• author's pov •
"Jisoo chat aku..." Ucap Danielle sambil melihat pesanan yang dihantar kepadanya.
"Dia cakap apa?" Jay yang duduk berhadapan dengannya terus mengerutkan dahinya.
"Dia cakap dia takkan balik hari ni. Mungkin isnin baru dia balik."
"Dia nak p mana pula?" Tanya Jake pula.
"Aku kena call Jisoo ni..."
"Aku rasa jangan kacau dia buat masa ni, Jay..."
"Apa lagi dia cakap?" Jay mula risau. "Dia tak nak kita ganggu dia."
"Haih lahhh si Jisoo ni..." Jake mulai marah tapi marah sebab risau saja sebenarnya. Jay hanya diam tapi otaknya banyak berfikir tentang Jisoo.
Jisoo ketika ini berada di hadapan rumah Sunghoon. Bagaimana dia tahu mana tempat tinggal Sunghoon? Dia berusaha jejak rumahnya menggunakan kemahiran yang dia ada.
Dan pada akhirnya, orang yang Jisoo cari adalah Sunghoon, bukan sesiapa melainkan ex nya sendiri.
Dia menekan loceng beberapa kali. Setelah menekan loceng untuk kelima kalinya, baru pintu dikuak.
Sunghoon baru bangun dan dia memakai cermin mata dengan hoodie yang menutupi kepalanya. "Jisoo?"
Sunghoon terkejut melihat Jisoo yang sudah terpacak di hadapan pintu rumah sewanya. Jisoo malah laju memeluk Sunghoon.
"Macam mana kau boleh jumpa rumah ni?"
"Itu tak penting."
Sunghoon tetap mengusap kepala Jisoo walaupun dia sedang bingung. Dia mengajak Jisoo masuk ke rumah.
"Mian... Rumah ni kecil saja. Sebab aku tinggal seorang diri."
"Kenapa tinggal sendiri? Bahaya."
"Aku takde kawan, Jisoo..." Jisoo yang duduk berhadapan dengannya terus pindah ke sebelahnya.
"Aku boleh jadi kawan kau."
Sunghoon tersenyum melihat gelagat Jisoo. "Nampaknya kau semakin banyak senyum..."
"Ya... Sejak aku hidup tanpa appa aku, aku dah tak stress. Aku banyak cakap, banyak senyum juga."
"Maksudnya kau hidup bahagia lah ni?"
"Lebih kurang begitu lah..." Jisoo menatap Sunghoon dengan penuh rasa kasih.
"Aku tak hidup bahagia, Jisoo-ah... Mungkin tuhan bagi hukuman kat aku."
"Kenapa cakap macam tu?"
"Saja..."
"Kau baru bangun ke?"
"Ya... Aku kerja semalam."
"Kerja?"
"Ya..."
"Kenapa kerja? Eomma dan appa tak bagi duit ke?"
"Macam mana nak cakap eh..."
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfiction(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...