• author's pov •
Hujung minggu sudah tiba!
Riki dan Jisoo sedang menaiki keretapi dari Seoul ke Busan. Seperti yang sudah mereka janjikan bersama, hujung minggu ini mereka akan ke Busan.
Itu antara janji Jisoo kepada Riki suatu ketika dahulu. Katanya tujuan ke Busan adalah untuk mencari tempat baru bagi mereka siapkan lukisan baru mereka.
Segala peralatan melukis mereka bawa bersama. Orang-orang sekeliling yang nampak mereka pasti lihat mereka seperti pasangan tapi tidak, Riki dan Jisoo tidak lebih daripada itu.
Sedangkan Riki sendiri menganggap Jisoo itu seperti kakaknya sudah. Sepanjang perjalanan, Jisoo sibuk melihat jam di tangannya.
"Dari tadi noona tengok jam..."
"Nanti kita lambat."
"Tak... Jangan risau."
"Nanti tak sempat tengok sunrise..."
"Sempat tuuu..." Pujuk Riki. Sepuluh kemudian, mereka tiba di stesen keretapi Busan. Mereka perlu menaiki bas untuk ke tempat yang mereka sudah tetapkan iaitu pantai Gwangalli.
Sekarang sudah pukul lima pagi jadi ada masa tiga puluh minit lagi bagi mereka untuk sampai ke situ. Mereka mengejar masa untuk mengambil gambar matahari terbit memandangkan matahari terbit lebih kurang pukul 5:45 pagi.
Riki hanya tersenyum melihat gelagat Jisoo yang terlihat kelam kabut padahal ada masa yang cukup bagi mereka untuk tengok matahari terbit.
"Noona... Tenang..."
"Ottoke???"
"Sini..." Riki memberinya satu ketul gula-gula. "Kunyah gula-gula ni supaya hilang sikit panik noona tu.."
Jisoo tetap mengambilnya walaupun dia mengerling Riki. Sepanjang perjalanan menaiki bas, sunrise memunculkan dirinya. "Riki tengok!"
Riki laju memusingkan kepalanya ke arah matahari yang mulai terbit itu. "Cantiknya sunrise kat Busan berbanding Seoul."
"Aku dah cakap dahhh..."
"Nasib baik noona bawa Riki p sini." Jisoo kemudiannya senyum dengan bangganya dan mulai mengambil gambar matahari terbit itu.
Pada pukul 5:41 pagi barulah mereka tiba di pantai Gwangalli. Orang tidak begitu ramai ketika mereka berada di situ dan senang bagi mereka untuk pilih tempat yang mereka mahukan.
Jisoo menebarkan satu tikar untuk meletakkan barang-barang lukisan mereka sementara Riki membuka dua kerusi buatnya dan Jisoo. Beberapa orang yang ada di situ terdiam melihat mereka.
Palette, berus warna, cat akrilik, cat air, kanvas, air, pensil, dan barang melukis yang lain sudah disediakan untuk melukis pemandangan yang ada di hadapan mereka.
"Noona terus guna warna tanpa lakar lah?"
"Ha ah.. Kalau Riki?"
"Riki pun boleh begitu."
"Ikut cara Riki."
"Ok..."
"Aku nak ambil gambar dulu.."
"Riki pun."
Jisoo mengambil beberapa gambar matahari terbit dan Riki pula memasang kameranya di belakang mereka untuk merakam momen-momen mereka.
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Фанфик(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...