• author's pov •
Kelas kedua untuk hari pertama sudah bermula. Mereka berempat duduk sebaris dan menumpukan perhatian sepenuhnya.
Seperti biasa, pada hari pertama kuliah sudah pasti akan ada sesi suai kenal. Masing-masing memperkenalkan diri tapi apa yang lebih mengejutkan adalah Jisoo dengan yakinnya ada melihat kelibat Sunghoon di dalam dewan kuliah itu.
Sewaktu mereka masuk ke dalam dewan kuliah tersebut, dia melihat kelibat Sunghoon. Tidak susah untuk mencari Sunghoon di kerumunan orang ramai sebab dia tinggi.
Tapi Jisoo masih tidak yakin itu Sunghoon sehinggalah sesi memperkenalkan diri. Mereka berempat terkejut apabila mendengar nama Sunghoon.
Dia orang yang ketiga memperkenalkan diri sebab dia duduk paling depan. Itu membuatkan mereka terbeliak mata melihat perubahan yang ada pada Sunghoon.
Sunghoon kini mulai memakai kaca mata dan caranya berpakaian sudah berubah. Ketampanannya semakin menyerlah.
Jay tidak berhenti memandang ke arah Jisoo yang masih memandang ke arah Sunghoon. Seolah-olah Jisoo mabuk cinta lagi dengan Sunghoon.
Danielle menggoncangkan badan Jisoo untuk menyedarkannya dari lamunan. "Aku tak sangka Sunghoon pun sambung sini..." Ucap Jake.
"Aku pun... Tak sangka dia boleh masuk sini... Aku ingat dia tak pandai..." Ucap Danielle pula. "Bukan senang nak masuk sini..." Tambahnya lagi.
Jisoo mulai panik apabila dia ketahui bahawa Sunghoon ada di kelas yang dia sedang ambil.
"Masih boleh drop subjek kan?" Pertanyaan Jisoo itu membuatkan mereka terdiam sejenak.
Jari jemari Jisoo mulai menggeletar. "Kau ingat tak jadual kita padat? Dengan kokurikulum lagi... Dengan kelab lagi... Sabtu pun kita sibuk." Jake cuba menenangkan Jisoo.
Badan Jake ke hadapan sikit apabila dia ingin lihat ekspresi Jisoo. "Kau panik ke sekarang ni?"
"Yang kau tanya dia soalan tu kenapa?!" Laju tangan Jay memukul lengan Jake. Mujur saja pelajar di dalam dewan kuliah itu lebih daripada seratus orang, jadi sukar bagi pensyarah untuk melihat satu persatu pelajarnya.
"Memang dah takde kosong ke? Semua full quota? Aku tak nak sekelas dengannya..."
"Cuba tenang dulu Jisoo-"
"Kau nak aku tenang macam mana, Jay!?" Jeritnya sehingga mengejutkan pelajar yang ada di hadapan dan belakang mereka. Meskipun tidak begitu kuat, mereka agak terkejut.
Jisoo lantas menyembamkan mukanya ke atas meja. Dia tiba-tiba melalui fasa-fasa panick attack padahal mereka sudah lama tidak berjumpa.
Mungkin Jisoo masih berharap? Masihkah?
Giliran mereka untuk memperkenalkan diri semakin hampir. Jisoo gelabah. Dia tidak pernah segelabah ini sebelumnya. Dia tidak seperti itu dulu.
Hanya gara-gara nama Sunghoon, dia celaru. Ketika giliran Danielle memperkenalkan diri. Sunghoon tidak begitu peduli dan sama juga dengan Jake.
Namun apabila Jay yang memperkenalkan diri, Sunghoon laju berpaling. Matanya juga hampir tidak percaya bahawa mereka masih bersama-sama sehingga ke hari ini.
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfiction(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...