17 - sayang?

9 1 3
                                    

• author's pov •

Jisoo duduk diam di sebuah bangku yang ada di taman. Tangannya masih menggeletar. Rasa marahnya juga membuak-buak.

Dia cuba untuk menahan marahnya tapi susah baginya untuk bertenang. Air matanya jatuh berlinangan tapi hatinya penuh dengan rasa marah.

Rupa-rupanya kemalangan yang terjadi pada abangnya itu perbuatan datuknya. Datuknya berbuat demikian mungkin tidak lain tidak bukan untuk bagi amaran kepada dirinya sendiri.

Dia buntu. Tapi dia ingat pesan Heeseung dan cuba untuk menahan marahnya.

Jisoo buntu, apa patut dia buat sekarang? Ingin teruskan hidup atau melawan?

Jisoo lalu mengeluarkan telefon yang datuknya beri kepadanya. Di dalam telefon itu ada nombor datuknya seorang saja.

Lama Jisoo tenung nombor telefon itu. Setelah lama berfikir, Jisoo menutup semula telefon itu dan memasukkan ke dalam begnya.

Dia mula berlari lagi untuk membuat rasa marahnya hilang. Namun ketika dia berlari sepuas hatinya, itu membuatkan pergelangan kakinya sakit. Disebabkan itu, dia berhenti lari.

Dia kemudian bersandar pada sebuah pokok yang agak renek. Ketika ini, dia masih berada di taman yang sama.

"Shibal..." Ucapnya dengan tangisan yang masih membasahi pipinya. Hujan mulai turun renyai-renyai di waktu yang agak panas itu. Padahal waktu itu agak panas matahari nya.

Dia membiarkan dirinya dibasahi hujan. Dia tidak mahu balik ke asrama kerana tidak mahu Danielle tanya apa-apa kepadanya tapi cuma di sana saja tempatnya.

Dia kemudian teringat akan Jay. Dia mengeluarkan telefonnya dan mencari nama Jay dalam senarai contact nya. Dia berfikir sejenak dan menekan nama Jay.

"Jay..."

"Jisoo? Kau kat mana?"

"Aku ada kat luar... Kau kat mana?"

"Whatchu doin outside? It's raining. Aku ada kat asrama."

"Boleh datang ambil aku tak?"

"Kat mana?"

Jisoo melihat sekelilingnya. "Ada kat taman berhampiran hospital Seoul."

"Tunggu situ..."

Jisoo tidak berganjak dari situ malah hanya biar dirinya dihujani. Orang yang lalu lalang juga hanya melihatnya sekilas sahaja.

Hujan panas itu tidak menghalang Jisoo daripada menangis. Jisoo tidak peduli betapa basah kuyup dibuatnya oleh hujan.

Tidak lama kemudian, Jay yang sudah tiba di taman laju mencari Jisoo dengan payung di tangan kanannya. Dia yakin bahawa perempuan yang sedang duduk memeluk lutut itu Jisoo.

Tanpa basah basi, Jay laju mendapatkan Jisoo dan menadah payung di atas kepala Jisoo. Jisoo yang sedar tidak ada hujan lagi jatuh di badannya, laju mengangkat kepalanya.

"Jay... You came..."

"You called.."

"Sorry..."

EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park JongseongWhere stories live. Discover now