01 - hilang

30 2 5
                                    

• Jisoo's pov •

Adakah ini balasan kepada ku?

Adakah ini yang aku terpaksa lalui setelah mengkhianati ramai orang? Aku bukannya sengaja.

Aku mahu mereka faham bahawa aku juga ingin bahagia dan hidup dalam kegembiraan.

Aku tidak biasa hidup seperti ini, miskin. Aku tidak biasa. Biarpun aku dikenali sebagai manusia yang datang dari keluarga yang kaya namun bukan aku yang kaya... Melainkan datuk aku.

Aku melihat ke luar jendela dari bangunan asrama yang aku huni pada ketika ini. Hari ini, hari isnin. Hari malas sedunia. Walaupun baru minggu pertama, semester satu, aku malas.

Ini pertama kalinya aku menjadi pemalas. Bukan pertama kali sebenarnya tapi sejak aku kehilangan segalanya, aku jadi pemalas.

Aku bukan seperti yang dahulu. Aku berubah seratus peratus menjadi seseorang yang pemalas dan pemalu.

Aku... Aku lebih suka berdiam diri dan aku sering hilang tumpuan. Pemikiran ku tidak waras seperti yang dulu.

Mungkin saja kesan daripada tekanan. Tapi aku memang didiagnos mempunyai penyakit mental dan sepatutnya sentiasa dirawat tapi aku tidak mahu.

Aku sendiri yang menolak untuk berjumpa dengan doktor walaupun aku sudah ada temujanji dengan doktor. Danielle juga kadang penat melayanku.

Kami sebilik tapi entah mana saja dia hilang. Setiap pagi dia mesti hilang. Mungkin jumpa teman lelakinya.

Tapi dia juga berubah sejak dia ada teman lelaki dan hanya perlukan aku bila dia bosan. Aku pun sama dengan keras kepalaku untuk tidak mahu menemaninya jika dia bosan.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Kelas pertama ku pada hari ini adalah pada pukul 10 pagi.

Aku hanya melihat siling pada ketika ini dan masih berbaring. Aku tidak pernah bangun selewat ini sebelumnya. Aku sering bangun seawal pukul 5 pagi untuk belajar.

Namun,, aku semakin lalai. Mungkin tidak ada lagi yang mendorong aku untuk belajar. Dan aku kini sedar bahawa ayah aku lah satu-satunya pendorong utama aku menjadi rajin.

Aku juga sedar bahawa ayah aku lah satu-satunya yang mengajar aku untuk jadi lebih berdisiplin. Namun kini, dia sudah tiada. Aku juga semakin menjadi pemalas.

Danielle tiba-tiba masuk dalam keadaan tercungap-cungap. "Ji-Jisoo..."

"Hah?"

"Jom!"

"Pi mana?"

"Mari jer lah..."

"Aku takde pakai bra..."

"Mari jer!"

Danielle menarik aku pergi dengan aku yang masih berpakaian baju tidur. Tanganku masih ditarik olehnya sehingga menuruni tangga dan dengan aku yang tidak tahu apa-apa.

"Kenapa kau ni? Kenapa gelabah semacam?"

"Tolong aku.."

"Kenapa-"

"Ohh jadi ini kawan kau yang kau maksud?" Dua orang perempuan berbadan besar berdiri menghalangi jalan.

Danielle dan aku yang kurus kering takut melihat mereka berdua. "Diorang ni siapa?"

"Dia orang buli aku..."

"Kenapa pula korang buli dia?"

"Sebab muka dia terlihat senang untuk dibuli. Baru aku tarik sikit rambut dia tadi, dia nangis."

EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park JongseongWhere stories live. Discover now