak menyelamatkan diri dari sebarang ancaman", tambah Fan Cheng lagi.

"Ohhh..."

"Ah He, jika awak ditangkap oleh isteri saya, kamu tidak akan dapat menahan segala seksaan yang akan diberikannya kepada awak nanti. Lagi pula, kediaman kamu langsung tidak mempunyai pengawal, hati saya akan sakit apabila memikirkan kamu terseksa!"

"Jika begitu, apa pula perancangan Tuan Muda Fan untuk menyelamatkan saya?"

"Buat sementara waktu, awak harus bersembunyi terlebih dahulu kemudian setelah keadaan reda, saya akan menjadikan awak sebagai gundik. Ketika itu, tiada sesiapa yang akan membahayakan kamu lagi".

"Gundik??"

"Ya. awak akan menjadi gundik saya tapi kamu jangan risau kerana dalam hati saya, saya hanya mencintai kamu seorang sahaja. Jika bukan kerana pilihan keluarga, tentu saya tidak akan berkhawin dengannya".

"Awak merancang untuk menjadikan saya sebagai seorang wanita simpanan diluar kediaman, wanita yang tidak mempunyai sebarang taraf dan harga diri", ucap He Yan sambil tersenyum sinis.

"Ah He, saya..saya.."

"Tuan Muda Fan rasanya saya telah jelaskan kepada awak beberapa kali sebelum ini, bahawa hubungan kita telah pun berakhir dan saya langsung tidak berminat untuk menjadi gundik kamu. Oleh itu, saya berharap awak berhenti untuk mengganggu saya lagi!"

Sepanjang berbual dengan Fan Cheng, He Yan telah berjaya membuka ikatan tali ditangannya tanpa sepengetahun pemuda itu.

Mendengar jawapan He Yan membuatkan Fan Cheng menjadi marah, "He Yan, kamu ingat saya bawa awak kemari kerana ingin meminta persetujuan kamu? ketika kita bersama, saya sudah terlalu banyak menghabiskan duit untuk awak!'

"Menurut pandangan Tuan Muda Fan, saya seharusnya membayar semula kesemua duit  itu?"

"He Yan, saya langsung tidak kekurangan duit. Oleh itu, saya mahu awak membayarnya dengan tubuh kamu. Awak harus melayan saya sehingga saya merasa puas dan bosan dengan kamu, malah mungkin pada waktu itu jika saya merasa gembira dengan layanan tersebut saya akan memberikan awak duit yang banyak!"

Namun belum sempat He Yan membalas penghinaan itu, tiba tiba He Yunsheng yang berada dalam keadaan basah kuyup muncul entah dari mana berkata dengan marah, "Fan Cheng, awak jangan menghina kami!"

Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now