• author's pov •
Jisoo sudah sedia untuk pergi kelas, sama dengan Danielle. Jadual kuliah mereka sama saja. Kelas hari ni mula pukul 8 pagi jadi mereka akan gerak ke dewan kuliah tepat pukul 7.
Mereka menaiki bas untuk ke dewan kuliah. Jaraknya lebih kurang 3km dari asrama.
Jay ingin tumpangkan mereka tapi Jisoo tidak mahu maka Danielle pun terpaksa akur dengan Jisoo.
Setelah berada dalam bas, Jisoo mulai berborak dengan Danielle. "Ha ah lahh. Hensem doh diaaa."
Danielle terkejut melihat ketampanan Riki. "Kawan lelaki kau semua good looking. Ada lagi tak kawan lelaki kau?"
"Banyak jer cuma aku belum hubung lagi. Kau pun kena ada kawan juga dari luar negara juga."
"Aku tak rajin lah..."
"Hmmm... Ya lah, kau ada boyfriend. Nanti dia marah."
"Tau pun..." Danielle masih melihat gambar Jisoo bersama Riki. Jisoo laju berpaling ke arah Danielle.
"Kau tak bagi tau Jay kan yang aku ada jumpa Sunghoon?"
"Takde... Cuma entah sampai bila aku dapat simpan rahsia kau-"
"Hmm kau hah..."
Jisoo membiarkan Danielle bermain dengan telefonnya. "Nasib baik saja dia ni ada satu jer kelas yang sama dengan kita." Ucap Danielle.
Jisoo hanya diam. "Dani." Panggil Jisoo lembut walaupun dia masih tengok di luar.
"Kenapa?"
"Kalau aku dan Sunghoon getback-"
"Apa!?"
"Adehh dengar sampai habis dulu.."
"Kau nak balik dengan lelaki tu? Kau biar betul? Jay dah ada depan mata kau, kau masih nak dengan Sunghoon?"
"Daniiiii!! Perlahan sikit suara tu..." Jisoo menutup mukanya dengan rambutnya kerana malu.
"Kau ni kan... Aku rasa macam nak marah tau tak..."
"Aku nak bagi dia peluang..."
Dani menghela nafas panjang. "Aku betul-betul geram dengan kau. Aku bagi tau Jay."
"Jangan!"
Danielle melarikan diri daripada Jisoo, dia duduk di kerusi kosong. Dia tidak mahu duduk di sebelah Jisoo.
Jisoo malah malas mengejar Danielle. Dan setiba saja bas itu di dewan kuliah, Danielle langsung tidak mahu tengok ke belakang atau menunggu Jisoo.
Jisoo dengan dunianya sendiri terus mengabaikan Danielle. Jisoo malah ikut jalan lain dan Danielle tidak perasan pun.
Sewaktu sudah tiba dalam bilik kuliah, Danielle laju mendapatkan Jay. Telefon Jisoo masih ada dengan Danielle.
Jisoo masih belum masuk bilik kuliah lagi. Dia berjalan-jalan di kawasan cafe yang ada di dewan kuliah yang besar itu. Dewan kuliah pusat itu ada banyak bilik-bilik kuliah.
YOU ARE READING
EVERYTHING WILL BE FINE (II) | Park Jongseong
Fanfiction(( BUKU KEDUA )) Update setiap Jumaat; 2 chapter Di sini banyak menceritakan tentang rahsia yang tidak terungkap sewaktu mereka berumur 18 tahun. Banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku, ditambahkan dengan Jisoo yang semakin diluar kawalan. Set...