07 - keras kepala?

3 1 2
                                    

• author's pov •

Jisoo masih tidak bangun. Danielle sudah cuba untuk kejutkan Jisoo tapi dia malah tidak bergerak walaupun sedikit.

"Aku call Jay ni..."

"Nooooooooo!!!!" Jerit Jisoo dengan kerasnya. "Aku guna nama Jay dulu baru kau nak bangun..."

"Aku tak nak p kelas sebab dia lah .."

"Kenapa pula? Kau ada perasaan dengan Jay ke?"

"Hah? Dani! Aku benci Jay. Makin lama makin aku benci mamat tu."

"Benci lama-lama suka tau..." Dani menolak bahu Jisoo. "Yaaaa Dani... Kau giler ke? Aku nak suka Jay?"

"Hensem apa Jay tu..."

"Aku rela dengan kucing wehhh..."

"Apa sebab kau benci sangat dengan Jay ni?"

"Aku tak suka bila lelaki terlebih effort. Aku tau dia suka aku tapi dia melebih-lebih."

"Lahhh..." Danielle terlopong mendengar kata-kata Jisoo. "Biar betul kau ni Jisoo..."

"Yer doh..."

"Kau memang dah lain berbanding dulu... And it scares me."

"Kau ni dikira 24/7 dengan aku tapi tak sedar aku berubah? Aku dah mula banyak cakap dan extrovert doh. Aku bukan pendiam macam dulu."

"Yerrr doh... Extrovert kau mengalah-ngalahkan aku dan Jake pula. Tu sebab aku nak Jisoo yang dulu."

"Shhhhhh!" Jisoo meletakkan jari telunjuknya di bibir Danielle. "Aku tak suka sikap aku yang ego tu. At least aku yang sekarang lebih terbuka berbanding dulu."

"Tapi sikap panas baran kau tetap ada."

"Itu jer kot perangai yang aku tak boleh buang."

"Mari lah p kelas. Nanti takde kawan aku."

"Aku tak nak kalau ada Jay..."

"Nanti jangan lah kau cari gaduh dengan dia. Kita duduk asing meja daripada dorang."

"Kau ok ke? Kan kau selalu borak dengan Jake."

"Alaaa takpe... Kau kan ada."

"Betul ni? Janji?"

"Yer..."

Padahal... Jisoo ditipu. Danielle akan tetap duduk sebelah Jake. Setelah Jisoo siap, mereka bergerak sama-sama ke fakulti.

Kelas mereka pagi ini di fakulti dan petang nanti baru di dewan kuliah. Untuk ke fakulti, mereka menaiki bas yang disediakan oleh universiti itu sendiri.

"Aku masih tak puas hati lah dengan kau Dani..."

"Apa lagi niii..."

"Kenapa kau tak bawa kereta p uni?"

"Aku malas lah nak ambil lesen..."

EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park JongseongWhere stories live. Discover now