Chapter 43: Latihan Malam

39 3 0
                                    


"Ah He, apa yang harus kamu lakukan sekarang. Saya rasa lebih baik kita pergi bertemu dengan ketua platun dan memohon maaf kepadanya", saran Hong Shan kepada He Yan.

"Ah He, biarpun selepas ni awak tidak ditempatkan dibarisan hadapan lagi tapi hubungan persahabatan kita tidak akan pernah terputus", ujar Mak pula.

He Yan hanya terdiam sambil tersenyum mendengar ucapan sahabat sahabatnya itu.

Hong Shan sangat risau akan keadaan He Yan kerana dia sudah menganggapnya seperti adik kandung sendiri. Sebolehnya dia tidak mahu He Yan dibuang daripada barisan hadapan tapi jika ia berada di medan perang, He Yan akan terkorban dengan mudah!

"Jangan risau, saya pasti dapat menarik tali busur itu pada hari esok", ucap He Yan dengan yakin.

"Ah He, mengapa awak tidak mendengar nasihat kami?" balas Hong Shan dengan nada yang tinggi.

"Awak akan menggunakan helah untuk menarik tali busur itu nanti?"

"Saya tidak akan menggunakan sebarang helah tapi saya yakin setelah berusaha dan mencuba beberapa kali, saya pasti akan berjaya melakukannya!"

Dia adalah general Feng Yun yang asli, menarik busur panah hanyalah perkara yang mudah baginya namun untuk saat ini He Yan kekurangan stamina dan kekuatan untuk melakukannya disebabkan tubuhnya yang lemah.

Tidak kira seberapa keras sekalipun, dia tidak akan pernah berputus asa.

Pada waktu malam, semasa kesemua rakan rakannya telah tidur dengan nyenyak. He Yan mengambil keputusan untuk keluar dan berlatih di Yanwuchang secara bersendirian.

Suasana sunyi waktu malam membuatkan fikirannya tenang dan membolehkan He Yan untuk fokus.

Sebaik sahaja mendapatkan busur, He Yan cuba menariknya dengan perlahan. Setelah cubaan kali yang keenam, barulah dia dapat menarik sedikit tali busur tersebut sehingga menyebabkan tangannya berbirat kemerahan seperti telah dipukul.

Akhirnya, He Yan dapat menarik nafas lega kerana tubuh yang lemah ini berjaya melakukan sebuah perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.

Itu semua berlaku adalah disebabkan hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Dahulu seluruh hidupnya dikorbankan untuk kepentingan keluaga He dan setelah berkhawin pula segala rasa cintanya ditumpahkan khusus buat Xu Zhiheng. Walaupun telah berusaha dengan keras, apa yang diperolehi oleh He Yan hanyalah sebuah pengkhianatan.

Rasa kecewa dan sakit hati ditumpukan dalam bidikan panahnya membuatkan dia berjaya melepaskan anak panah itu menjadi lebih jauh daripada sebelumnya. Walaupun tidak berjaya menepati sasaran kerana He Yan masih lagi kekurangan tenaga untuk menariknya dengan kuat, tapi sekurang kurangnya dia merasa puas.

Semasa He Yan ingin mengambil anak panah yang lain,  barulah dia menyedari seseorang juga turut berada di Yanwuchang dan orang tersebut adalah Xiao Jue yang lengkap berpakain hitam.

"Apa yang awak lakukan disini", soal He Yan agak canggung.

"Saya melihat kamu berlatih memanah", jawab Xiao Jue bersahaja dengan nada yang dingin tapi dalam yang sama seolah olah mengejek ketidakmampuan He Yan".

"Apa pendapat awak tengan kebolehan memanah saya itu?"

"Saya agak terkejut melihat kerja keras dan semangat kamu untuk melakukannya".

Mendengar jawapan Xiao Jue membuatkan He Yan terdiam.

"Sebenarnya saya tidak mengharapkan anggota yang terlalu berkerja keras kerana saya mahukan seorang anggota yang mapan dan tidak lemah seperti seekor ayam yang akan disembelih!"




Rebirth of Star General ( Versi Bahasa Melayu )Where stories live. Discover now