• author's pov •
Hari ni hari sabtu dan seperti yang dipinta oleh datuk Jisoo, mereka akan ke rumah datuknya. Bagi Danielle, Jake dan Jay itu kali pertama kalinya mereka datang ke situ.
Mereka pasti akan terkejut melihat betapa besar dan luasnya rumah yang dimiliki oleh datuk Jisoo. Datuk Jisoo akan hantar satu kereta untuk ambil Jisoo, Danielle, Jake dan Jay dari asrama mereka.
Jam menunjukkan pukul 7 pagi dan mereka akan diambil oleh pemandu peribadi mereka pada pukul 8 pagi. Jisoo sudah pastinya telah siap sejak tiga puluh minit yang lalu.
Danielle masih lagi dengan solekannya sementara Jisoo sedang bermain dengan telefonnya. Jisoo sekali sekala menatap Danielle yang tersenyum sendiri melihat cermin.
"Aku tengok kau banyak senyum beberapa hari ni... Apalah sebabnya..?" Jisoo menegurnya.
"Kau tu tak bercinta, mana tau kalau sedang angau.."
"Elehhh... Aku bercinta dulu pun tak macam kau." Ejek Jisoo pula.
"Eeeee kau tu yang tak ingat macam mana kau manjanya dengan Sunghoon dulu."
Pipi Jisoo langsung merah apabila nama Sunghoon disebut. "Cakap pasal Sunghoon, kau ada jumpa dia lagi tak?" Jisoo hanya menggeleng perlahan.
"Kebelakangan ni aku banyak keluar dengan Riki jer."
"Ha ah lah.. Semalam pun kau keluar dengan dia juga kan?" Jisoo angguk lagi.
"Aku suka kawan dengan dia sebab kitorang ada banyak minat yang sama."
"Yer kaur ada cakap." Jisoo diam.
"Lepas kau sebut nama Sunghoon, baru aku ingat dia doh..."
"Hahhhh lebih baik aku tak payah sebut."
"Dani..."
"Shhh! Aku tak nak dengar apa-apa berkaitan Sunghoon."
"Janganlah macam ni Dani..."
"Jisoo-ah. Aku dah bosan banyak kali cakap benda ni tau tapi Sunghoon tu yang buat hidup kau sengsara dulu. Dia yang buat huru-hara waktu majlis malam tu. Kau lupa ke? Macam mana kau boleh maafkan dia? Aku tak boleh lah.."
"Kau dan aku lain. Dia tu cinta pertama aku..."
"Aku okay jer pun berpisah dengan cinta pertama aku."
"Tu sebab aku cakap yang kau dan aku tu lain." Kata-kata Jisoo membuatkan Danielle terdiam. Dia cuba menghadam apa yang baru saja Jisoo ucapkan.
"Aku malas lah nak cakap dengan kau. Sikit-sikit kau nak marah aku."
"Aku marah? Kau yang dari tadi tinggikan suara kat aku." Ucap Jisoo. Danielle berhenti menyolek mukanya, "Jisoo!"
Jisoo membesarkan matanya sambil melihat Danielle. "Jangan jerit kat aku macam tu. Kau tau aku tak suka kan?"
Danielle terkedu melihat ekspresi Jisoo. "Sejak kebelakangan ni kan kau berani nak tengking aku dan selalu jerit kuat-kuat. Tak semestinya aku tak macam dulu kau boleh tengking aku sesuka hati."
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfiction(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...