• author's pov •
"Jisoo bangun! Bangun!" Jerit suara yang agak besar dan lantang. "Bangun!!"
Jisoo laju bangun dari tidurnya dan terkejut melihat ayahnya yang sedang berdiri di hadapannya sambil memegang rotan di tangan kanannya.
"A... Appa??"
"Wae? Kau dah kenapa tidur sampai tak ingat dunia?"
"Bukan appa dah mati ke?"
"Persoalan apakah itu!? Bangun sekarang juga! Kau tidur tanpa kebenaran aku. Kau perlu didenda."
"Tapi aku baru tidur sekejap."
Satu tamparan singgah di pipinya. Sakitnya terasa sehingga menyebabkan matanya segar bugar.
"Aku dah banyak kali cakap, jangan tidur waktu belajar. Abang kau tak pernah tertidur pun waktu aku ajar. Kenapa kau boleh tertidur?!"
Jisoo diam. Dia bingung. Dia sedang bermimpi... Kan?
"Kenapa kau tenung aku macam tu? Mana pergi hormat kau terhadap aku?"
"Appa... Mianhae." Jisoo laju berlutut di hadapan ayahnya dan meminta ampun kepadanya.
"Bagus... Macam tu lah."
"Jisoo tak sengaja tidur."
"Aku suruh kau lukis apa tadi? Kenapa masih macam ni lukisan kau? Berapa lama kau tidur?"
"Tak.. Pas... Pasti."
"Ah... Angkat tangan kau."
"Hah?" Walaupun Jisoo tahu tangannya akan dipukul, dia tetap mengangkat tangannya.
"Appa!" Jerit Jisoo. "Jisoo janji tak tidur lagi lepas ni... Jebal... Jangan pukul Jisoo."
"Kau nak bagi alasan apa...?"
"Jisoo perlukan kedua-dua tangan untuk melukis..."
"Tau pun... Janji tak tidur lagi?"
"Janji..."
"Bagus... Aku akan tinggalkan kau sekejap. Aku nak tengok abang kau pula. Ingat. Jangan tidur lagi."
"Ne..." Jawab Jisoo.
"Ingat, diam sini dan buat kerja kau. Jangan keluar selagi aku tak suruh."
Setelah ayahnya pergi, Jisoo masih berlutut dan melihat sekelilingnya.
"Ini bukan bilik yang aku selalu guna..." Gumamnya setelah melihat sekelilingnya.
"Jisoo?" Jisoo mencari-cari suara yang memanggilnya.
"Jisoo...??" Sekali lagi. Suara itu dikenalinya. "Jisoo... Kau dengar tak ni?"
Jisoo cuba mencari suara itu. "Rasanya dia tak dengar..." Suara itu bergema lagi.
Dari mana suara itu datang? Itu membuatkan Jisoo rasa pelik dengan situasi itu.
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfiction(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...