• author's pov •
Sudah hampir dua puluh minit Jisoo memandu di litar tanpa henti. Jay hanya mampu duduk dan melihat Jisoo dengan senangnya menggunakan kereta miliknya di litar itu.
Jisoo juga menikmati peluangnya untuk mengasah bakat lamanya. Jay melihat jam untuk keberapa kalinya. Tiba-tiba pula nama Jake terpapar di skrin telefonnya.
"Hah? Aku tak dengar apa-apa ni, kalau boleh chat jer..."
"Wehh,, korang kat mana?"
"Kat litar..."
"Mana doh shampoo aku? Kau ambik ke?"
"Apa bodohhh- shampoo kau ada kat bawah meja kau. Aku dah cakap pagi tadi."
"Ohhhh! Ok bye!"
"Dasar..." Jay tidak sempat memarahi Jake pun sudah dimatikan oleh Jake sendiri.
Pada masa yang sama juga, Jisoo berhenti. Jisoo berjalan ke arah Jay dan laju membuang kunci kereta milik Jay ke arah Jay.
Jay dengan gelabahnya menangkap kunci keretanya. "Yahh-"
"Kau lah lagi, aku nak tengok."
"Aku? Tiber pula?" Jisoo angguk lagi. "Aku tak nak, aku dah janji dengan appa aku untuk tak bawa kereta kat litar beberapa hari ni."
"Aik? Kenapa pula?"
"Nanti dia tau aku bawa nahas aku..."
"Masalahnya hanya kita berdua kat sini..."
"Jisoo... Ada banyak mata-mata yang melihat kelakuan aku."
"Oh ye? Ok lah."
"Lain kali jer lah."
"Kalau macam tu jom balik."
"Aku nak bawa kau ke satu tempat dulu. Ada masa lagi."
"Mana kau nak bawa aku ni?"
"Mari je lah... Aku yang drive. Aku tak nak kau yang drive, seram."
"Tsk." Ucap Jisoo sambil berpeluk tubuh. Mereka gerak sama-sama ke kereta Jay.
Tidak pasti ke mana Jay ingin bawa Jisoo pergi. Tapi jika difikirkan semula, Jay sering bawa Jisoo ke pantai.
Maklumlah pantai dekat saja, tapi sekarang tengahari. Sudah tentu panas jika ke pantai.
Mana agaknya dia ingin bawa Jisoo pergi?
"Kenapa kau diam?" Tanya Jisoo kepada Jay. "Diam ke?" Jisoo angguk.
"Kau kan tak suka orang bising, jadi aku tak nak bising lah."
"Oh..." Jisoo sedar bahawa dia penyebab Jay jadi pendiam macam tu. Dia laju-laju cuba menghidupkan suasana ceria di antara mereka berdua.
"Aku tak faham dengan sikap aku sekarang Jay..."
"Semakin meningkat umur, semakin mulai meningkat tahap kesedaran seseorang manusia. Mungkin kau dalam fasa untuk memahami pendirian kau..."
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfic(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...