• author's pov •
Riki yang duduk di hadapannya hanya mampu diam apabila Jisoo langsung tidak bersuara. Kopi mereka semakin sejuk tapi masih tidak disentuh sejak sepuluh minit yang lalu.
"Eh hem..." Riki berdehem. "Kenapa noona diam jer? Dari tadi tak bersuara."
"Noona sedang fikir sesuatu perkara ni."
"Apa dia?"
"Noona ni kadang kuat marah sangat... Kadang baik sangat. Entah macam mana nak cakap."
"Noona kan perempuan. Tak hairan kot kalau perempuan cepat berubah mood."
"Yeke?"
"Yer.."
"Kau nampak noona ni macam perempuan sepenuhnya ke?"
"Dari segi penampilan... Tak." Riki menggeleng kepalanya. "Noona memang suka pakai macam lelaki ke? Rambut noona pun pendek juga."
"Ya... Sekarang kat bahu kan rambut noona? Nanti noona nak buat macam lelaki pula."
"Buatlah macam mana yang noona suka." Riki menyokongnya saja.
(( Rambut Jisoo sekarang ))
"Noona nak potong rambut lagi lepas ni."
"Tapi apa sebab noona nak potong?"
"Saja.."
"Selalunya perempuan kalau dia potong rambut, mesti ada masalah."
"Masalah..."
"Ha ah. Noona ada masalah ke?"
"Ada tu ada tapi masalah tu tak buat noona stress pun."
"Tapi tengok tadi, noona banyak mengelamun jer."
"Yeke..?"
"Yer doh. Dari tadiiii." Riki menekankan perkataan 'tadi'.
"Noona tak tau nak kembali ngan ex noona ke tak..."
"Hensem ke?"
"Mestilah hensem." Jisoo bangga memberitahu Riki.
"Noona... Jom main ice skating? Nak?" Dia tukar topik untuk lihat reaksi Jisoo.
Jisoo dengan terujanya laju bangun dari duduknya. "Jom!"
Dan benar tanggapan Riki. Jisoo pasti teruja untuk pergi. "Minumlah dulu kopi tu... Sayang noona bayar."
"Ahhh. Ne!"
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfic(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...