• author's pov •
Seawal pukul 3 petang, Jisoo sudah mabuk dan masih mahu meneruskan untuk minum. Pada awalnya, Jisoo cuma minum soju tapi kedegilannya menyebabkan dia minum beberapa jenis wine.
Dan itu menyebabkan perutnya sakit. Mula lah Jisoo muntah-muntah, bertapa di dalam tandas selama 30 minit.
Jay menunggunya di luar saja kerana tidak berani untuk masuk ke tandas perempuan.
"Jay..." Panggil Jisoo dari dalam.
"Kenapa?" Sahut Jay.
"Help me..." Ucapnya dengan lemahnya. "Takde orang lain ke?"
"Takde." Jay lalu masuk ke dalam dan melihat Jisoo yang masih di sinki dengan mukanya yang basah.
"Aku dah cakap jangan minum banyak sangat." Jay menepuk-nepuk belakang Jisoo.
Jay menahan rambut Jisoo yang jatuh ke depan mukanya. Walaupun rambutnya pendek, rambutnya tetap menghalang.
"Nanti kalau ada yang masuk macam mana?" Tanya Jay.
"Tempat ni tak banyak orang pun kan?"
"Tak."
"Kalau macam tu takde lah yang masuk."
Jay memandang sekeliling tandas untuk memastikan tiada orang lain yang akan masuk. Setelah yakin, dia fokus semula pada Jisoo yang masih kelihatan lemah.
"Aku kena hantar kau balik," kata Jay sambil membantu Jisoo bangun perlahan-lahan. Namun, Jisoo hanya menggeleng.
"Tak nak balik lagi... aku rasa ok je..." Jisoo berkata dengan suara yang serak. Dia cuba berdiri tegak, tapi langkahnya goyah.
Jay mengeluh, tak tahu bagaimana hendak memujuk Jisoo yang masih ingin meneruskan hari itu.
"Jisoo, kau tak nampak ok langsung.," Jay berkata dengan tegas. Dia membetulkan kedudukan Jisoo, menyandarkan badannya supaya tidak jatuh.
Jisoo memandang Jay dengan mata yang separuh tertutup. "Kau selalu macam ni... terlalu risau."
Jay hanya tersenyum kecil. "Sebab kau selalu buat benda yang aku risaukan."
Dengan hati-hati, Jay memapah Jisoo keluar dari tandas. Pandangan orang sekeliling sedikit pelik, tapi Jay mengabaikannya. Dia cuma ingin memastikan Jisoo selamat sampai ke tempat di mana dia boleh berehat dengan tenang.
"Jay..." Jisoo bersuara semasa mereka berjalan menuju ke luar. "Terima kasih... sebab selalu ada."
Jay hanya tersenyum tipis, menepuk lembut kepala Jisoo. "Tak apa, aku takkan biarkan kau dalam keadaan macam ni."
Jay membawa Jisoo keluar dari restoran diaitu, matahari masih terik di luar walaupun sudah lewat petang. Dia memapah Jisoo yang masih kelihatan lemah, namun kini lebih tenang selepas muntah tadi.
"Kau rasa ok sekarang?" Jay bertanya, suaranya lembut sambil membantu Jisoo berjalan perlahan-lahan.
Jisoo mengangguk kecil, tapi wajahnya masih pucat. "Aku cuma perlukan udara segar sekejap... lepas tu mungkin ok."
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfic(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...