P1 - KLIP VIDEO

701 8 0
                                    

"Wafi,tadi ada orang nama Sufian datang sini cari kamu?", jelas Raju kepadaku.Raju merupakan pengawal keselamatan yang bertugas pada shift pagi hingga petang.

"Sufian? Siapa tu? Apa yang dia nak?", tanyaku lagi.

"Saya tak tahulah Pi.Tapi dia kata dia ada hak atas tanah ni juga.Katanya ini tanah arwah abangnya.Dalam masa yang sama jugak dia bagitahu Shazuan tu anak buah dia.", terang Raju lagi kepadaku.

Aku dapat merasakan Sufian yang dimaksudkan Raju itu adalah busu adik angkatku,iaitu adik paling bongsu kepada ayah kepada Shazuan.Aku sebenarnya malas hendak berbicara tentang perkara ini kepada Raju.Apatah lagi hal ini merupakan masalah peribadi Shazuan dan saudara maranya yang lain.

"Lepas ni kalau dia datang lagi suruh dia call saya." Pesanku kepada Raju.

"Baik Wafi", jawab Raju ringkas.

Aku menggeleng kepalaku.Aku tidak tahu apa lagi yang mahu dikejarkan oleh saudara mara Shazuan ini.Sudahlah harta ayah Shazuan dikebas,tanah yang sebelum ini tidak berjaga secara tiba-tiba mahu dituntut pula selepas viral di internet dengan keindahan alam semulajadinya.
--------------------------------------------------------------
Aku telah menghubungi En Firdaus untuk memaklumkan pandangan tersebut.Secara jujurnya,En Firdaus amat terkejut dan berang dengan tindakan itu.En Firdaus berjanji kepadaku bahawa dia akan menemuiku dalam 2 - 3 hari ini.Dalam masa yang sama En Firdaus menasihatkanku bahawa semuanya terkawal dan tiada apa perlu dibimbangkan.

Aku merenung sendirian ketika ini di ruang tamu rumah Shazuan.Aku sedar bahawa diriku tidak boleh campur dalam urusan keluarga seperti ini, apatah lagi tidak melibatkan keluargaku.Tetapi aku bimbang perkara ini akan memberi kesan yang buruk kepada Shazuan.Aku berharap En Firdaus dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik kali ini.

Handphoneku berbunyi tanda ada seseorang membuat panggilan kepadaku.Rupanya Aida yang menghubungiku.Aku tidak menjawab panggilannya kerana aku langsung tiada mood ketika ini.Semuanya angkara Sufian,busu kepada Shazuan.

Aku tersedar dari lenaku,rupanya aku tertidur di atas sofa di ruang tamu.Cukup pening kepalaku ketika ini.
Aku mencapai tuala dan terus menuju ke tandas untuk mandi.Aku perlu ke maktab sebentar lagi kerana mempunyai sedikit urusan yang perlu diselesaikan.
--------------------------------------------------------------
Amir ketika ini sedang berehat di kantin kilangnya.Masa rehat selama 30 minit ini perlu dia manfaatkan sepenuhnya.Dia mengambil tempat duduk di sebelah Manaf.Mereka berdua saling bersembang sambil menikmati minuman pagi.Sedang rancak mereka berbual,Amir menerima pesanan Whatsapp dari individu yang tidak dikenaliny.Ada video klip pendek dihantar kepadanya.

Alangkah terkejutnya Amir apabila video klip itu merupakan video lamanya ketika diliwat beberapa tahun dahulu oleh Mubin dan Zairol.Kerana kejadian itulah dia dibuang oleh keluarganya.Dan selepas beberapa tahun dia menjalani kehidupan yang tenang,klip video itu kembali menghantui dirinya.

Segera dia meninggalkan Manaf sendirian ketika itu.Manaf hanya terpinga melihat kelakuan Amir yang berlalu pergi begitu sahaja.Amir kemudian dengan tangannya yang mengigil menghubungi no pengirim video itu tetapi nombor tersebut gagal dihubungi meskipun dia mendail berkali kali.Kemudian ada pesanan Whatsapp yang sampai kepadanya dari no yang tidak dikenali itu,

"JUMPA MALAM ESOK DI RITZ HOTEL ROOM 136 KALAU TAKNAK VIDEO NI VIRAL.HEHEHEHE.SEE U SOON 9PM."

Amir terus buntu apabila mendapat pesanan tersebut.Dia yakin hanya Mubin dan Zairol sahaja yang menyimpan videonya.Tetapi apa tujuan dia perlu menemui pengirim video tersebut di hotel.Apakah itu sekadar cubaan untuk memerangkapnya?
Jika dia tidak hadir,dia bimbang videonya disebarkan,apatah lagi penggunaan Whatsapp makin popular pada hari ini.Dia benar-benar buntu dan tidak tahu mahu berbuat apa ketika ini.

INTERN 2015Where stories live. Discover now