• author's pov •
"Kau cuba call dia pula..." Jay, Jake dan Danielle masih lagi berusaha untuk menelefon Jisoo.
Mereka berasa pelik dengan sikap Jisoo yang tiba-tiba menghilangkan diri. Sudah masuk empat jam Jisoo tidak kembali ke asrama dan itu membuatkan mereka risau.
Mereka berdiri di luar asrama perempuan dengan pakaian yang mereka pakai ke kelas sejak awal pagi.
Jisoo dengan kebodohannya tidak mahu tengok telefonnya, sudah tentu mereka bertambah risau.
Ketika Jisoo keluar dari perpustakaan, barulah dia melihat telefonnya. Dia terkejut apabila Danielle banyak kali menelefonnya. Baru saja Jisoo ingin menekan nama Danielle, nama Jay terpapar di skrinnya.
"Ya?"
"Kau- kau kat mana? Kenapa tak sambut call?"
"Aku ada kat library. Aku silent kan phone."
"Kau buat orang lain risau... Dah empat jam kau tak balik tu sebab kami risau."
"Mian... Aku baru on the way nak balik."
"Tunggu sana, aku ambil. Kau tunggu jer kat bustop." Jay laju mematikan panggilan telefon tersebut.
"Dia kat mana?" Tanya Jake.
"Dia kat perpustakaan..."
"Asal dia tak bagi tau Danielle ke..." Jake hairan.
"Jisoo tak pernah bagi tau aku apa-apa pun... Lebih-lebih lagi kalau nak sendiri-sendiri."
"Tapi korang sama-sama perempuan... Sepatutnya lebih terbuka." Ucap Jay pula. Danielle menggeleng kepalanya.
Danielle terasa hati dengan Jisoo. Dia orang yang paling banyak call tapi call Jay juga yang dia pilih untuk sambut.
"Aku ambil dia dulu." Tanpa basahbasi, Jay terus pergi dari situ. Perpustakaan dengan asrama mereka agak jauh juga. Universiti ni bukan kecil jadi memang setiap tempat nak pergi tu agak jauh kalau jalan kaki.
Nak kata panas kat Korea ni taklah panas sangat jadi tak penat pun untuk jalan kaki. Lagipun sekarang sudah pukul lapan malam. Sudah gelap.
Dan itu membuatkan Jay hairan bagaimana Jisoo tidak sedar akan masa yang sudah berlalu.
Sesampainya Jay di hadapan bustop, Jisoo tidak lantas berdiri dan berjalan ke keretanya. Jay turun daripada kereta dan mendekati Jisoo.
"Jisoo?"
"Jay..." Walaupun Jisoo sudah nampak Jay turun dari keretanya, dia tidak terus mendapatkan Jay. Dia malah menangis secara tiba-tiba.
Pada waktu itu tidak banyak pelajar yang ada di perpustakaan. Hanya ada Jisoo dan Jay saja di pondok perhentian bas itu.
"What happened? Did something bad happened?" Jay menarik Jisoo ke dalam pelukannya.
"Jay..." Panggilnya lagi dengan tangisan yang keras. "Kau dah kenapa? Cuba cakap, jangan nangis..." Jay melepaskan pelukannya dan mengesat air mata Jisoo.
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfiction(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...