• author's pov •
Kelas pertama bermula. Jisoo dan Danielle mengambil kos sains sosial dan kemanusiaan atau lebih kepada pengurusan sumber manusia. Mungkin terlihat senang dan mudah kan?
Namun tidak. Baru saja semester pertama, pasti belum tahu lagi apa yang mereka pelajari. Jisoo dan Danielle bergerak sama-sama ke dewan kuliah.
Pelajar dalam dewan itu agak banyak. Ada yang dari luar negara dan sudah tentu banyak sebab Universiti ni terbuka dengan semua pelajar dari mana-mana negara.
"Sejuk..." Ucap Danielle dan menarik tangan Jisoo. "Sejuk kan?" Tanya Danielle kepada Jisoo. Jisoo hanya angguk.
"Tengok tu... Kau tak peduli pun dengan aku." Jisoo memejamkan matanya lalu menarik nafas dalam-dalam.
"Please..."
Danielle melepaskan tangannya daripada Jisoo dan menjarakkan dirinya beberapa meter daripada Jisoo. Danielle merajuk lagi.
Jisoo tidak pun cuba untuk memujuknya. Tidak lama kemudian Danielle menghilang dan itu pun tidak membuatkan Jisoo tertanya-tanya untuk mencarinya.
Kelas bermula. Pensyarah lelaki dengan pakaian kot hitam panjang masuk ke dewan kuliah. Dia memperkenalkan dirinya dan meminta semua pelajar untuk memperkenalkan diri.
Memandangkan mereka pelajar semester pertama, pengenalan diri itu wajib. Jisoo orang yang duduk di barisan ketiga dan Danielle duduk di barisan keenam, bukannya bersama Jisoo lagi tapi bersama Jake.
Satu persatu pelajar mulai memperkenalkan diri. Mereka diminta untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dan itu bukannya menjadi masalah bagi Jisoo.
Penggunaan Bahasa Inggeris diwajibkan kerana ada pelajar internasional di dalam kelas mereka. Kini giliran Jisoo untuk memperkenalkan dirinya.
"Hello everyone. A very good morning. I'm Lee Jisoo-" Belum lagi Jisoo habis memperkenalkan dirinya, banyak yang terkejut mendengar namanya.
Siapa saja tidak terkejut mendengar namanya bukan? Dia seorang yang popular dan legenda dua tahun yang lalu di Korea Selatan.
Mereka-mereka yang seumuran atau sebayanya pasti kenal siapa dia. "Lee Jisoo?" Tanya pensyarah mereka.
"Yes."
Pelajar dari luar negara pasti bingung apa yang sedang berlaku tapi bagi mereka yang sememangnya orang dari negara sendiri pasti terkejut dengan kehadiran Jisoo.
Mereka tidak berhenti melihat ke arahnya.
"So it's you... The prodigy..." Gelaran itu sudah lama tidak didengari oleh Jisoo. Dia terdiam seketika.
""That was a very long time ago, Dr."
"But everyone still remembers you. Where have you been?"
"I took a short break, and now I'm here, continuing to study."
"Why'd you choose this course? Would you like to become the one who rules or the one to be ruled?"
"I'll be the one who rules people, but don't get me wrong by what I just said. I'm on the good side, not the bad side."
"That's good to hear. Nice to meet you then."
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfiction(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...