• author's pov •
Sewaktu dalam perjalanan ke kelas sambil menunggu bas datang, Danielle cuba untuk berkomunikasi dengan Jisoo tapi Jisoo banyak diam dan tidak menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan olehnya.
Jisoo terkadang tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Danielle kerana dia rasa bersalah. Untuk tidak menyakitkan hati Danielle dengan lebih teruk, Jisoo mengambil langkah untuk berdiam diri.
Tapi, seperti yang kita tahu... Sikap extrovert Danielle tidak mampu membuatkan dirinya diam.
"Jisoo-yaaa, kenapa kau diam?"
"Saja..."
"Kau dah lah tak balik sejak hari sabtu lalu.. lepas tu tiba-tiba muncul macam tu jer."
"Mmm..."
"Mmm? Kau ada masalah ke?"
"Ya ada tapi aku tak nak bagi tau."
"Lah kenapa? Wae?"
"Kau sendiri pun ada masalah, jadi aku tak nak bebankan kau dengan masalah yang aku ada juga."
"Macam mana kau tau aku ada masalah?"
"Macam mana aku tau?"
"Ya..."
"Sebab pagi tadi appa kau call aku."
"Untuk apa?"
"Dia suruh aku tengok-tengokkan kau..."
"Ah appa aku tu..."
"Dan sudah tentu aku jawab dekat dia yang aku akan jaga kau..."
"Tapi tak pun."
"Aku ada dengan kau pun dah membuktikan yang aku jaga kau, Dani-ah."
"That's wrong!"
"But why?"
"You didn't show that you really care for me."
"Gosh... Kau nak aku tunjuk macam mana doh?"
"Peluk ke!?"
Jisoo melihatnya dengan rasa ingin pukul tapi memandangkan Danielle comel, Jisoo tidak jadi memukulnya.
"Sini..." Jisoo menarik Danielle dan memeluknya. "Lama dah tak peluk kau!!!" Ucap Danielle dengan suara kecilnya.
Jisoo sedar akan sesuatu. "Kau makin kurus ni..." Jisoo menegurnya. Pelajar lain yang menunggu bas bersama mereka menyangkakan mereka itu lesbian.
Padahal mereka berteman baik dan ya kadang-kadang akan bergaduh juga. "Aku kurus sebab kau lah ni."
"Jangan tuduh bukan-bukan ahh..."
"Yer yer, gurau jer." Masih memeluk Jisoo. "Apa khabar kau dengan namchin (teman lelaki) kau?"
"Aku dah putus ngan dia."
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfic(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...