• author's pov •
Hari ini Jisoo akan bertemu dengan keluarga angkatnya. Jisoo dijemput datang ke rumah keluarga angkatnya dan pemandu peribadi datuknya yang menghantar Jisoo ke rumah itu.
Rumah itu agak besar juga. Jisoo tertanya-tanya keluarga apa kah mereka dan apa pekerjaan mereka sehingga menyebabkan mereka begini kaya.
Jisoo dijemput masuk dengan ramai pembantu di situ. Dari pengawal keselamatan sehingga pembantu rumah.
Dia teringat akan rumah datuknya. Keluarga angkatnya kaya berbanding mendiang ayahnya.
"Tuan Yang, Jisoo sudah sampai."
"Baik..."
Ketika Jisoo masuk ke dalam ruangan makan tersebut, persekitarannya sangat segar dan tenang sama seperti di rumah datuknya.
"Welcome, Jisoo-ssi."
Jisoo hanya tunduk tanda hormat kepada lelaki itu. Dia terlihat sangat segak dengan pakaian lengkapnya.
Dari pemakaiannya, dia pasti seseorang yang bekerja sebagai hakim. Jisoo dapat merasakan itu daripada caranya berpakaian.
Di sebelah kiri dan kanan meja itu, ada dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Kedua-dua perempuan itu kelihatan muda dan sebaya sementara lelaki yang seorang itu sebaya dengan Jisoo. Lelaki yang seorang lagi dia tidak tahu.
"Duduklah, kenapa masih berdiri?"
"Ah... Terima kasih." Jisoo duduk selang dua kerusi daripada perempuan yang kelihatan agak tua daripadanya.
"Perkenalkan, dia ahli keluarga baru kita." Jisoo tidak melihat satu persatu daripada mereka malah hanya melihat ayah angkatnya itu.
Dia banyak persoalan terhadap keluarganya ini. Adakah sikap ayah angkatnya akan sama seperti mendiang ayahnya?
"Yeobo, mungkin dia malu tu sebab dia tak banyak cakap." Ekspresi Jisoo kekal sama walaupun dia terkejut bahawa perempuan yang duduk di sebelahnya itu memanggil lelaki itu"yeobo".
Mungkin itu isteri keduanya, masih muda. Atau mungkin saja wajahnya yang awet muda? Atau dia buat pembedahan plastik?
"Jungwon..."
"Ne appa...?"
"Kamu sama-sama uni dengan Jisoo kan?"
"Ya."
"Pernah terserempak dengan dia?"
"Tak pernah lagi..." Jawab Jungwon ringkas padahal dia tipu. Lelaki yang satu hanya melihat Jisoo dengan pandangan yang tidak senonoh.
"Ini anak pertama aku, Jessi. Ini anak kedua, Jihoon dan ini anak ketiga Jungwon. Ini pula bini kedua aku, Jaewon."
"Nampaknya kita semua bermula dengan huruf J kan yeobo?"
"Ya betul tu..."
"Tapi Jisoo terlalu cantik untuk keluarga kita, abujji..." Ucap Jihoon dengan senyuman sinisnya lagi.
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfiction(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...