09 - janji tau!

4 1 0
                                    

• author's pov •

Danielle sudah menunggu kepulangan Jisoo dan baru saja Jisoo melangkah masuk ke dalam bilik itu, Danielle memarahinya. "Kita akan ada kelas lagi pukul 6 petang nanti, Jisoo..."

"Tau..."

"Jadi kau ke mana tadi?"

"Kenapa kau perlu tau?"

"Sudah semestinya aku perlu tau-"

Kata-kata Danielle dipotong begitu saja. "Tak perlu... Selama ni kau keluar pun, aku tak pernah tanya."

"Itu sebab kau tak peduli dengan apa yang aku buat. Aku peduli apa yang kau buat."

Jisoo terdiam. "Aku peduli apa-apa yang berkaitan dengan kau tapi aku tak tunjuk..." Jisoo mencelah.

"Tipu..."

"Terpulang kau nak percaya atau tidak."

"Pinjam telefon kau kejap. Aku ada nak buat."

"Untuk apa?"

"Bagi jer lah."

"Nah." Jisoo laju menghulurkan telefonnya pada Danielle. "Appa aku suruh aku bawa kau balik rumah sabtu ni. Katanya harabeoji kau nak kita semua kumpul..."

"Hah?"

"Oleh kerana kita berempat masuk SNU sama-sama, harabeoji kau cadangkan untuk buat majlis antara kita jer. Keluarga Jake, Jay, kau dan aku..."

"Jadi apa kena-mengena dengan telefon aku?"

"Aku nak belikan kau baju lah..."

"Kau tak order dari phone kau jer?"

"Tengok ah gaya kau ni... Kau betul-betul tak peka ke?"

"Apa?"

"Aku tak dapat shopping online. Kau lupa ke kad aku takde jadi tak boleh guna sekarang? Appa aku kirim duit pun ke bank kau kan?"

"Ya."

"Aku tak kisah lah kau nak guna berapa pun duit aku tu. Duit aku, duit kau juga." Danielle menambah lagi.

"Aku tak cakap apa-apa pun."

"Aku marah lah sebab kau tak ingat pun kad aku tu hilang." Danielle separuh merajuk tapi jarinya sibuk mencari pakaian di satu aplikasi online.

"Ni aku belikan kau baju ni." Jisoo hanya angguk. "Aku yang ni. Pakaian kita sama cuma warna yang lain." Jisoo angguk lagi.

"Aku tengok gallery kau kejap. Nak tengok gambar yang aku hantar kat kau."

"Gallery!? Jap!" Belum sempat Jisoo merebut telefonnya daripada tangan Danielle, "HAHHHHHH!? YAAAA JISOOOO!!"

Jisoo terus terbaring atas lantai. "Ni Sunghoon ke? Bukan kan? Ke dia?" Danielle zoom in dan zoom out gambar Sunghoon.

"Ini dia? Sejak bila kau jumpa dia ni? Tadi!?"

Jisoo hanya diam. "Jawab laaaaaa...."

EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park JongseongWhere stories live. Discover now