• author's pov •
Telefon Jisoo kini berbunyi. Siapa lagi kalau bukan Jay yang menelefonnya. Jisoo mengangkat telefonnya lalu menyambut panggilan itu.
Jisoo menarik nafas dalam sebelum mendengar suara lantang Jay. Jay pasti sibuk mencarinya kerana Jisoo tidak pun memberitahu kemana dia pergi.
Jay menelefon Jisoo secara live video maka, mereka menggunakan video call.
"Jisoo... Kau kat mana?"
"Hm..."
"Kau selalu jalan tanpa bagi tau aku..."
Jisoo tidak tahu ingin jawab apa tapi yang pastinya dia berasa amat rimas dengan perlakuan Jay terhadapnya.
"Aku dah banyak kali cakap kot aku tak suka kau sibuk hidup aku..."
"Masalahnya, harabeoji kau cari kau melalui aku."
"Dani tak call aku pun... Selalu harabeoji cari Dani dulu."
"Kau dan Dani kan tak sefahaman sekarang..."
"Ah... Nanti lah aku telefon harabeoji aku balik. Aku keluar dengan kawan."
"Kawan? Siapa?"
Jisoo mengarahkan kameranya ke sebelah iaitu di tempat adanya Riki.
"Kawan dari Jepun... Riki, say hi. Ni Jay."
"Hiii..." Ucap Riki.
Jay terdiam. "Kau keluar dengan lelaki?"
"Ya... Dia kawan lama aku."
Jay diam lagi. Dia cemburu. Jisoo tak pernah nak keluar dengannya tapi dengan lelaki lain dia boleh pula.
"Jay... Aku tutup dulu."
"Tunggu..."
"Jay... Aku tutup dulu," kata Jisoo, berusaha untuk mengakhiri perbualan yang semakin membuatkan dia rasa tertekan.
"Tunggu..." Jay bersuara, suaranya penuh dengan rasa cemburu. "Kenapa kau tak pernah ajak aku keluar? Kau selalu pilih untuk keluar dengan orang lain."
Jisoo berasa keliru.
"Jay, ini bukan tentang kau. Aku cuma perlukan masa untuk diri sendiri dan untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Riki adalah kawan lama aku. Dia ada di sini untuk membantu aku."
"Jadi, apa kau nak cakap? Kau lebih pentingkan dia berbanding aku?" Jay bertanya, nada suaranya sedikit meningkat.
Riki, yang mendengar perbualan itu, memandang Jisoo dengan wajah prihatin. Jisoo tahu dia perlu menjelaskannya dengan lebih baik.
"Jay, bukan begitu. Aku hargai persahabatan kita, tapi kau juga perlu faham aku perlukan ruang untuk bernafas. Kau tak boleh sentiasa mengawal setiap langkahku."
"Jisoo, aku risaukan kau. Kau sering menyendiri. Dan, sekarang kau keluar dengan lelaki lain tanpa memberitahu aku?" Jay masih tidak berpuas hati.
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfic(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...