23 - bahagia sementara

3 1 2
                                    

Author's pov

Jisoo dan Riki masing-masing tertidur sepanjang pulang ke Seoul. Mereka tidak sedar bahawa bas yang mereka naiki sudah tiba di stesen bas Seoul. Pemandu bas terpaksa mengejutkan mereka berdua.

"Bangun anak-anak..." Pak cik itu menggoncang badan Riki perlahan dan terus beralih ke arah Jisoo. Jisoo mengangkat kepalanya dari bahu Riki.

"Riki bangun..." Ucap Jisoo yang masih mengusap matanya. "Dah sampai ke ni ahjussi?"

"Ya dah sampai... Kalau nak ke Busan semula, boleh juga."

"Eh tak tak... Riki bangun lah."

"Errr, nak tidur lagi."

"Ohh kau nak ke Busan semula? Ok byee, aku jalan."

"Jangan wii, huaaa." Riki mengerang seperti budak kecil. Pak cik itu pergi sambil geleng kepala melihat karenah mereka berdua.

Walaupun sudah tiba di Seoul, mereka masih perlu menaiki teksi atau bas untuk balik ke rumah masing-masing. 

Namun Jisoo tidak. Dia meminta Jay untuk mengambilnya kerana mahu meminta maaf atas kekasarannya.

"Jadi Riki bila balik?"

"Nanti. Riki temankan noona dulu."

"Ok kalau macam tu aku ada beberapa soalan."

"Apa tu?"

"Ingat tak dulu yang Riki pernah cerita kat aku yang Riki ni tak suka perempuan yang keras kepala?"

"Ya, kinda... Sebab kalau keras kepala ni susah nak kawal. Apa-apa aku cakap dia takkan dengar."

"Kalau berkawan pun?"

"Ya. Banyak perempuan yang Riki anti kat sekolah dulu sebab dorang semua keras kepala."

"Tapi aku pun keras kepala."

"Eh... Noona terkecuali sebab noona tak minta puji macam perempuan-perempuan yang Riki maksudkan." Riki cuba memastikan Jisoo tidak terasa dengan apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Tapi betul lah apa aku cakap ni. Kalau Riki rasa muak dengan perangai aku, jangan teragak-agak untuk tegur."

"Kita sama-sama tegur perangai sesama kita tau. Riki pun sama juga, banyak gaya. Noona belum kenal perangai sebenar Riki."

"Ye lah tu. Aku tetap anggap kau mandu."

"Terpulang noona... Kenapa noona tiba-tiba tanya pasal benda ni?"

"Aku degil..."

"Mmmm..."

"Degil... Keras kepala... Tak berhati perut... Kawan baik sendiri tak tahan dengan perangai aku. Cuma Jay saja yang masih bertahan."

"Noona sendiri tahu yang setiap orang tu berbeza. Takkan noona beranggapan yang Riki juga seperti mereka? Riki takkan tinggalkan noona hanya kerana sikap noona yang degil."

Jisoo mengangkat kepalanya yang selama ini hanya menunduk melihat lantai. Wajah Riki lama ditenungnya. 

"Mungkin Riki akan berubah fikiran nanti."

EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park JongseongWhere stories live. Discover now