• author's pov •
Jisoo kini berada di satu perhentian bas yang menuju ke hospital besar di Seoul. Dia ingin melawat Heeseung.
Dirinya terasa sungguh kosong. Setelah keluar dari rumah Sunghoon, perlahan-lahan semangatnya hilang. Dia perlu cari cara untuk berbincang dengan datuknya.
Tapi rasa takut menyelubungi dirinya. Adakah dia cukup berani untuk berhadapan dengan datuknya semata-mata untuk memperbaiki hubungannya dengan Sunghoon?
Dia menaiki bas yang akan menuju ke hospital. Setelah masuk ke dalam bas, Jisoo cuba membayarnya tapi kadnya tidak diterima oleh sistem bas itu.
Pak cik pemandu bas hanya melihatnya tanpa bersuara. Untuk ketiga kalinya, kadnya masih tidak boleh diterima.
"Boleh bayar pakai duit tunai atau-"
"Tidak. Hanya terima kad khas tu saja."
"Tapi rasanya kad saya ni kosong..."
"Lain kali isi dulu sebelum naik bas."
"Saya bayar untuk dua orang, ahjussi." Lelaki itu kemudiannya mengimbas kadnya sebanyak dua kali. Jisoo lama tenung lelaki itu lalu barulah lelaki itu tengok ke arahnya.
"Ya, saya bayar untuk awak." Ucapnya lalu memberi senyuman manis kepada Jisoo.
Jisoo mengekori lelaki itu dan duduk di sebelahnya. "Kenapa awak tolong bayarkan?"
"Salah ke? Lagipun awak lambat."
Lama Jisoo tenung wajah lelaki itu sekali lagi. "Terima kasih." Ucap Jisoo lalu pergi duduk di tempat lain. Lelaki itu duduk di sebelahnya sambil mendengar lagu melalui headphone.
"Ermm??"
"Ya?"
"Boleh awak duduk tempat lain?"
"Tak nak. Saya duduk sini."
"Awak nak saya ganti duit awak tadi ke?"
"Eh tak perlu..."
"Mmmm... Jadi?"
"Saja... Nak tengok bakal kakak angkat saya."
"Kakak- kakak angkat?!"
"Ya... Rasanya harabeoji kau belum bagi tau kan?"
Jisoo lantas mengubah ekspresinya. "Kenapa semua perkara nak terjadi dalam masa terdekat ni hah..? Dalam masa sehari ni pula tu..."
"Itu tanya harabeoji kau... Salam kenal, nama saya Jungwon."
Jisoo diam. Dia langsung tidak melihat lelaki yang bernama Jungwon itu. "Kita ada jumpa di gelanggang bola keranjang dua hari lepas."
"Aku tak kisah... Pergi."
"Aku tak tau kau biadap seperti ini.. Lebih baik aku tak tolong kau bayar tadi."
"Aku tak minta tolong kau bayar pun. Tepi!" Jisoo lantas berdiri dari kerusinya dan menekan butang turun.
Belum sampai separuh perjalanan, Jisoo sudah menekan butang tersebut. "Tunggu-"
Jisoo malah lantas turun daripada bas itu tanpa toleh ke belakang. Dia berjalan ke arah sebuah pokok dan meletakkan tangannya di situ. Dia mahu teriak sepuasnya kerana dia berasa tidak adil dengan apa yang sedang terjadi dengannya.
"Kenapa... Kenapa semua benda nak jadi macam ni!!!?" Jeritnya. Orang yang lalu di situ laju berpaling memandang ke arahnya.
Jika dikira jarak dari tempatnya berdiri sehingga ke hospital memang agak jauh. Lagipun sekarang masa-masanya berlaku sekatan jalan disebabkan office hours.
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfiction(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...