26 - cukup

1 0 0
                                    

Author's pov•

Ketika ini, Jay dan Jisoo berada dalam rumah harabeoji nya, duduk di ruang tertutup.

Harabeoji nya lama diam sebelum memulakan bicara. Jisoo juga hanya duduk dan menunggu harabeoji nya bersuara.

"Memandangkan Jay ada di sini bersama kita hari ni... Harabeoji nak cakap sesuatu yang penting."

"Hah? Apa dia?" Jisoo laju bersuara. "Ada kena mengena dengan Jay ke?"

"Ya. Dan penting."

Jisoo diam. Jay juga diam.

"Harabeoji nak kamu berdua kahwin."

"Hah?" Jisoo dan Jay serentak bersuara. "Harabeoji... Harabeoji cakap apa ni?" Jisoo sepertinya tidak percaya dengan apa yang baru saja harabeoji nya katakan.

"Kahwin. Kamu berdua."

"Ah... Kenapa? Sebab apa?" Jay mulai bersuara.

"Jay-ah... Harabeoji tau kamu suka Jisoo. Lebih senang untuk harabeoji letak kepercayaan kepada kamu untuk jaga Jisoo..."

"Harabeoji kena tahu isi hati Jisoo juga." Dengan suara yang keras, Jisoo menyuarakan isi hatinya.

"Jisoo tak suka Jay." Sambungnya.

"Jisoo... Perlukah kamu cakap macam tu sedangkan Jay ada di hadapan kamu?"

"Takpe harabeoji. Aku dah biasa. Cuma saja, kami masih di fasa-fasa mencari masa depan. Jadi, jika bincang pasal kahwin, nanti pelajaran kami turut terganggu."

"Harabeoji faham cuma kamu tengok Jisoo ni pandai jaga diri ke?"

"Harabeoji!"

"Jisoo..." Jay memegang tangan Jisoo, menahannya daripada melepaskan amarahnya.

"Aku boleh jaga dia tanpa berkahwin dengan dia. Lagipun, perkahwinan ni bukan benda yang senang. Kalau hanya aku yang suka Jisoo, tiada gunanya."

Jisoo dan Harabeoji nya terdiam. Benar apa yang Jay katakan sebentar tadi.

Harabeoji Jisoo menghela nafas. "Kamu tau kan Jisoo sudah ada keluarga angkat?" Jay angguk.

"Baguslah. Menurut ayah angkat kamu, Jisoo, kamu takde balik rumah kelmarin."

Jisoo lupa. Dia benar-benar lupa dia ada keluarga angkat. "Ahhh... Itu..." Jisoo tidak tahu ingin jawab apa.

"Kamu lupa?" Tanya harabeoji nya. Raut wajahnya berubah serta merta. Tangannya dihentak kuat di atas meja.

"Macam mana kamu boleh lupa? Kamu tidak pernah lupa perkara-perkara yang penting macam ni."

Jisoo mengetap giginya. "Jisoo tak sengaja."

"Apa benda yang buat kamu stress? Kamu tidak perlu fikir nak makan apa, nak tinggal mana, kenapa stress?" Persoalan itu membuatkan amarah Jisoo semakin bertambah.

Dia merasakan bahawa harabeoji nya sudah berubah. Harabeoji yang dia kenal bukan macam ni dulu.

"Harabeoji macam tak tau apa yang Jisoo dah lalui-"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park JongseongWhere stories live. Discover now